Thursday, June 14, 2012

musim demam

mula dengan si syaza yang x dak pasai tiba-tiba badan panas dan demam...bagi ubat dalam turutan 3 kali trus lega demam tu...dan lepas tu anak si pengasuh plak si damia ambik turn selepas si syaza..dan esoknya lega jugak, dah damia sihat syauqi plak ambik turn tu...tapi rupanya si syauqi adalah tahap merengek lagi dasyat dari syaza...sebab syaza badan panas tu bila bagi ubat sekejap ja dah kebah, tapi syauqi peluh tu peluh tapi dok suam-suam macam tu jugak

besar la harapan aku supaya esok dah kebah demam dia...sebab biasa yang dok melasak dalam rumah ni adalah dia...bila dia dok x aktif dan merengek macam susah hati plak...huhu selain dari masa ni la adik ambik kesempatan buli balik...abang dok baring dia dengan sengajanya bawak mainan ka botol susu p ketuk kepala si abang..si abang sebab x larat menjerit dan menangis je la...adik plak gelak mengekeh suka hati

kalau esok dah sihat boleh la buat aktiviti tertangguh yang sampai la ni x berjaya lagi yakni potty training dia...sebab sampai ahad ni aku cuti dapat la 3 hari training...lama sangat tertangguh...jeles dekat ofismate aku yang anak dia sebaya syauqi jugak boleh tiba-tiba x mau sendiri pakai pampers dan bila nak kencing atau berak dia akan cakap...

p/s: kanak-kanak ni sentiasa ja ada benda yang akan buat kita kagum...

Wednesday, June 13, 2012

hari ke 3: tangisan yang meruntun jiwa?

semalam adalah hari ketiga training budak berdua tu tido sendiri...syauqi pun termasuk la kot sebab sebelum ni rupanya adalah salah cara yang aku buat...sebab biasa sebelum tido mesti bagi dia minum susu sampai tertido, kalau baru lepas ja minum susu mesti isi air dalam botol kasi hisap sampai tertido jugak

maka semalam adalah acara menangis mendayu-dayu aka merayu-rayu jugak mintak susu, x dapat susu tukar plak nak air dalam botol, nangis tahap air mata menjurai-jurai, then tukar lagi nak selimut, padahal boleh ja dia selimut badan dia sendiri, then dah selimut nak tepuk-tepuk suh dodoikan dia...ada la dalam sejam lebih gak nangis-nangis ni...huhu

encik hubby dok main game sambil dok tanya nak biar ka anak dok nangis tu...tu dia mula la x sampai hati dia tu kan...aku plak edisi mak tiri trus jawab laju-laju jawab biar ja...lepas sejam edisi menangis sampai adik dia pun terjaga sama masuk balik dalam bilik tengok dua-dua dah terbongkang...hihi moga malam akan datang lebih mudah

syaza dari malam semalam adalah mudah, bagi nenen seround dua dah kenyang bawak masuk bilik, bagi bantal peluk angry bird tu golek-golek dalam brapa minit dah terlena...mudah la plak anak dara tu..harap-harap malam seterusnya pun macam tu jugak, cuma masa edisi abang dia mendayu-dayu tu dia pun terjaga tapi x bangun pun dari tempat dia..cuma tengok ja abang dok menangis tu, badan jugak sudah x panas, harap-harap jangan la demam balik...susah hati mak dia nak keja..huhu demam x ada sign tiba-tiba badan panas then hari ni dah ilang macam tu saja

malam ni adalah malam ke 4 untuk sesi training tido ni...harap-harap dari sejam lebih tu berkurang atau lagi cepat proses dia...harap-harap la...huhu

p/s: korang ada tips lebih mudah ka nak mentidokan anak ni..aku takat cikgu dari youtube je la

Tuesday, June 12, 2012

manisnya senyumanmu

hari ni melayan kenit ni...bila badan dah x panas jadi galak la plak...tanya apa pun senyum...panjat kerusi senyum, berak pun senyum!! tanya la apa saja dibalas dengan senyum...bila senyum nampak plak 6 batang gigi...buat mak dia geram ja


model iklan ubat gigi sesuai dak ni...hihi

parenting study...

wah dah jadi mak-mak kan maka kena la study sikit nak besarkan anak ni..saya kan mak budak baru belajar...since semalam dok layan you tube pasal cara nak tidokan anak, nak wean offkan susu malam-malam...feeling mat saleh plak...haha

dan hari ni aku el kerana si kecit debab tu tiba-tiba demam...reason demam? aku pn x tau...tapi dah bagi mandi, makan ubat dan tido..harap-harap kebah la jap lagi...dan since dah el plus aku posa ganti hari ni...x yah susah-susah nak masak memasak...leh sambung study you tube lagi...haha

just sharing antara video yang aku tengok..yang aku rasa macam boleh eh buat lagu tu...agak kejam tapi dalam masa seminggu ikut kata nanny tu akan berkesan...janji rutin yang sama diwaktu sama setiap malam..perlu tegas dan waktu sama tunjukkan kasih sayang...





