Friday, July 2, 2010

9 bulan sudah!

patut entri ni kuar masa 29hb 6 hari tu tapi tu la mak dia sindrom malas jenis apa tah sampai anak dah naik bulan pun x sedar...sabau je la kan...kejap sungguh masa itu berlalu...time does fly eceh tetiba speaking
syauqi development diusia 9 bulan adalah:

1. masih lagi merangkak tapi suka bergayut dekat kaki dan pegang sebelah tangan dan lepas dan jatuh...kot2 x lama lagi boleh dah kot berdiri
2. x suka makanan lembek2 dan bubur kena blend x hancur kalau x memang kena reject trus
3. dah pandai menyanyi aka membebel tapi dalam bahasa dia la, nak tdo membebel, nak mandi membebel, nak makan membebel..haihhh macam mak nenek sungguh itu budak
4. suka tolong mengemas rumah, bila kita letak baju lam bakul mesti dia p tolong bawak kuar balik

5. kalau main memang leka x layan dah mak pak dia...ni time nak ambil kat umah pengasuh
6. dah pandai jeles kalau tgk mak pak dia berdua2an dan x layan dia...mesti merangkak laju2 datang duduk kat tengah
7. gigi masih lagi dua batang...tumbuh macam senget ckit agaknya sebab dia suka gigit semua benda yang dia
pegang kot
8. dah pandai panggil mama :) yang ni memang aku soka
8.masih lagi bfeed dan x campur formula..alhamdulillah moga lengkap hingga 2 tahun la hendaknya


walaupun budak ini makin lasak tapi sungguh dah 9 bulan rupanya dia menceriakan rumah tangga kami berdua...syukur sangat ya Allah diatas pemberianmu...dan memang anak itu rezeki mereka telah ditentukan oleh Allah. :) moga syauqi membesar jadi budak yang cerdik dan membanggakan mama dan papa

Thursday, July 1, 2010

lelaki itu...

minggu ni memang aku kena sindrom ape tah aku masuk blog orang blogwalking baca dan banyaknya aku x komen pun...buka blog sendiri tapi x update memang la aku dah kena sindrom pemalas yaa amat...semalam mendengar ceramah sekerat hari dan pagi ni bacaan yasin dekat dewan tikam batu dan naik ofis kut2 ada angin rajin datang kan maka aku update la blog aku...hehe boleh ke kira macam tu

ok sebenarnya aku update blog pun sebab pagi tadi ternampak adegan mesra yang berapa mesra dari pasangan yang boleh dikira kontroversi gak kat opis aku...kalau korang keja sepejabat ngan aku mesti tau punya la pasangan ni...aku kasik nama jamil ngan julia aje la suka suki bg orang nama...ni bukan nama sebenar ye

aku masuk keja kat ofis ni x de la lama dalam taun 2008 macam tu dan masa aku masuk keja aku x tau plak jamil ngan julia ni laki bini...ye lah kan si julia ni datang ofis naik bas...rumah dia dalam 10 minit perjalanan jugak la dari ofis ni...dan si jamil ni datang nek kia...kaler itam kaler pun nak highlight jugakk dan sapa2 yang x kenal derang berdua ni mesti x tau punya la kata derang ni laki bini...dan aku dapat tau dari member opis aku la yang derang ni laki bini

dan si jamil ni plak dengar ceritanya ada awek yang boleh tahan seksinya yang masih lagi menuntut yang ipta utara malaysia...aku x tau la cinta ke nafsu ke sebabnya si julia ni dah masuk umo 40an dan jamil ni plak baru 30an...penah jugakla terserempak beberapa kali si jamil ni dok usung awek ni ke hulu ke hilir siap kena serang dengan bapak awek dia sebab ye la si jamil ni kan laki orang...bapak awek dia mesti la x bagi anak dia kawan dengan laki orang...

si julia ni plak aku tengok jenis pendiam, x banyak cakap, simpan rahsia sorang2...banyak menyendiri la...oh si jamil dan julia ni ada anak jugak dalam 3 orang kot, yang sulung adalah perempuan baru tingkatan 3...kesian dia dapat bapak x sedar diri...dan kalau x salah cerita si jamil ni x balik ke rumah...aku x tau plak si julia ni p rujuk pejabat agama ke x sebab dah macam gantung x bertali la kan lama tu weii dari 2008 aku masuk sampai 2010...dah la sama2 keja satu pejabat

si jamil plak mengikut sumber yang boleh dipercayai, si jamil ni buat pengakuan yang dia dah terlanjur dengan awek dia tu dan awek dia suruh bertanggungjawab dan derang dah pun kawen...kira kawen senyap2 la kot sebab orang seofis pun x tau, si awek ni dah tamat belajar dan keja di kl nun...dok ulang la kot si jamil ni pegi kl, aku tengok si jamil ni pun macam orang bermasalah dan tak terurus...siap bulan lepas keta dia kena tarik lepas 10 bulan kot x bayar owh aku x tau macam mana smpi 10 bulan baru derang datang tarik

