Thursday, May 31, 2012

sakit hati

rasa mahu marah sangat-sangat tapi tak pandai nak gunakan bahasa kasar-kasar so bila call untuk tanya hal ni masih lagi guna bahasa sopan-sopan...

aku order ipad2 wifi+3G pada 10 may 2012...excited ni nak leburkan duit untuk beli gadget ni..dengan harapan berguna la untuk sefamili...tapi entah kat mana silapnya till today ipad tu hanya dalam mimpi kot...

order-10hb
confirm order-15hb ok ni salah aku kot sebab x submit email dekat depa kata dah byr..
dia balas kata ok dah dalam proses
17hb5 call dia kata order dah confirmed tapi barang adalah out of stock
22hb call dia kata barang tu dah post dan petang aku dapat..time ni seronok okeh tapi....

masa dok godek-godek tu barang adalah salah send tu cuma WIFI ONLY...aku hantar balik dan sampai hari ni barang still lagi x sampai-sampai...dok pending kat mana memang aku x faham...alasan out of stock tu memang x masuk akal..kalau dah out of stock kenapa masa orang order tu tulis in stock..x pandai kira stock kah?

mesti korang tertanya-tanya why x beli kat luar ja..aku pegi dah kedai barang tu kat kedai x ada..bila tengok kat web ni tulis in stock..maka gigih la beli kan skali jadi macam ni...buat orang macam gila bayang je..aku tengok lori GDEX tu macam apa ja skang ni..sangat-sangat sakit hati

ohh company yang aku order barang tu adalah LAZADA..kalau tengok skang ni banyak sangat iklan dia merata-rata buka web mana-mana mesti ada iklan..lagi menambahkan sakit hati aku..serius sangat geram, dan komen aku untuk company ni adalah:



LAZADA IS SUCK
updated: selepas beberapa sesi call-call semua aku decide untuk refund duit saja dan kalau ikut dia kata dalam masa 2-3 hari dan nak tunggu tengok apa jadi plak...sabarlah hati

Wednesday, May 30, 2012

kalau dah bukan rezeki

ditengah-tengah minggu kekalutan dengan sibuk weekend pergi berjalan x lekat dirumah..dan masa aku tengah godek-godek freezer nak kira stok susu terkejut plak tengok condition susu ni...huhu tengok dari jauh macam x ada apa yang berlaku, bila tenung dekat-dekat perhati belek-belek bagi clear baru nampak keadaan sebenar...bukan rezeki syaza agaknya
total stok bulan 3 dengan bulan 4 semua aku letak dalam bekas dadih ni...reason letak dalam tu sebab x sempat beli liner..dah beli mesti la banyak kan..mana ada bekas dadih ni jual sikit-sikit
close-up tapi macam blur...ada jadi tompok-tompok kulat kat tengah-tengah, atas dengan bawah ketulan susu tu
date kat atas...salah satu tarikh
ni kat sebelah atas susu..mak aku kata buang ja la dah jadi macam tu..memang boleh buang cuma dalam hati tahap sedih dia tu...hukhuk

total kena buang dalam 28 bekas x 3oz atau 4oz dalam seratus oz lebih jugaklah...dah la susu sekarang x meriah mana
hasil lepas buang..skang ni tengah gigih nak kumpul balik...x lama dah nak bulan puasa ni..nak kena cover untuk bulan puasa nanti..harap-harap sempat la dapat balik at least 20 bekas

ni masa sebelum aku pegi kelas 2 minggu lepas..baru sempat nak bercerita..huhu

Tuesday, May 22, 2012

penat...

nak bercerita tapi mau rehat dulu...blogwalking pun x sempat..those yang follow tenkiu yaa..nanti daku terjah balik..nak rehat jap

