Sunday, July 29, 2012

misi ramadhan

kejap ja kan dah masuk 8 hari posa...tapi dalam dok rasa sat tu tiap-tiap belek kelendar jugak la salah satu reason dok kira bila start cuti raya, bila nak ambik kuih raya, bila nak apply cuti raya, balance cuti plus brapa hari dah posa...haha

siang tadi dah bersesak-sesak dekat jj perda cari baju raya yang bukan baju kurung dengan baju melayu..sok sambung lagi cari mencari sebab sok cuti..huhu pengasuh budak-budak ni cuti

tadi jumpa gak baju melayu dengan baju kurung tapi x dak yang berkenan dengan harga yang wow! terkejut aku ni, pegang belek-belek trus letak tak terkata

misi aku ramadhan harap-harap sebelum habis posa dapat la kot capai
1. nak turunkan berat ke 48kg..huhu sebab selepas beranakkan syaza macam ada lemak degil x mau turun *padahal makan x ingat dunia..haha last timbang kemarin dah 50kg sebelum posa itu hari 53kg, dan kot no sebelum raya ni, nak-nak plak x berapa nak lalu makan time buka posa skang ni, jangan terlebih turun sudah la

2. nak khatam quran, sebenarnya aku mula dari sebelum posa lagi..tapi separuh pun x sampai lagi ni..huhu harap-harap sempat la jugak hat ni, bukan apa rasa dah lama aku x khatam quran

lain-lain misi hat biasa ja kot, nak maaak sendiri, kurang membeli pasar remdan, baju raya...k sok kita cari lagi baju raya sambil berperang dengan kanak-kanak berdua tu...semput aku, balik terus tertido sebab penat

1 comment:

  1. lia ni tinggal xsampai 10ms g nak khatam, tp x khatam2... adoilaaaaa

    ReplyDelete