Monday, June 15, 2009

marilah bercucuk tanam...hehe


sambil2 dok baca paper online pagi2 ni terlihat satu berita yang agak menarik for me...well bukan org biasa je dok tanam pokok sekarang ni even ratu england pun bercucuk tanam gak...walaupun bukan dia sendiri yang tanam tp inisiatif dia tu blh la dipuji....hehe blh la menggalakkan lagi ai tanam pokok lg pasni...even telah dikhianati oleh anak jiran ai
...(sedih ingat2 balik pokok kaktus yang tinggal 2 pokok ja tu, nasib la mak kata dia nak tolong bela sampai ai pindah rumah baru nnt...hehe)

Ratu Elizabeth tanam sayur di halaman istana

LONDON - Ketua Negara Britain , Ratu Elizabeth II menanam sayuran dan buah-buahan di halaman kediaman rasmi baginda, Istana Buckingham di sini untuk julung kalinya sejak Perang Dunia Kedua, lapor sebuah akhbar semalam.

Projek perintis di kebun Istana itu mula membuahkan hasil apabila sayuran seperti bawang, kacang, tomato, salad, ubi kentang dan buah strawberi mula dikutip bagi kegunaan dapur diraja.

Semua tanaman itu dijaga sekumpulan tukang kebun berpengalaman dan ditanam mengikut susunan kemas dan teratur seperti batas ubi kentang yang bercorak separuh bulatan di satu plot berkeluasan sembilan meter panjang dan empat meter lebar.

Hasil tanaman tersebut cukup untuk memberi makan beberapa ratus kakitangan istana selain menjadi hidangan dalam jamuan-jamuan rasmi negara kelak.

Projek itu dilaksana selepas sebuah badan amal, Garden Organic mendermakan sejumlah biji benih sayur-sayuran dan buah-buahan bersejarah kepada pihak istana.

Seorang jurucakap badan berkenaan, Myles Bremner berkata, ia merupakan inisiatif Ratu Elizabeth II untuk menggalakkan orang ramai supaya bercucuk tanam bagi memenuhi keperluan isi rumah masing-masing.

"Adalah penting untuk lebih ramai rakyat Britain menanam produk organik tempatan atau bermusim untuk memulihkan keselamatan makanan, alam sekitar dan kesihatan," katanya. - Agensi

Kosmo




Sunday, June 14, 2009

kebaikan susu ibu


Susu badan lawan kanser bapa
SEORANG wanita dari Bristol sanggup mendermakan susu badannya kepada bapanya semata-mata untuk membantu orang tuanya itu melawan barah. Georgia Browne, 27, dilaporkan berbuat demikian lebih sebulan lalu.
Georgia memerah susu lebih selepas menyusukan bayi lelakinya sebelum dihantar ke rumah ibu bapanya di Wiltshire. Bapanya, Tim Browne, 67, kemudian mencampurkan susu itu dengan susu biasa untuk dijadikan sarapan pagi harian.
Hasilnya, imbasan terkini menunjukkan daya ketahanan lelaki itu semakin baik dan kanser yang dihidapinya sedang pulih. Georgia memberitahu, beliau mendapat idea unik itu setelah menonton sebuah dokumentari TV mengenai kebaikan susu badan.
"Keluarga saya berfikiran terbuka dan tidak berasa pelik dengan idea ini. Ibu dan suami saya menyokong biarpun pada awalnya kelihatan kelakar. Ayah juga sempat bergurau dengan beritahu rakan-rakannya," kata Georgia.
Dokumentari yang ditontonnya itu memaparkan pesakit kanser prostat dari Amerika Syarikat yang sembuh hasil meminum susu badan.Tertarik dengan idea tersebut, dia kemudian berbincang dengan bapanya. Tim didiagnosis menghidap barah pada Julai 2007 dan mengalami ketumbuhan berulang selepas pembedahan. Idea susu badan itu juga mendapat sokongan doktor Tim biarpun penyelidikan sebelum cuma membuktikan susu itu sesuai melawan kanser dihidapi kanak-kanak. - Agensi

Saturday, June 13, 2009

aktiviti hari sabtu

selepas 1tahun 5 bulan duduk kat sp ni akhirnya hari ni br berjaya p tupah...haha punya la x rasa hati nak jejak kaki kat ctu...tp secara overallnya rasa sangatlah kecewa sebab apa yang diharapkan x menjadi kenyataan....huhu
jgn salah faham ye...ni adalah lokasi kat hujung jalan ctu...ada lembaga perhutanan kot...ingatkan bila p sampai hujung ni ada la air terjun cantik ke... ada tempat org berkelah ke..tp lembaga perhutanan??? apa2 je la kan
ni lepas patah balik br la jumpa tempat org berkelah..mula2 dah lalu kat cni sebenarnya tp ingatkan kat atas ada lokasi yang lebih cantik tp cuma biasa2 je...huhu oh ya kat sepanjang jalan memang blh nampak sungai dia....plus dusun org kat kiri kanan...lebih kepada kawasan dusun kot
ni lah sungainya...biasa2 je....ada la org dok mandi...tempat dia memang sgt open...so mcm terfikir gak mcm mana budak2 kapel yang datang blh wat ehem ehem kat tempat yang open cenggini...musykil disebabkan rasa x best nak lepak lama2 tambah plak byk sungguh sampah kat ctu my hubby dah ajak blk....x best dia kata
ni plak menu untuk hari ni....ayam percik...lalala resepi dia ambik kat myresepi tu...try2 je buat jadi la plak cuma kuah dia agak pekat ckit....nnt blh la try buat lg....

