Showing posts with label syaza. Show all posts
Showing posts with label syaza. Show all posts

Wednesday, August 3, 2011

harta warisan

since syaza anak ke dua maka banyak la barang-barang dari zaman syauqi diturunkan pada syaza...cam sebelum ni kot baby yang syauqi x mo duduk lam tu aku pasang blk untuk letak syaza dalam tu... dan hari tu tengok syaza cam dah pandai main-main bila letak apa-apa benda dekat dia aku pun cari la mat ni balik dan pasang-pasang

syaza yang mula-mula duduk kat playmat ni main-main sampai tertido...kali kedua dah start boring-boring dan skang ni pantang letak terus berpusing untuk meniarap...ohh syaza dah terer meniarap dengan pandai pusingkan tangan dia masa 3 bulan 1 minggu hari tu...sebelum ni boleh gak meniarap tapi tersekat kat tangan...skang ni dah kemaruk kot pantang letak bawah mesti nak pusing je keja dia

ni plak abg syauqi yang jeles bila mama letak adik kat mat...mesti x lama masuk gak dok situ sambil tendang-tendang menatang ni...jeles kot

ni plak syauqi dulu-dulu masa duk kat mat ni...hai rindu plak syauqi zaman ni....zaman debab dan manja-manja...skang still lagi manja cuma lebih lasak lagi...huhu
ni plak cot yang patut letak syaza...sebelum ni aku pasang belah atas tu...tapi lepas syauqi pandai panjat sendiri nak masuk lam cot tu aku buang bahagian atas dan tinggal bahagian bawah ja...kalau ralit-ralit ja mesti tengok dia dah kat dalam tu...jeles sebab mama letak adik dalam tu jugak kot
ni pun skang letak syaza dalam ni...jeles gak...kalau nek keta adik x duduk lam ni mesti dia take over...kalau dah harta warisan tu macam ni la kot yer...semua barang yang biasa dia guna sorang tapi kena kongsi mesti ada rasa x mau share kot...ohh ni gambar syauqi zaman kecik-kecik duk lam carseat ni

Tuesday, August 2, 2011

pejam celik pejam celik...

dalam sedar x sedar rupanya tahun ni kali ke empat aku berpuasa dan kalau umur panjang beraya dengan encik hubby as husband and wife...ish kawen br nak masuk 3 tahun tapi sambut posa 4 kali...camno tu?? haha aku pun x faham mungkin sebab kalendar islam tempoh dia lagi pendek kot...nak gak feeling posa ngan raya lebih dari sambut anniversary buat lah cam aku...nikah 2 hari sebelum posa...haha hari ni kita nikah esok dah dengar pengunguman nak sambut posa...kelas gitu

tahun pertama masa baru lepas nikah...zaman baru nak mula hidup laki bini...zaman sopan-sopan...haha tahun kedua tengah mengandung dekat syauqi...zaman tengah rajin memasak...pembawakan kot tahun ke tiga zaman syauqi kecik-kecik lagi...time ni kena berkejar masa sahur pun laju-laju sebab syauqi zaman baby memang asyik ngempeng...tinggal cikit dah melalak dan tahun ke empat sempena 4 kali berpuasa bersama-sama maka kami pun dah berempat tapi nasib syaza adalah good girl...time sahur boleh santap dengan aman sebab dia kalau tdo memang payah nak bangun...kalau lapar susu pun cuma senget-senget sikit badan cam ulat beluncas tu cari nenen mama dia sambil mata terpejam...kalau 3,4 kali dok senget-senget tapi mama dia still x sua nenen baru la nangis kaw-kaw...kalau x de orang tapi dah terjaga cuma terkebil-kebil cari orang dengan harapan orang perasan dia dah bangun, kalau tengah tdo orang peluk boleh la lajak sampai pukul 9 pagi baru nak buka mata...padahal tdo malam pukul 8 lebih...sabo je la kan

tapi bila dah banyak tahun berpuasa sekali macam blur dah...nak masak apa yer berbuka petang ni...biarpun x boleh berpuasa tapi kena la masak untuk orang yang berpuasa...pikir dari semalam lagi ni...haha tapi sampai ke saat ni x dapat jawapan...kena cari talian hayat kot, idea???

