Wednesday, August 10, 2011

sekadar peringatan

lepas ni kalau sapa-sapa yang pegi beli makanan kat pasar ramadhan tu berhati-hati lah...sakit ni bukan leh buat main memang boleh bawak maut bila lambat dapat rawatan...pada peniaga plak..lepas ni kalau kena kompaun sebab x ada kad suntikan or x jaga kebersihan terima la dengan hati terbuka...kami hanyalah menjalankan tugas..buat kengkawan seangkatan selamat bertugas la...kena buat rectal swab la korang...huhu dugaan di bulan posa oh boleh buat modal aku petang karang masa check pasar ramadhan...hehe



Murid mati makan juadah berbuka

Enam turut alami muntah, cirit birit

MERU: Seorang murid Tahun Lima Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Binjai dekat sini, meninggal dunia pagi kelmarin, selepas mengalami muntah dan cirit birit kira-kira setengah jam selepas menikmati juadah berbuka puasa yang dibelikan bapanya di sebuah bazar Ramadan berdekatan rumahnya di Taman Seri Mewah di sini, petang Ahad lalu.

Selain Nurdini Mohamad Ali, 11, hampir seluruh ahli keluarganya turut mengalami simptom sama sehingga terpaksa dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini, selepas memakan juadah sama.

Mereka ialah ibunya, Noraliti Ramli, 37, yang kini hamil lima bulan, dan empat abangnya, Mohammad Syafiq, 14; Mohammad Irfan, 13; Mohammad Fitri, lapan dan Mohammad Hazimi, tiga tahun serta pembantu rumah dikenali sebagai Pati.

Mohammad Irfan dan Mohammad Fitri turut disyaki dijangkiti penyakit taun, manakala Mohammad Hazimi menghidap demam denggi.

Bapa mangsa, Mohamad Ali Khir, 37, yang ditemui di HTAR, berkata jam 6.10 pagi kelmarin, beliau ke bilik air dan terdengar bunyi dengusan seperti lembu disembelih dari bilik air.

“Sebaik membuka pintu bilik air, saya terkejut melihat Nurdini dalam keadaan terlentang dengan mata terbeliak dan mulutnya berbuih,” katanya.

Mohamad Ali yang tidak dapat menahan sebak, berkata Nurdini meminta air batu campur (ABC) dan otak-otak sejak awal Ramadan lagi, tetapi hanya Ahad lalu beliau berkesempatan membeli juadah berkenaan.
“Kira-kira setengah jam selepas berbuka dengan juadah itu, perut saya mula berasa tidak selesa dan kira-kira sejam kemudian kami sekeluarga dan pembantu rumah mula muntah serta cirit-birit sehingga tidak larat untuk bangun ke bilik air.

“Sebaik melihat keadaan Nurdini yang semakin teruk, saya membawanya ke HTAR tetapi sebaik tiba di hospital, doktor mengesahkan dia sudah meninggal dunia,” katanya.

Ahli keluarganya yang lain dibawa ke hospital sama dengan bantuan jiran.

Mohamad Ali berkata, biarpun beliau turut mengalami simptom sama, beliau menggagahkan diri dan tidak mahu dirawat di hospital kerana tiada siapa untuk menguruskan jenazah anaknya.

Jenazah Nurdini dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Meru, selepas Zuhur, petang kelmarin.

Ditanya sama ada beliau mahu mengambil tindakan terhadap peniaga yang menjual makanan yang disyaki tercemar, Mohammad Ali berkata beliau tidak mahu menyalahkan sesiapa, tetapi menasihati peniaga bazar Ramadan mengambil iktibar dan berhati-hati ketika mengendalikan makanan yang dijual supaya kejadian menimpa keluarganya tidak berulang.

sumber: berita harian

Tuesday, August 9, 2011

KLCC BREASTFEEDING FLASH MOB 2011



semoga selepas ini semua ibu-ibu dapat memperjuangkan hak untuk menyusukan anak-anak dengan susu ibu dan di mana saja tanpa pandangan sinis dan teguran tajam...jangan nafikan hak anak-anak

alhamdulillah..