ni plak kacang panjang goreng telur kot kalau x salah resepi dia pun ambik kat myresepi gak...simple je cara nak buat dia n my hubby kata sedap....ok la bukan apa pokok kacang panjang kat belakang rumah tu jd buah sgt la melampau...so alang2 dah ada kacang panjang cr la resepi nak masak dia....blh la buat lg pasni sementara pokok kacang tu masih berbuah...(kalau sapa2 nak kacang panjang blh la datang ambik kat umah ai...hehe)
ni plak acara nak menghabiskan sayur cendawan kat dlm peti ais...huhu mcm dah byk sgt je sayur mayur dalam peti ais tu buat masak sayur air je...tu la aktif sgt beli sayur

dah makan kenyang2 dah siap basuh baju...nak buat ape ekh ptg ni...huhu

Friday, June 12, 2009

berapa cepat anda menaip

baca kat blog rose macam best ja typing test ni jd try gk just suka2...hehe secara overall dapat byk ni len kali blh la try g dpt lebih baik

23 perkataan

Speed test

H1N1 ke tahap 6


GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam mengisytiharkan pandemik Influenza A (H1N1) bagi negara anggotanya selepas kes jangkitan berterusan penyakit itu meningkat di seluruh dunia, termasuk di Amerika Syarikat, Amerika Selatan, Eropah dan Asia.

Ini adalah kali pertama dalam tempoh 41 tahun WHO mengisytiharkan pandemik yang bermaksud jangkitan penyakit secara besar-besaran.

WHO memutuskan untuk menaikkan tahap amaran tertinggi daripada fasa lima kepada enam selepas pakarnya mengadakan mesyuarat tergempar mengenai H1N1.
Pada peringkat awal ini, pandemik boleh ditafsirkan sebagai melanda seluruh dunia tetapi sederhana kesannya," kata WHO yang menggesa setiap negara tidak menutup sempadan atau mengehadkan pergerakan penduduk atau urus niaga.

"Kami masih mengadakan dialog dengan pengeluar vaksin influenza," kata WHO. Sebanyak 74 negara dilanda H1N1 dengan mencatatkan keseluruhan 27,737 kes, termasuk 141 kematian sejak kes pertama dikesan di Mexico dua bulan lalu.

Pengisytiharan pandemik itu adalah pengesahan bahawa selesema baru muncul dan semakin pantas menjangkiti masyarakat dunia. Pandemik pada 1968 di Hong Kong membunuh lebih sejuta manusia, manakala selesema biasa membunuh 250,000 hingga 500,000 sehari.

Walaupun WHO masih menaruh harapan, langkah menaikkan taraf jangkitan dijangka mencetuskan panik mengenai sejauh mana merebaknya H1N1.

Penduduk sudah dicengkam ketakutan apabila beribu-ribu orang yang bimbang dengan selesema babi membanjiri hospital minggu ini.

Bulan lalu, sebuah bas tiba di Argentina dari Chile dibaling batu oleh penduduk tempatan yang menganggap seorang penumpangnya terkena virus itu. Di Hong Kong, kerajaan mengarahkan semua tadika dan sekolah rendah ditutup dua minggu selepas 12 murid didapati positif H1N1, manakala di Amerika Syarikat, 13,000 lagi kes dan 27 kematian akibat H1N1 dicatatkan, kata pegawai di Pusat bagi Mengawal dan Menghalang Penyakit (CDC). - AP
saje nak highlight pasal H1N1 ni..x de story sebenaunye...hehe

BHarian

Tuesday, June 9, 2009

perodua servis...

sebelum ni tiap2 kali p servis keta ni aku main bayar je...maklumla masih dlm proses nak mengenali benda2 pasal keta ni...tapi lepas dah brapa kali servis dah aku terperasan yang tiap kali kita p servis keta ni x kisah la mana2 tempat pun mesti dia akan masukkan charge untuk windshield washer...

kalau tgk dalam pakej servis perodua x dak pun dia tulis kena tukar windshield washer ni...memang la kalau nak dikira dalam harga tu cuma berapa ringgit ja tp kalau dah sampai 4 unit buat apa yang banyak2 sgt dia isi tu...pulak tu x penah plak bekas dia ke balance air windshield tu ke dia bg blk...yang ada selalunya pun minyak hitam lain tu memang x penah pun dia bg blk...bkn nya prejudis terhadap ketulusan org2 perodua ni...cuma ada ckit rasa quiry kat dlm hati ni....musykil....hehe

ingin jugak nak tau...kalau keta org lain yang servis kat perodua ni dia still charge untuk windshield washer ni ka?? kalau dah 4 unit tu letak kat mana...biasa kalau yang kita beli kat kedai tu pun guna hbs tinggi dlm 2 ja...kalau 4 dia isi kat mana ekh??? lagipun kadang2 berfikir gak nak cr kedai biasa ja service keta ni...tp rasa x yakin plak...takut kena tipu...huk2 adakah aku ni terlalu prejudis??