dannn tiba2 pagi tadi masa aku dok menunggu nak masuk dewan aku ternampak si jamil ni datang dengan si julia naik kereta bersama2...seperti tiada apa yang berlaku...kalau betul derang dah berbaik aku doakan kebahagian mereka tapi dari segi perasaan pompuan aku sangat tidak sukakan si jamil tu...buat bini macam baju, bila suka datang bila ko x suka tinggal x bertali macam tu je...gila ahh dah la curang dengan pompuan len...memang aku x suka dia :( ofismate aku kata mungkin jamil ni berbaik2 dengan julia untuk langsaikan utang kereta dia yang tertunggak tu...kes prejudis kat dia

moral of the story: setialah pada pasangan anda biarpun banyak kekurangan dia pada mata anda

Thursday, June 24, 2010

baju raya hunting :)

2,3 hari ni asik la dok cerita pasal beli memacam kan...ni pun nak cerita pasal membeli lagi...makcik dah beli baju raya...yeahhh untuk satu famili tahun semua sama corak dan pattern cuma design baju ikut cita rasa sendiri...bukan apa nak memilih tu memang lembab ckit...semua kain nampak cam lawa dan x dak yang betul2 berkenan.. last2 ambik satu corak suh dia potong 20 meter...muehehe

dah sampai 20 meter orang kedai tu pun nek heran "nak buat kain tirai ke kak" chaitt memang menghina tau...semeter rmxx ko bleh kata nak buat kain tirai memang melampau tau..."tu semua nak buat baju le dik" aku jawab dengan senyum je la...tgk2 biar dihina aku tetap menten senyum bajet2 muslimah sejati padahal lam ati ni...membara tapi menten senyum...err senyum itukan sedekah... :)

ni la tempat aku borong kain tu...sebelah kamdar sebelah nagoya...aku x singgah pun jakel sebab takut lagi rambang mata aku nih lagipun dah kesuntukan masa dan encik hubby cuma bg masa sejam untuk pilih kain tu pun aku pusing nagoya dekat 20 kali dan encik hubby siap makan rojak sampai habis punya la baik dia tunggu aku pilih kain kan

pilihan kain...ni jenis cotton...pink tu cam cantik kan kan tapi tema tahun ni hijau muda...tapi pink tu memang menggoda ish trus jadi macam dalam dilema hukhuk

kain lagi...pilih jangan x pilih time ni dah rambang mataku ini dah la nampak diskaun citu sini sana...tambah lagi dilema memilih kain dan masa yang makin terhad tu kan
owh time ni macam aku nak ambik semua corak serba 4 meter...haha bajet tiba2 kaya la kan nak beli semua corak...

tapi last2 aku ambik jugak yang ckit2 kaler ijau muda tu...kain baju melayu aku beli kat nagoya, kain baju kurung aku beli kat kamdar...tolong support dua-dua kedai...muehehehe padahal aku rasa x dak aku pun depa ni still lagi bleh berniaga kan kan

footnote: gaji dah masuk ari ni pe lagi jomla kita serbu kedai2 kain terdekat

Tuesday, June 22, 2010

lampu hunting

hari ahad hari tu me ngan encik hubby pegi melawat kedai lampu2 comel untuk letak kat home sweet home kami....well bajet ciput ja maka lampu pun saiz ciput2 ja...janji rumah itu berlampu sudah...

memang rumah tu dah lama kami duduk dan skrang ni dah ada lampu basic2 cuma skang ni ada rezeki lebih maka upgrade ckit bagi lebih cantik dan kipas pun yang lebih sejuk...kipas sekarang?? emm kadang2 ku rasa macam mau lempaq dalam lombong pun ada sebab nak pusing macam nak x nak ja...ok enuff kutuk kipas tu

masa ni dah rambang mata melihat lampu yang chomel2 :)


lampu ni dia bg diskaun maka aku yang memang mudah terpengaruh ni trus setuju...sob2 trus ilang bajet untuk ventilation fan dekat dapur


besar kan mentol ni...tapi jangan tertipu aku x beli pun muehehe
hasil belian...hari khamis ni baru orang letrik ehh tenhnician ehh wiring man...ape2 je lah nama yang sesuai die kan datang pasang kat rumah...nanti gmbr sebelum dan selepas makcik tempek lagi yerr

pipi bambam

lokasi kejadian : rumah sendiri
masa kejadian : pagi time mama dia cuti
aktiviti : memunggah wallet mama sendiri

pipi yang kasi orang geram...even aku sendiri pun bila tgk dia tgk mcm ni mesti x lama la pastu mesti rasa nak tenyeh sebab geram...x pa2 anak sendiri kan...