Thursday, May 17, 2012

tok dan cucu

hari ni kira hari terakhir la tok mengasuh si cucu berdua tu...macam-macam hal la jugak bila tok duduk dengan cucu ni..haha kadang tu layan jugak bila tok dok cerita pasal cucu-cucu dia, ye la kan cucu mak aku baru masuk 3 orang kalau nak banding dengan mek aka ibu mertuaku dah nak masuk 26 orang..jauh sungguh la beza..bila sikit sempat lagi terlayan

hari first dok ngan cucu macam ok ja, aku goreng kuey tiow siap-siap pagi tu...encik hubby cuti tapi pegi training untuk sukan weekend..balik petang tu syauqi dok tido kat depan, syaza lam bilik..tok kata syauqi x mau tido...dah paksa pun nak tido depan tv jugak...aku pesan la budak tu kena paksa tido lam bilik baru cepat lena..kalau x macam tu la dah kul 5 baru nak tido petang..malam macam rutin biasa balik...abang aku datang rumah plak malam tu...tapi still tido waktu biasa jugak

hari kedua x sempat masak apa-apa untuk breakfast, encik hubby belikan nasi lemak, mee untuk syauqi...syauqi x makan pun mee, tok kata syaza plak makan ayam, tok makan nasi saja..tapi cucu punya pasal ok ja...susu minum 3 bekas ja..tok plak kalau cucu x mau bukan dia nak paksa sangat

hari ketiga..en hubby beli nasi lemak 2 bekas...sampai petangnya mak aku x masak..reason kenyang sampai petang...dok gaduh nasi lemak bukan lauk ayam...cucu dia x leh dok usung ayam macam sebelum tu...sepetang dok bercerita pasal cucu-cucu dia, apa syauqi buat, apa syaza buat..dok kata syaza bagus la apa la, syauqi plak asyik dok x mau buat bila disuruh

hari keempat...aku balik dua-dua dah sambut depan pintu...moment paling best kot bila balik rumah...petang ni kena upah apa-apa la dekat dua orang tu...hihi petang ni apa cerita plak tok dengan cucu tu...sorang makin petah bercakap sorang lagi dok tunjuk-tunjuk apa dia nak..bergaduh pun ya jugak, kalau buas main sesama pun ya jugak...karang jap lagi boleh la tok rindu-rinduan cucu plak minggu depan

serabut? serabai?

sebut macam nak sama tapi lain maksud..haha tapi memang aku tengah serabut..dulu awal sem semangat nak studi apa semua kan..tapi bila lama-lama semangat makin luntur...seminar ke-4 dah makin mandom...hukhuk ada lagi satu esemen waiting list, satu hal-done, tutorial dok bertangguh, skrip yang belum jalan apa-apa, soal-jawab yang ada lagi 4 soalan x buat lagi..nak kena hafal semua tu plak..adoiii

kelas dah la weekend ni ja..x lama dah tu, esok lusa ja pun...mana aku nak cari kerajinan ni...dan bila dah serabut tido pun tidak lagi aman..tengah lena dibuai mimpi indah pun boleh terjaga sebab teringat keja sekolah ni...macam mana nih?? huhu

Tuesday, May 15, 2012

personal? public?

sejak dua menjak ni aku rasa macam hak privasi aku dah x privasi..bukan apa bila nombor telefon bimbit aka nombor henset aku pun semua orang yang aku x kenal boleh call dan tanya macam-macam memang sungguh aku x suka...personal ada personal kot, yang bermaksud bukan semua orang boleh dapat sesuka hati..kalau macam tu baik jadi public phone ja..tapi motif aku nak cakap ni bukan nak kata aku x suka depa ni call aku cumanya bila hal-hal berkenaan keja lebih baik call no ofis kot..nombor telefon bimbit aku tu adalah tu hal-hal peribadi sahaja...

even sampai satu tahap aku macam dah fobia nak angkat bila ada nombor aku x kenal call ke nombor henset aku..nak plak skang ni henset aku dah gelong..kalau sapa-sapa call aku ja dengar, orang di sana x dengar..tu pun ada jugak yang call nak buat aduan la, nak lobi untuk jual racun la, nak jual insuran, nak jual produk..macam-macam ada nasib hampa la telefon aku dikala telefon aku rosak ni...bila depa-depa ni call rasa macam x mau tukar telefon baru, bila nak call sedara-sedara, kengkawan mula la tensen sebab telefon rosak..hukhuk

balik hal asal..tapi sungguh la x suka bila orang aku x kenal call henset aku...kemarin jual produk apa ntah...dok gaduh x dengar la apa la..last-last aku putuskan line ja..padan muka..sungguh aku x suka