Monday, August 1, 2011

day 1...blum apa2 ku sudah kecundang...huhu

tahun ni aku dengan harapannya nak berpuasa penuh tapi harapan tu hanya jadi harapan...kuciwa aku di pagi hari nasib la pagi kan...kalau petang ohh sadis jugak tu...tapi x pe bersempena hari pertama berpuasa sempat la aku buat nasi tomato dengan ayam merah...plus cucur cempedak goreng...pun sedap, sedap, sedap sila baca version upin ipin yerr padah dok teman syauqi tiap-tiap hari tengok...huhu

hari ni jugak usia aku dah naik lagi satu tahun..isk isk dah tua aku rupanya...baru nak feeling-feeling 18 tahun kan tapi apakan daya...huhu ku sudah 26 tahun rupanya...anak pun sudah 2...x pe anak tu rezeki...pagi-pagi lagi dah dapat kejutan dapat call dari era...kes syu la ni tolong daftarkan nama aku...nak suh cita pasal persiapan raya la apa la...x ndak la aku..uish malu makcik :P dan dan tu la aku tiba-tiba jadi pemalu kan..kan

hari ni jugak sebab en hubby pegi terawikh tinggal aku anak beranak je kat rumah maka mudahlah aku paksa budak-budak tu tdo awal...si kecik debab tu memang kul 8 lebih mata macam gam...kalau tak bagi lena memang mengamuk sakan...si abang yang lasak tu aku buat susu paksa gak tdo...hehe aku kan mak tiri...selamat dah lena dua-dua orang

sebelum terlambat...dengan ini aku nak ucapkan selamat menyambut ramadhan pada semua...moga tahun ini dan kali ini kita beroleh keberkatan dariNya...amiiinnn

Sunday, July 24, 2011

syaza 3 bulan, syauqi 1tahun 10bulan

pagi td dah selamat bawak budak berdua tu g klinik desa dekat ngan rumah untuk pemeriksaan bulanan..nasib mak ada untuk temankan aku...kalau x memang surrender la nak bawak si syauqi yang lasak tu...nasib adik x pandai jalan lg...cuma berdokong saja dengan senyum-senyum kat semua orang yang agah dia

syaza lepas timbang td rupanya dah naik jd 6kg patut la dah start lenguh-lenguh bila lama dokong dia...sakit bahu aku...huhu syauqi plak macam statik kat 11kg tu...last timbang 10.6kg kot cuma naik 400gram...ok la sebab skarang kan byk melasak budak tu...

takat petang ni si kecik debab si syaza tu x nampak tanda-tanda nak demam ke apa...harap-harap lansung x la sebab last cucuk bulan lepas pun x demam budak tu...

Wednesday, July 6, 2011

wordless wednesday #1

dua orang buah hati pengarang jantung beta

Monday, July 4, 2011

syaza hari pertama dan cerita breastfeeding

kemarin adalah hari pertama syaza dihantar ke rumah pengasuh..kali ni sebab syaza kena duduk rumah pengasuh bersama-sama abang dia maka aku pun prepare siap-siap warmer untuk panaskan susu bagi mudahkan pengasuh tu panaskan susu syaza, dan susu pun kali ni aku letak dalam cooler bag untuk maintain sejuk dia...siap dengan numbering lagi

masa zaman syauqi dulu susu letak dalam beg kertas je bila sampai rumah pengasuh trus suh dia masukkan dalam peti ais...sebab jarak rumah aku dengan rumah pengasuh adalah dekat...dulu masa nak kuar rumah baru hegeh-hegeh nak kuarkan susu masuk beg dan hantar rumah pengasuh...dulu pun x bekalkan warmer, pengasuh cuma rendam botol dalam air panas kasi kat syauqi...

kali ini aku fikir mungkin sebab nak kena tengok syauqi lagi yang super lasak...mana nak layan syaza lagi yang super manja...selain damia anak dia sendiri maka aku bekalkan warmer untuk kemudahan dia..