semalam dapat call dari teman cakap dapat bonus setengah bulan gaji or minimum rm500...ohh dan dan excited...nak plak time tu tengah weng weng lagi otak selepas adegan kejar mengejar dengan masa dengan petang tu kena marah ngan public sebab aku kompaun dia...suka makcik nak... :) bagi aku cam alhamdulillah...jadi la kan dapat jugak duit untuk beraya...tengok ramai gak komplen kenapa dapat cuma separuh dan bukan penuh tapi kena la ingat tu pun dapat jugak...kalau x dapat lansung??

kiranya apapun aku tetaplah bersyukur...rezeki untuk aku dan sefamili...boleh la buat duit raya dengan shopping raya..hehe

Sunday, August 7, 2011

dah masuk hari ketujuh rupanya..

selepas pejam celik pejam celik tu kan...tengok-tengok ehh dah hari ketujuh rupanya...heee hal-hal lain macam x dak masalah sangat bagi aku sepanjang berpuasa ni...ye lah orang sahur aku pun bangun sahur, orang buka posa aku pun buka posa dannnn orang x lunch tapi aku lunch...huhu penat la acik nak mengganti sok...pasrah je lah dengan dugaan ini...jeles tau tengok orang posa x selang-selang lagi ni...aku kejap-kejap menogok air je lah...harap-harap esok-esok dah boleh posa semula...

lagi satu masalah bila posa ni adalah nak memasak masa nak berbuka...time sahur cam ok g tapi bila berbuka macam masalah besar la sangat kan...menu sepanjang 7 hari pun macam comel la lagi
hari first-nasi tomato ngan ayam masak merah
hari kedua-nasi putih ngan buncis goreng ngan ayam goreng
hari ketiga-roti jala ngan gulai ayam
hari keempat - soto ayam
hari kelima - nasi ayam ngan ayam bakar madu
hari keenam - chicken chop yang x berapa nak chop sebab kuah x jadi
hari ketujuh- ohh cam masalah besar ape lah aku nak masak hari ni...kalau wat nasi goreng je boleh dak?

ni baru tujuh hari makcik pizet ooii ada g 22 hari lagi nak harung...moga-moga idea tu teruslah ada untuk nak habis bulan posa ni...bulan posa kan cuma sebulan je lam setahun...musim nak merajinkan diri masuk dapur katanya...bagi diri aku la

aku x de la nak post gambar makanan...dah masak pun ala kadar...maka tunggu ala kadar rajin jugak la nak ambik gambar...tu pun kalau budak-budak tu x buat hal...ni buka posa pun macam nak pegi berperang...huhu ehh baru dua orang dah banyak komplen kan belum lagi bertambah-tambah bilangan tu..korang camna plak bulan posa ni?

wordless sunday

pengunjung kecil di bilik aku...burung walit err nak mintak lesen jugak ke?

Saturday, August 6, 2011

dugaan di bulan puasa itu manis :)

bulan puasa kali ni baca belog-belog orang lain macam ohh banyaknya dugaan...macam-macam cerita ada, ada yang manis ada yang duka, ada yang duka jadi gembira...tu aku lagi suka baca..hehe

aku plak tahun ni mungkin sebab terlebih ataupun belanja tidak cukup dengan modal maka kena la berjimat cermat...huhu kes nak-nak jugak kabinet dapur baru la ni...maka berjimat la nak tunggu gaji ujung bulan ni...ohh kalau disertakan sekali dengan bonus lagi la heaven...mengharap la jugak tapi idaklah sampai terlalu mengharap dekat bonus yang entah apa cerita tu...

tapi dugaan di bulan puasa ni memang manis...kena sentiasa bersyukur dengan ujian dari Allah ni sebabnya biarpun aku kali ni di taraf sengkek dan menghitung sen masih lagi tidak putus rezeki...syukur sangat-sangat..mungkin jugak peluang aku untuk lebih rajin mengasah skill kat dapur...bak kata encik hubby dah ada dapur baru...guna la kan

tapi mulai minggu depan dah kena kerja lebih masa...celah mana plak aku nak memasak...huhu kena men aci ligan dengan masa la plak...moga-moga sempat la aku berkejar-kejar ngan masa tu yer...alhamdulillah setakat hari ni aku masih lagi sempat memasak petang-petang dan belum lagi menjengah pasar ramadhan...tapi start minggu depan memang kena jengah la demi tugas...

err pakcik makcik, adik kakak kalau kena kompaun dengan aku tu jangan la marah yerr...saya cuma menjalankan tugas...huhu