tengah khusyuk menggodek wallet mama dia...nasib la takat ni wallet tu masih tahan lasak...memang x peduli la apa nak jadi pun time ni...kalau kita ambil wallet tu bleh siap menjerit marah lagi...hai la anak

Monday, June 21, 2010

peti ais baru... :)

seperti kan tajuk diatas...makcik keciwi dpt peti ais br...horeyyy thank encik somi i love you forever gila materialistik...ehhh tak kalau x dapat peti ais ni pun i still love him forever errr kalau bukan 2 pintu buka atas bawah, 2 pintu buka kot tengah pun ai x kesahhh

ni yang lama...byk jasa ni...tempat ku simpan susu syauqi, tempat simpan lauk2, tempat simpan sos, kicap, tempat aku simpan puding2 kasik sejuk2 nak makan sedap alah zaman gila masak dulu2...skang ni??? even gula pun aku simpan lam peti ais...haha

ni plak barang baru idaman kalbu aku 2...dapat gak aku peti ais 2 pintu...bak kata encik hubby kat my mom "dia nak buka kilang susu, kena la yang 2 pintu...ehh ni nasib 2 pintu kalau aku merayu2 deep freezer kang,...hehe
proses memunggah bawak masuk lam rumah...ehh tertangkap gmbr montot pekerja tu plak...halal je la ni je gmbr yang teringat nak snap

ruang dalam peti ais...even sampai hari ni x penuh pun...haha x pa2 nanti nak beli barang kasi penuh peti ais...lalala
owh jgn tanya benda apa ni...yang penting jangan ada frost lagi udahlah...tu yang penting

sekian makcik yang keciwi ini melaporkan :) :) :)

Friday, June 18, 2010

1.Soalan pertama : adakah anda rasa anda hot?
hot? saya biasa2 saja ayat rendah diri

2.Soalan ke-dua: upload wallpaper yang anda guna sekarang.

3.Soalan ke-tiga : cerita pasal wallpaper tersebut.
gmbr ni ambik masa kat kuantan hari tu...suka gmbr ni sebab kami dah bertiga :)

4.Soalan ke-empat : bila kali terakhir anda makan pizza?
ntah..lama dah x p pizza hut

5.Soalan ke-lima : lagu paling latest anda dengar.
hit.fm online apa dia pasang saya dengar saja

6.Soalan ke-enam : apa yang anda buat selain menyelesaikan tag ini?
tengah bermonolog dalaman selain pening hal kerja yang x sudah

7.Soalan ke-tujuh : selain nama sendiri, anda dipanggil nama apa?
mama...pizet

8.Soalan ke-lapan : tag lagi lapan orang.
8?? banyak nya jap..
1.nabila
2.intan aka puterikurekure
3.cik maryam aka this is my tale
4.mieya aka meiya's bubbletalk
5.nana aka rahsia hatiku
6.cik aida comei
7.inaz aka sacred secret
8.miss lolly aka luvfareda

9.Soalan ke-sembilan : siapakah orang no. 1 kepada anda?
kawan masa sekolah menengah dulu..skang dah lama x berjumpa dalam belog je jumpa

10.Soalan ke-sepuluh : katakan sesuatu kepada orang no.5
erm... hepi2 selalu love to read your blog :)

11.Soalan ke-sebelas : no. 3 ada hubungan dengan sapa?
err entah nanti aku check gosip dia dengan sapa

12.Soalan ke-duabelas : bagaimana pula dengan no.4?
y kenapa dengan dia??

13.Soalan ke-tigabelas : pesanan kepada orang no.6
err hai :)

14.Soalan ke-empat belas : kata2 cinta untuk orang no. 2.
uihh x bley2 kontroversi satg

15.Soalan ke-lima belas : adakah no.7 dan no.8 mempunyai persamaan?
sama jantina...

16.Soalan ke-enambelas : berikan 5 perkara yang anda tawu tentang orang yang mengetag anda.
~love green~
~dah kwen~
~satu opis ngan aku~
~ada saga putih yang aku pangge kacang tu~
~my bff~

18.Soalan ke-lapanbelas : perasaan anda semasa buat tag ini.
sengal giler lah..kepala weng2 sebab tadi gatai p minum nescafe tarik...sedap tapi bahana diri sendirik

19.Soalan ke-sembilanbelas : adakah anda tau si razman itu sengal
razman who?