dan dalam pukul 9 pagi aku dapat sms dari pengasuh dia "susu ni masukkan dalam peti ais macam biasa kan? bekas biru ni apa dia?" rupanya pengasuh dia x tau tu adalah ice pack nak maintainkan sejuk susu tu...trus aku call bagitau apa benda mentang biru tu...hehe dia tanya plak "why bila letak dalam warmer susu tu x panas pun?" pun aku xplain susu tu x yah panas sangat cuma suam-suam saja (ohh macam mana la zaman syauqi dulu...panas sampai x de zat kah susu dia :( sayu cikit dalam ati ) dia mention skali syaza x nak duduk...kena husband dia pegang sentiasa x boleh letak bawah

pukul 11 lebih macam tu aku balik singgah rumah nak ambil duit nak bg kat kawan sebab tertinggal dan satu kejutan aku jumpa...syaza ada kat rumah dengan tok dia, mak aku cakap pengasuh dia hantar sebab syaza x nak duduk, semua barang syaza dia hantar sekali, botol susu, warmer, bedak, minyak angin, baju, pampers, semua la (rasa sedih ckit dalam ati) syauqi plak pengasuh dia ambik tukar ngan syaza (saja aku x hantar lagi syauqi bagi syaza biasa dengan pengasuh dulu) masa ni cam terfikir dalam hati (ohh mentang la syaza menyusu susu ibu trus rasa leceh nak dijaga, syauqi plak susu moo moo trus rasa camx leceh nak jaga...)

dalam kul 12 cam tu lak mak aku call kata syaza nangis sungguh-sungguh lepas dia bangun tdo mungkin mengadu kot kat tok dia yang mama dia p letak dia kat sapa ntah (anak dara ni banyak mulut ckit dah pandai membebel dalam bahasa baby dia...mengamuk pun banyak gak)

hari ni aku ulang lagi hantar syaza dengan harapan x jadi lagi macam semalam...awal-awal lagi dah xplain susu dia lepas letak 6 minit dalam warmer cuma suam-suam dah boleh bagi dia minum dah...barang-barang tu semua letak kat rumah dia sebab dah ada backup kat rumah...dan tadi call dalam pukul sebelas lebih pengasuh dia cakap ada la merengek cikit...lepas main-main dengan dia dah x merengek dah ok saja...

pengajaran yang aku faham: breastfeeding adalah benda yang selalu kena direcall dalam minda...semua konsep tu kalau kita x amalkan akan lupa, padahal pengasuh syaza juga pernah mengasuh syauqi selama satu tahun 3 bulan dengan susu ibu pun masih lagi lupa apatah lagi orang yang belum ada pengalaman dengan susu ibu lagi la x tau kan...mengajar orang tentang susu ibu dan kebaikan dia memang perlu banyak kesabaran...kalau x cukup sabar kita mudah nak mengalah...demi 2 tahun syaza dengan susu ibu...doakan aku berjaya :)

Monday, June 27, 2011

update syaza di usia 2 bulan syauqi setahun 8 bulan

rasa sekejap je dah membesar anak dara tu sorang...nanti kejap-kejap dah boleh berjalan...cam abang dia yang kemain banyak mulut sekarang ni...penat makcik menjawab pertanyaan si abang dengan macam-macam soklan dia nak tanya...

syaza kemarin dah kena cucuk kat peha gebus tu sebijik...meraung jap tapi lepas tu tdo lena...jaga pun merengek cikit sebab sakit tempat kena cucuk kot...tapi alhamdulillah tak demam...badan gebus2 tu dah naik jadi 5.3kg uih kena letak kat penimbang pun boleh dok galak-galak...suka sungguh anak dara tu senyum, murah dengan senyuman.

perkembangan syaza dikala usia 2 bulan macam x banyak beza sangat cuma
1.dah pandai hisap tangan sendiri selain hisap baju orang yang dukung dia sampai lencun,
2.pandai dah menjerit panggil orang bla terjaga...
3.galak bukan main bila kena agah...
4.x pandai lagi balikkan badan tapi bila orang balikkan badan dia trus excited dok tujal kaki nak ke depan..
5.pandai jugak jeles bila orang lebih bagi perhatian dekat abang dia x tengok dia
6.pantang kena air...melompat-lompat selain senyum tanda suka
7. tak suka dibaringkan...nak duduk atau peluk sambil berdiri (perasan besar kut)
8. mudah tdo..x macam abang dia payah cikit nak bagi tdo, kalau dia kat tempat bising pun boleh lena

hari tu masa mak dia demam dia pun berjangkit sekali...dan nampaknya jenis macam abang dia jugak payah nak makan ubat...anak bapak 2-2 orang payah sungguh nak bagi ubat...nasib demam dah ok dan cucuk kali ni pun x demam...

