Saturday, July 31, 2010

menuju puncak...lalala




hari ni dan esok saya akan berada di puncak alam untuk seminar pjj...menuju puncak...lalala (eceh dan dan tu nak nyanyi lagu af...hehe)
mungkin juga ada test untuk seminar kali ni...br seminar ke 2 dah test...huwaaa doakan aku jawab dengan jayanya yer...kalau x jaya mau la aku renung je kertas tu kot2 boleh tembus...lalala

okeh tu je babai

Thursday, July 29, 2010

penyakit melioidosis

aku baca paper hari, kemarin ternampak pasal penyakit ni dengan penyakit leptospirosis...kalau leptospirosis tu tau la sebab air kencing tikus dan soklan famous masa blajar cdc dulu tapi melioidosis...apa tu? dan jawapan selepas aku google lebih kurang cenggini la shortform dia aku ringkaskan supaya orang pun x pening nak membacanya

penyakit melioidosis

nama lainnya: jugak dikenali sebagai penyakit Whitmore atau penyakit pekebun Nightcliff
penyebab:sejenis bakteria gram negatif dengan nama Burkholderia pseudomallei yang boleh didapati dalam air bertakung, tanah dan pokok padi.

cara jangkitan: boleh menjangkiti manusia yang tersedut udara mengandungi partikel tanah tercemar dan tersentuh kulit ataupun dengan termakan makanan yang tercemar dengan bakteria ini.

epidemiologi: endemik di kawasan asia tenggara, sekali sekala di kawasan lainnya, timur laut Thailand mencatat kes tertinggi penyakit ini

diagnose: melalui ujian makmal dan pengambilan sampel darah, tisu, air kencing, nanah dan sapuan tekak

simptom: sakit di bahagian dada, tulang, atau sendi; batuk; jangkitan kulit, nod paru-paru, dan paru-paru berair (pneumonia), borok kulit, hilang selera makan, demam, sakit kepala, dan boleh menyebabkan encephalitis(pendarahan otak)
info dari pizet yang tiba-tiba concern pasal penyakit yang menyebabkan orang mati...hukhuk

syauqi dah 10 bulan

kejap sungguh dah 10 bulan...penah aku cakap dengan en hubby kalau boleh x nak syauqi membesar nak dia sentiasa baby je...n en hubby cakap mana boleh dah dia manusia mestilah kena mebesar...hehe tah hapa2 je aku ni kan...cepat je masa itu berlalu meninggalkan aku ni...

syauqi progress untuk 10 bulan so far adalah
1. dah boleh jalan 2,3 step pastu duduk x pun jatuh...
2. dah boleh panggil mama or papa tapi kadang dia belasah ja mama jadi papa or papa jadi mama...ish confuse ke sayang?
3. mulut macam maknenek...owh yang tu masih menten
4. dah pandai bye bye bila time hantar dan ambik rumah pengasuh even kalau orang bye bye kat dia mesti dia balas balik. bye bye dengan goyang2 tangan 2-2 belah dengan genggam jari2...hehe mulut plak bunyi bye bye bye
5. pantang dengar lagu mesti nak joget...suka tengok especially bila dok goyang2 bontot bulat tu...hehe
6. suka main air...pantang sapa masuk bilik air mesti nak ikut
7. tido kena dipeluk sentiasa kalau x trus bgn..haihh
8. gigi masih lagi 2 blum ada tanda2 nak bertambah pun
9. makan dah memilih...kalau yang dia suka banyak la makan..tambah kalau boleh pegang sendiri lagi la dia suka
10. suka benar memunggah..pantang orang masukkan barang dalam bakul mesti merangkak laju2 pastu kuarkan barang tu...
hmmm trus mak dia macam jem otak nak pikir dan mengingat kan...pe la ya? apapun moga anak ku yang sorang itu membesar dengan jayanya...

Tuesday, July 27, 2010

ohh

ohh dah 2 minggu berturut-turut macam x semangat nak update blog...rasa orang yang baca pun rasa x semangat jugak nak baca tapi rating masih baik...alhamdulillah...semua gara2 gcb mcd itu...ohh ramai jugak peminat mcd rupanya sebab bila letak tajuk macam tu ramai la tersesat masuk belog yang x ada apa2 ni...semata2 nak tengok review aku yang biasa-biasa ini pasal gcb mcd...hehehe

ohh biarpun mood nak update macam hampeh aktiviti blogwalking dan terjah belog orang lain masih macam biasa...baca2 cerita orang dan kalau rajin tinggal komen dan byk la yang aku baca dan x komen...ampunnn dan ada jugak cerita buat aku senyum sorang2 sebab ye lah setiap orang lalui hari yang berbeza dan di tempat yang berbeza dan macam2 cerita... :)

kemarin buka belog dynas dan my name termasuk dalam list...ohh sangat terharu...suka2 komen yang cuma biasa2 tapi bila hati semasa menulis adalah ikhlas memberi pendapat maka akan dihargai oleh penerima tiba2 berjiwang kejap dan balik rumah trus cerita kat en hubby kata belog yang biasa2 ini telah dikunjungi oleh artis yang meletup dan en hubby cuma senyum...memang pendengar yang setia...