20. Soalan ke-duapuluh : gay or less?
aku normal x men arr layan sejantina ni...x dak feel

ok dah selamat buat tag yer korang :)

Thursday, June 17, 2010

cik "P"

awas entri ini sedikit kewanitaan...kalo x suka jangan terus baca

hari ni yakni pagi ni selepas setahun setengah aku bebas dari kena memakai pad akhirnya cik p datang menjengah...aku kira kategori nasib baik jugak sebab aku cuma sekali atau dua kali merasa period pain semenjak dari akil baligh sampai sekarang...kira cramp2 perut, rasa x larat, rasa sebu semua tu aku x penah rasa lagi alhamdulillah...dan aku jugak bukan jenis heavy punya...alah heavy yang bila period asyik nak bocor pastu selang 2,3 jam kena tukar...sebab ada member aku jenis ni kalau x tukar mesti bocor sampaikan aku yang bukan heavy ni penah la terfikir adakah dia pasang paip kat ctu sampaikan asyik kena tukar selalu gila jahat punya pemikiran

aku cuma sedar bangun pagi tadi rasa basah dan melekit2 dan bila tengok kaler merah...dan encik hubby yang mai tgk trus cakap...ehh darah...owh aku bab2 personal ni semua benda aku x malu ngan encik hubby...dia kan soulmate aku memang semua benda aku kongsi dengan dia...even hal2 perempuan pun aku tunjuk dan cerita kat dia...kata kongsi hidup kan...kan dia plak yang cam risau terlebih pastu asyik dok tanya "x sakit ker" "x pedih ker" "rasa macam mana period" "y x dak period pain pun" dan ayat last dia "patut la 2,3 hari ni manja terlebih ngan dia asyik nak berkepit ja" erm erm

time dapat tau aku period ni memang cam gelabah ckit la...ye lah x expect dia nak datang sebab my mom penah cakap kalau ikut baka dia bila breastfeeding, period akan menjengah selepas setahun tapi nak buat macam mana kan selepas syauqi lapan bulan dia dah nak menjengah sangat2...takut aku terlupa cara2 pakai pad kot...dan aku pagi tadi kena selongkar stor sebab nak cari pad kot2 ada simpan lagi kat stor...ye lah kan dah lama x period maka pad aku x simpan pun kat rumah...nasib aku baik sebab lepas selongkar aku jumpa 2 keping...kira boleh tahan sampai tengah hari sebelum pegi beli baru

sebelum ni aku penah gak terbaca kalau period ni prestasi susu macam merudum ckit dan memang pun merudum sebabnya dah 2,3 hari aku pam dapat separuh dari biasa...memang aku confuse dan gelabah ckit muka ja bajet cool macam x dak apa tapi dalam ati nih tapi tetap bersyukur...itulah rezeki syauqi tapi pagi ni dah 2 kali aku pam cuma dapat 3oz dan 4oz...uih biasa 2 kali dah 10oz makcik dah gelabah...huk huk bukan apa susu syauqi pam hari ni dan guna esok maka kalau x cukup aku memang x leh topup sebab stok memang yilek...nampaknya kena pam 4x hari ni...doakan aku kalau x kena tunggu hari minggu mengepam sambil berebut dengan syauqi sebab budak tu pantang nampak pam susu jeles kemain dia dengan pam tu....kelmarin pun dah selamat dia hempuk2 kat lantai...

tapi disebalik rasa gelabah sebab dah period tu aku tetap bersyukur sebab period ni tanda aku adalah satu yakni belum petanda nak mengandung lagi...hehe ye lah aku cam risau gak tengok member lain yang breastfeeding dah period tapi aku belum...dah la semenjak dua menjak ni asyik pening ja manjang...susu pun cam merudum ckit...trus cam terdetik takkan la aku mengandung lagi...biarpun dah ambik langkah berjaga2 tapi rasa risau tu tetap ada...aku bukan x nak lagi tapi rasa nak rehat kejap sampai aku habis belajar dulu...penat woo ulang alik g kelas pastu urus anak, rumah, hubby tba2 jadi superwoman

dan hari ni aku rasa cam kekok ckit...org dah lama x period memang rasa macam ni kot...feeling feeling macam budak baru akil baligh pastu first time pakai pad...rasa x selesa semacam...hmmm kena seminggu lak tu feeling macam ni...nasib la aku normal jangan tba2 dia mai sampai 15 hari udah lah...ada weh member aku dulu sampai aku rasa hormon dia memang bengong ckit kot, sampai dia kena makan ubat bg stabil balik...kalau x period dia macam x mo stop datang seminggu benti 2,3 hari pastu sambung lagi seminggu...kesian kat dia (owh member aku ni masih belum kawin lagi)

harap-harap 2,3 hari je kot susu aku merudum ni dan lepas ni ok balik kalau x kesian anak aku...lagi setahun 4 lagi journey dia untuk complete menyusu...harap2 aku berjaya la hendaknya..insyaallah