syaza pg td...tdo dengan gaya comel

 ni plak hal si abang yang makin membesar...syauqi yang macam-macam peel dia
 selalu sangat menangis kalau x dapat apa-apa...kadang tu cam comel tengok dia menangis sambil tutup mulut tapi kadang tu rasa cam nak sekeh-sekeh ja...tau la nak attention pun
gigi pun makin bertambah...ada dalam 8 batang in process nak tumbuh dah nampak putih-putih...agaknya hari tu demam kebah demam kebah tu sebab nak tumbuh gigi sebabnya bulan jun saja ada la 3 kali dia demam selang seminggu...ni dah aktif balik dah

mulut pun dah makin becok...kalau x nak tu jangan la nak bg jugak...buat dia baling je. tanya pun banyak selain bila tengok pamplet dah pandai mintak benda dalam pamplet tu kalau dia berkenan

lepas makan pun dah pandai bawak pinggan letak dalam sinki sambil cakap "bish" tanda dah habis..cute :)
ni plak kasut comel untuk hadiah lepas dia demam hari tu...ni bukan apa selalu sangat berebut kasut makcik dia maka kebetulan ternampak kasut ni hari tu trus beli...keciwi kan main dia pakai kasut ni dalam rumah...nek beskal pun pakai kasut
ni plak kejadian pagi tadi...minum skang ni pun nak dalam gelas je...rasa besar kot biarpun kadang banyak yang tumpah dari masuk mulut.

Wednesday, June 22, 2011

penangan anak perempuan...

dulu masa peknenkan syauqi aku berangan nak anak pompuan tapi kalau blh teringin jugak anak laki...ish keinginan berbelah bahagi sungguh la kan tapi rezeki lebih memihak dapat hero maka dapatla syauqi yang super lasak dan x makan saman tu...tapi rezeki kali kedua dia bg can aku dapat heroin plak...sejak dari doktor jangka kata pompuan biarpun doktor kata "saya x brapa nak sure bukan 100% jangka" tapi kau sebab kemaruk punya pasal masa shopping baju bb tu yang pink2 je aku pandang...hahaha

siap masa sebelum bersalin belikan headband siap2 tapi tu la size mana blh ukur masa dalam perut kan maka x muat...tapi x pe banyak lagi pilihan headband terbentang...nak2 plak dalam shopping online kan...rambang mata makcik ni menengok selain dari tgk baju dress ngan ropol2 ni...(habis la kau syaza dah macam anak patung dah aku pakaikan japg...haha)

tapi sungguh dikala ini memang aku tengah gila memandang baju ropol2...dress dengan headband saje..ohh topi crochet tu pun makcik berkenan jugak...ishh baju pompuan ni byk sungguh pesyen2 yer...kalau boys tu sepesen je...seluar t-shirt...tapi jangan kau kalau beli baju kat adik kat abg harus ada gak barang selai dua...kalau x baju adik tu aku usung satu rumah (kes jeles)

Wednesday, June 15, 2011

saya hari ini

saya hari ini...
aktiviti biasa...seperti sebelum lahirkan syaza macam zaman abg dia kecik2 dulu jugak cuma pam susu dah upgrade ckit
hasilnya selepas 15 minit mengepam...alhamdulillah moga perjalanan 2 thn akan tercapai nanti

demi untuk budak kecik ni


supaya dia blh menten body macam ni


ni plak abg dia yang cuma sempat 1 tahun 3 bulan bersusu ibu...alhamdulillah

pengalaman kedua...x sama macam pertama

dah nak masuk 2 bulan anak baru nak cerita pasal experience bersalin kan...tapi x pe lah sebagai kenang-kenagan dan ingatan bagi mek kecik tu bila dia besar nanti...bila tgk ohh macam tu rupanya aku dilahirkan dulu..eceh

aku hari kan patutnya due 15hb4 2011 tapi masa tu memang mek tu x nak kuar kot sedap dok lam perut mak dia lansung x ada tanda2 apa...habis semua petua nak bagi beranak dah aku terai..dari minum air kelapa (habis satu mayang) pastu ada orang petua suh basuh dinding bilik air...haha part ni mak aku suka berkilat je bilik air dia aku wat keja... pastu orang petua minum air teh dengan kuning telur pun aku try tapi kot lambat effect dia kot sebab lepas minum x trus sakit pun