ohh ada jugak belog yang buat contest dan aku rasa sangat la teringin nak join tapi bila history lepas2 telah buktikan yang aku ni memang x bertuah buat aku pikir 4-5 kali nak join...bukan x sudi cuma diri ni memang x bertuah...not lucky enuf...mungkin aku kena kutip bunga buat mandi dulu kot2 lepas tu jadi orang yang bertuah :)

y yer aku letak tajuk ohh entri ni macam pelik tapi lantak lah...hehehe daaaa

Monday, July 26, 2010

hari ni

hari ni makcik adalah berpuasa sebab kan dah nak start posa x lama lagi dan makcik ada lagi sehari posa x berganti...sebab kes si kecik ni x aktif dulu...maknye risau trus buka puasa jam 5 petang...(eleh orang lain ganti posa berhari-hari pun x kecoh ni sehari pun nak bising...) dan hari ni harapannya semoga berjaya posa sampai ke petang dan tidak kecundang ditengah hari...jangan tiba2 nampak anak bulan time tengah hari sudah la...risau gak makcik ni...sehari pun tetap berharga tu

dan biarpun baru berpuasa sekerat hari pun x sampai dah dok fikir menu apa nak buka posa...hehehe sabaq je la kan...x dan dan sungguh nak tunggu masuk waktu maghrib ni...hmmm apa ye nak makan time buka posa...kepala masih ding dong

hari ni dan semalam time nak pegi keja mesti budak kecik tu nak ikut saje nak bagi mak dia feeling-feeling sayu kot...jangan la macam tu sayang...mama pegi keja cari duit nak sara syauqi jugak iskkk kalau sebelum ni takat rengek2 ckit pastu bila ibu dia alih perhatian dia tunjuk benda2 lain trus senyap tapi kali ni x nak lansung ibu dia dukung...br nak sua dah meraung-raung nak ikut mama dia...iskk tapi yang makcik musykil sangat bila anak pengasuh tu pun meraung sama...camno tu? owh adakah makcik telah menjadi pujaan kanak2 kecit...muehhehe feeling diva jap ayat perasan x sudah

semalam dan hari ni jugak aku batuk2...batuk yang macam nak terkeluar anak tekak dan budak kecit tu selsema dan batuk2 macam emaknya jugak...kalau aku je batuk x pe gak ni bila dia berjangkit macam kesian plak...agaknya effect dari dia demam hari sabtu malam hari tu kot...demam yang sekejap sangat...pukul 2 pagi demam pukul 7 pagi dah kebah tapi effect demam tu hidung asyik berair ja...bila nak lap asyik nak marah2 sebab orang sentuh hidung dia...

encik p masih lagi tidak menjengah selepas kali terakhir bulan lepas...kalau sebelum ni macam relax2 sebab encik p memang x muncul2 pun sebab aku breastfeed tapi bila dah start datang kena la tiap2 bulan datang kan...dan bila x datang macam2 la dalam kepala otak aku ni...owh kalau apa2 pun biarlah yang positif belaka...aminnn

hujung minggu lagi sekali nak kena pegi seminar di puncak alam dan aku dikala ni baru habis baca satu bab untuk 2 subjek dan assignment masih lagi belum terusik...ada la satu aku try nak buat tapi...nape ye macam x faham apa yang aku baca...iskkk sedih sungguh hati ni nak kena mencari talin hayat untuk selesaikan masalah ni...

okeh pegi cari talin hayat itu sebelum aku tenggelam dalam blurrr daaa

Tuesday, July 20, 2010

gcb mcd

waktu petang
me: mc d malam ni?
hubby: blk rumah bincang battery low sgt ni...

lepas blk keja time kuar ot
me: p mc d mlm ni?
hubby: y tiba2 nak p mc d ni?
me: kan ada burger baru ingat mama x tau ke? oo time iklan kat tv buat2 kalih channel yer?
hubby: sengih
hubby: nak p drive thru ke nak makan kat sana?
me: drive thru je la (bila ada anak kecik yang akan tdo bila mlm menjelma drive thru memang satu option yang baik)

dan malam tadi kami ke seberang jaya mc d drive thru semata-mata mencari burger ini

komen: sedap hingga menjilat jari..heheh
en hubby mulanya cam takut2 nak order sebab takut terkena daging...ye la dia kan x bley makan daging tapi dah sah2 kat situ nama dia chicken x kan la chicken itu mean daging??

cuma aku dok mencari jawapan lagi...sos die tu buat dari apa ye...sedap ngeee :)