some info jugak dari cni

Monday, June 11, 2012

anak dara??

ok ni ceritera pasal trip to kelantan hari tu...sesi kursus tamat pada petang jumaat maka dalam pukul 5 lebih tu pakat decide nak pegi PCB...naik bas la tapi ada jugak x mau pegi dari 2 bas tolak-tolak tinggal sebiji bas...bos besar naik starex pegi jugak

dah sampai PCB ujan lebat jugak...x jalan jauh pun la...pegi 2,3 gerai pastu decide dan pegi pilih lauk-lauk..bab nak tanya-tanya aku tanyakan share makan yang celup-celup tepung tula...air kelapa kongsi 3 orang...agak berbaloi la makan...total air kelapa rm3.50 sebiji campur air gula, celup-celup tepung tu rm20...share 3 orang tu..malam dah x makan malam dah

dah makan kenyang-kenyang ada la mamat yang keja kat gerai tu macam nak mengorat..dah masuk level mak-mak orang ni bila orang ngorat pun macam blur kata ko...dah jalan separuh baru member aku tu kata..wei depa tu ngorat kita la...terus aku tengok ngko, ngko tengok aku..yang kata tu tengah bawak perut anak no 2 tapi perut x brapa nampak lagi, yang lagi sorang anak memang dah dua jugak macam aku...trus betul-betulkan tudung perasan lawa kejap...muahaha

p/s: opps encik hubby tumpang lalu yer...haha

ajar anak tido sendiri

umur berapa yang sesuai ya? so far syauqi sekarang ni aku letak tilam asing kat sebelah dan train dia tido situ...kalau balik kampung tu bentang toto kat sebelah tilam bagi dia landing situ..memang nak x nak kena asingkan jugak sebab dah sempit..tido plak dua-dua beradik adalah buas sangat...tengah malam kaki ke atas kepala ke bawah...ada jugak kena tendang dengan anak...sabar je la

awal-awal ajar ni syauqi kalau terjaga tengah malam mesti datang menyempit kat tilam kami..jadinya selalu jugak bapak dia yang tido tilam dia..dia plak konker tempat bapak dia...orang tido menegak dia plak tido melintang...huhu tapi 2,3 malam ni selalu plak terjaga nangis sedu-sedu sorang-sorang..bila tanya baru cakap nak susu padahal sebelum ni boleh ja kejutkan bapak dia mintak susu..tapi aku perasan jugak biarpun dia nangis sedu-sedu tu dia x lagi datang menyempit..sampai ke pagi dia stay dekat tilam dia..cuma kadang-kadang bapak dia join sekali kat tilam dia sebab dia mintak nak peluk ke apa

dan sejak semalam aku kata kat encik hubby kena train syaza plak tido sendiri...ambik lagi satu tilam letak sebelah aku plak..haha reason? aku x nak syaza jadi cam syauqi bila lambat ajar tido asing lagi susah nak tido sendiri...tu baru asing tilam..kalau asing bilik agak-agak ada yang datang nangis-nangis x? *jeles tengok anak dato' sheikh muzafar tu tido bilik asing dari mak pak dia

tengok si adik macam agak berdikari dari si abang..bukan nak dibanding-banding cuma berbeza kot anak lelaki dan perempuan ni..syaza bangun pagi-pagi tanpa disuruh dah usung botol-botol susu abang dia nak bawak pegi sinki...nak pegi rumah pengasuh dia yang panggil abang dia..si abang dok melangut tengok tivi lagi...ka sebab dia anak nombor dua...sebab biasa tengok anak nombor 2 lebih pandai bawak diri dari anak pertama yang sebenarnya lebih manja dari anak selepas dia

eh balik cerita asal..hehe harap-harap berjaya la jugak ajar syaza tido asing...biarpun malam-malam aku kena bangun jugak la pegi tilam dia tapi lama-lama biasa la kot...dan lagi cepat boleh train dua-dua tido bilik sendiri...setakat ni asingkan tilam dulu sebab kalau nak ajar bilik sendiri nak kena deko-deko dulu...yang tu ambik masa sikit...takat ni tilam sendiri-sendiri dulu

tunggu nak deco macam ni

koman-koman pun lagu ni pun x pa

ka lagu ni
atau lagu ni...wah berangan x ingat dah...haha nak ajar anak tido sendiri ka nak lawakan rumah ni??? haha