then en hubby plak macam biasa la balik ujung minggu...dia kata nak balik sp jap ada hal...aku pun masa tu kata nak ikut kot2 sebab jalan jauh blh rasa2 nak bersalin...tapi sampai balik kg balik pun x sakit jugak...sempat la makan ice cream cornetto idaman kalbu (nak kena pantang setahun ni...huhu) aku ada cakap kat en hubby yang aku rasa macam 18hb mesti aku beranak, dia tanya kenapa? aku pun x tau..cuma rasa di hati macam tu..padahal masa cakap tu x dak pun tanda-tanda nak beranak

lepas dah settle semua urusan en hubby plak naik bas balik ke kl tempat berkursus dan elok2 je en hubby sampai duta dalam pukul 4 pagi cam tu aku mula rasa sakit...awal tu dalam 30 minit sekali, awal tu aku ingatkan sakit perut sebab malam tu makan laksa melampau pedas...pegi toilet kena plak paip air tercabut...kena kujut akak aku pegi tutup paip kat luar... masa pegi toilet tu tgk ada tanda darah...dah rasa nervous tapi pukul 5 br kejut mak kata dah ada tanda darah..time ni bajet lam ati sempat kot tunggu hari cerah...sempat kot breakfast dulu

tapi masuk pukul 6 dah makin kerap...dalam 5 minit sekali dah mak pun kejut kak aku suh bgn hantar aku g sepital...kak aku plak ingat nak pegi check perut biasa tu siap marah2 kata tunggu la dah siang nanti (time ni dia baru nak tido lepas aku kejut dia kes paip air pecah tu)...dah explain kata sakit nak beranak baru dia siap2...

sampai hospital nurse situ blh plak dok tanya macam2 padahal time aku memang aku rasa bukan 5 minit sekali dah tapi kerap sangat2 dah...tanya pasal kes uri rendah tu padahal doktor dah tulis dalam tu kata uri dah ok...ada sorang nurse suruh aku p kencing tapi aku memang x blh pegi dah sebab sakit sangat dan bila check bukaan dah 7cm...dan elok langkah ke labour room naik katil, nurse pecahkan air ketuban dah nak beranak pun air ketuban belum pecah lg teran 5 kali selamat lahirkan bb...nurse tu sempat puji pandai teran apa semua..habis ni dah kali kedua..dan syukur jugak dimudahkan cara

oh koyak kali ni macam hari tu jugak banyak jugak jahitnya...sampai aku troma kes jahit tu...huhu time jahit x sakit tapi bila dia lap dengan tisu tu azab la sakit..kuat kot dia tekan tisu tu, biarpun rasa lega sebab kejap sangat sakit kali ni dari pukul 4 ke pukul 7.12pagi...3 jam saja tapi contraction tu memang azab sungguh...macam tu rupanya rasa sakit bersalin normal

tapi kali ni sempat la rasa rooming in dengan baby sebab dari lahir sampai keluar wad memang baby ada kat sebelah ja...hospital tu plak aman sungguh sebab hari tu cuma aku dengan akak lagi sorang je bersalin...duk wad pun aman gila sebab orang x dak
ni la mek kecik tu  NURUL SYAZA RAIHANAH yang maksud cahaya jambangan bunga yang harum
berat masa lahir 3.3kg...lepas 10 hari dah naik 3.8kg  timbang lagi 20 hari naik 4.1kg dan last timbang 30 hari 4.5kg
pipi gebu semacam sebab masa hujung2 sebelum lahir mak dia makan bahulu satu tupperware besar...hehe

Sunday, June 12, 2011

first day keja :(

biasa la lama cuti mood masih kelaut lagi haa... tgk meja pun cam bersih semacam (sebelum ni semak melampau)...buka pc pun macam lain macam...blogwalking tengok blog sendiri dah bersawang...tgk email ada 400 lebih email x check, tengok fesbuk banyak plak member dah x solo dah...member2 yang memboyot pun dah beranak...uihhh ni aku baru cuti 60 hari dah banyak benda yang aku ketinggalan...banyak benda yang nak kena catch up banyak keja nak kena revise balik...ada hikmah jugak aku cuma cuti 60 hari ni (pasrah x dapat 90 hari)

tapi bila call rumah en hubby cakap adik merengek x brapa nak tdo...trus hati lonjak2 rasa nak bali rumah...huhu hai la hati...oh cerita2 basi pasal kelahiran baby dengan kenduri kendara sempena cuti skolah lain masa aku update...kena adjust diri sendiri plak dengan first day keja ni...bg korang tgk gmbr je la dulu yer


Nurul Syaza Raihanah Binti Mohd Sobriey