Wednesday, May 17, 2017

JOM JANA PENDAPATAN ANDA DENGAN IMAAN


PELUANG TAMBAH PENDAPATAN SECARA SAMBILAN
Produk sangat senang dijual jika ada skill dan sanggup belajar..
Kami tak janjikan bulan dan bintang tapi kalau komited dan konsisten bertindak dengan apa yang di ajar, InsyaAllah dapat jana pendapatan tambahan dan mungkin boleh jadi pendapatan utama juga bagi anda..
===================
KELEBIHAN IMAAN WIPES
===================
✔Suci tanpa alkohol
✔2 in 1 (Membersih & menyegar)
✔Sesuai semua jenis kulit
✔Senang di bawa
✔Ada Vitamin E
✔Ada Aloevera



================================
KENAPA ANDA PERLU JADI ANGELS KAMI???
================================
✔ Ilmu marketing dan sales akan disediakan
✔ Produk yang mudah dijual
✔ Modal permulaan yang rendah dan kurang risiko
✔ Marketing tools seperti e-flyers dan testimoni akan diberikan
✔ Group Support akan disediakan untuk membantu agent kami
✔ Margin keuntungan yang memuaskan
✔ Reward menanti Best Seller
✔ Promosi berterusan dari kami.
Berminat nak join..?
saya buka pendaftaran eksklusif untuk 10 orang yang berminat...
Whatsapp "SAYA NAK" ke
*0133805848* sekarang!
*0133805848* sekarang!
*0133805848* sekarang!

Wednesday, June 15, 2016

akok mudah

bulan puasa dan dan teringin macam-macam..nak makan kuih ni tapi sini x jumpa orang menjual maka buat la sendiri..alhamdulillah menjadi dengan jayanya cuma masa buat gula kurang maka tak berkedut la sangat..boleh guna acuan muffin saja untuk buat ataupun pembakar roti.pemanggang ajaib pun boleh..

resepi asal akok kedut..

BAHAN-BAHAN
Tepung gandum 1/2 cawan
Telur 5 biji- nak lembut letak extra telur
Santan pekat 1 cawan
Gula gerek @ Nisan kerek 1 keping kalau besar @ 2 keping saiz kecik
Air 1 cawan

CARA-CARA
1. Blendkan semua bahan dan tapis untuk elakkan berketul.
2. Acuan muffin di gris minyak atau marjerin.
3. Bakar 20-30 minit 180 darjah celcius.

Monday, June 13, 2016

tart telur portugis

jadi jugak buat tart ni kalau beli mahai sungguh...gigih p cari puff pastry jumpa jugak..mudah saja nak buat rupanya kalau ada puff pastry tu
BAHAN-BAHAN
Puff Pastry (brand kawanku)
5 Sudu besar susu pekat
1/2 Cawan susu segar
1 Sudu besar esen vanilla
4 Biji telur

CARA-CARA
1. Griskan acuan guna minyak masak atau marjerin
2. Puff pastry di lenyek dan dibahagikan kepada 4 bahagian.
3. Potong 4 puff pastry dan disetiap bucu dipotong sedikit. Bahagian dipotong dicantum secara menyilang untuk jadi mcm acuan boleh isi inti. Letakkan dalam acuan muffin.
4. Untuk inti atau filling pulak. Campurkan semua bahan-bahan pukul sampai kembang. masukkan dalam jug untuk senang isi ke dalam pastry tadi.
5. Bakar dalam oven dengan suhu 180° selama 25-30 minit. Siap ^_^

Sunday, June 12, 2016

kuih lapis

first trial buat kuih ni..nak tunggu siap lama la sikit tapi bahan-bahan mudah sahaja..menjadi dengan eloknya

BAHAN-BAHAN
1 Cawan tepung beras
1/2 Cawan tepung gandum
1/2 Cawan gula
1 Kotak santan KARA (1 1/2 cawan kalau santan segar)
1 1/2 Cawan air (sebab santan KARA agak pekat tu jd 1 1/2 cawan kalau tak satu cawan dah cukup)

CARA-CARA
1. Blender semua bahan bagi sebati. tapis dan bahagikan kepada dua bahagian. Bahagian putih letak garam secubit bagi naik lemak. Satu lagi letak pewarna sirap ros.
2. Kukus selapis demi selapis selama 5 minit dan lapisan akhir sekali kukus 10 minit.

TIPS:
1. Panaskan air bagi banyak supaya x payah terjenguk-jenguk air di bawah takut terkering masa sibuk mengkukus.
2. Lapisan paling atas akhirkan dengan warna merah..feel nostalgic gitu.
3. Lapik plastik pada bekas sebab kuih ni spesies melekat dekat acuan jugak ni