Sunday, October 7, 2012

hari last langkawi

dasar malas nak bercerita tapi nak cerita kan...x banyak sangat gambar aku tangkap sebab lebih banyak adegan kejar-kejar layan kanak-kanak, nak-nak dalam kedai lagi la x daknya aku nak ambik gambar..huhu

tapi berjalan masa bukan cuti sekolah memang heaven..sungguh aku kara macam tu sebab kereta sewa sepanjang kami kat sana dapat rm70 sehari adalah sebijik kereta vios, kalau cuti sekolah rm120 kot, masuk kedai pun x ramai orang

tips yang aku dapat dari tourist guide kat sana:
1. nak beli coklat digalakkan beli dekat ismail group sebab dijamin halal (tourist guide tu kata)
2. nak beli murah beli dekat idaman suri sebab dia ala2 maydin dekat sini tapi kualiti barang adalah so-so saja kena pandai telek
3. nak beli pinggan mangkuk, periuk belanga beli dekat rams sebab kualiti adalah ok

hasil shopping sempat aku beli luggage yang roda 360' tu (sangat berguna roda tu sebab syauqi pun boleh tolak luggage tu dengan gembira), periuk tefal 24cm sekali dengan penutup, set sudu garpu, spice rack( lagi...haha pasni boleh ulang buh kunyit, garam sebab macam la banyak rempah aku dok guna sangat), coklat (benda wajib kot)

total lost jangan dok tanya sebab brapa kali tah aku ulang p atm ambik duit..tu x termasuk minyak gamat, bedak sejuk, baju

*menyesal plak x beli coklat kinder bueno tu banyak-banyak

under water world langkawi

bersempena dah ada masa senggang tu kan sempat la bawak kanak-kanak jalan-jalan sini tengok ikan

patut harga tiket dewasa RM28 lepas tunjuk mykad tp encik hubby bawak kad kerja dia dapat rate goverment staff jadi RM22 untuk sorang dewasa, syauqi plak patut RM11 tapi aku tanya la kalau 3 tahun 1 hari kena byr x? padahal masa tu dah 3 tahun 5 hari kot...dia kata x payah save la RM11 tapi beli souvenir magnet fridge dengan mainan habis gak la RM60++ huhu nasib magnet fridge dia memang lawa...tiap kali tengok peti ais dok keciwi sorang-sorang

berbaloi kot masuk jalan-jalan dalam ni sebab dua-dua budak tu suka sangat sampai x mau keluar, selain dok tunjuk-tunjuk akuarium dengan sebut bahasa kanak-kanak depa tu sempat buat kawan dengan anak pak arab mana ntah

habis tour tu masuk ja keta trus dua-dua tumbang, keletihan kot sampaikan makpak depa singgah ismail group cari luggage dengan cokolat pun x bangun jugak

Friday, October 5, 2012

galeri perdana part 2

susahnya nak bergambar dengan anak daraku itu...huhu melasak mengalahkan si abang...nak berjalan x berenti

sempena lawatan ramai2 ni dapat masuk free galeri perdana ni...kalau x kena bayar, berbaloi la masuk jalan-jalan sini

galeri perdana part 1

Tuesday, October 2, 2012

langkawi

berkursus 3 hari 2 malam dekat sini...bawak rakyat sekali sambil kursus sambil kita jenjalan...since jadual ada senggang sikit sempat la kot jenjalan dekat certain place untuk kanak-kanak berhibur

both kanak-kanak adalah eksaited melampau, x sure sebab naik feri, tengok laut atau duduk hotel, aku rasa semua kot..tengok telefon dalam bilik hotel pun eksaited melampau...acanne tuh? haha

esok nak kena buat list ni apa yang best dekat ismail group dengan idaman suri...haha

Monday, October 1, 2012

home deco

projek mencantikkan rumah tapi baru mula sikit-sikit sebab kekangan masa...huhu weekend pun belum tentu melekat dekat rumah sebab ada kelas lagi, x pa menuntut ilmu satu ibadah kan kan

ni semalam punya agenda la, cat ruang tengah tu sebab in future plan nak buat ruang menonton dekat situ, letak kabinet tv, hat tu x dan survey lagi sebab x sempat, minggu depan baru boleh kot

beli cat 5liter tapi guna x sampai suku tin pun..haha kena tipu ngan tokei kedai hardware tu suh beli 5 liter padahal ruang nak cat cuma 7x10 ja...bajet cat lebih tu boleh kot cat ruang dalam bilik tido plak supaya tidak membazir
*baru tau cat sendiri adalah lebih seronok*

Sunday, September 30, 2012

anak bujangku dah 3 tahun :)

kelmarin secara rasminya syauqi dah menginjak ke 3 tahun...dah besar dah tapi masih lagi manja kemain

tahun ni x dak besday party ke apa, buat makan-makan kecik ja dekat rumah tok dia, cuma tempah kek, goreng bihun, order cream puff sudah...hadiah bagi la jugak untuk besday boy dengan adik yang bukan besday girl

pagi bawak p potong yang dah panjang, awal masa panjat tangga kemain berani...skali bunyi mesin dah nangis sebab takut..haha dah lama sebab dah selesa tersengguk-sengguk pulak sebab mengantuk

apapun happy birthday syauqi, dah makin besar dan makin pandai cakap, tapi still kencing dalam seluar, still menangis pagi-pagi masa hantar pegi rumah pengasuh dengan menangis masa nak balik dari rumah pengasuh, still manja dari adik..moga membesar jadi anak yang soleh dan mendengar kata
kek red velvet dengan deko ben 10 untuk besday boy

makan-makan...cream puff yang sedap
besday boy kena potong rambut..time ni macam dah redha ja potong rambut...tapi still papa teman kat tepi sebagai penguat semangat

Friday, September 28, 2012

pagi jumaat

salam pagi jumaat...hee yang kerja tu kerja elok-elok ya, hari ni plan nak mengemas rumah, petang karang nak balik kampung

jap lg bagi kanak-kanak mandi kolam, sempat la mop lantai kot, harapan ja ni moga-moga berjaya...haha

bekpes ni ja hari ni

Thursday, September 27, 2012

hutang

hari dah berjaya menambah lagi hutang...lepas ni boleh la nyanyi lagu tu gali lubang tutup lubang sebab nak bayar hutang...haha

buat loan baru sebab nak guna duit plus ambik kesempatan satukan loan kereta, personal loan...lepas ni kalau orang tgk payslip adalah kasihan sebab byk ja tolak dari payslip sebab hutang, sebelum ni rasa orang lain punya payslip banyak tolak sebab hutang tapi payslip aku bersih ja sebab dok bank in duit sendiri dekat bank, tapi dah tiap-tiap bulan dok rutin ulang atur bank maka lagi mudah kot potong dari payslip

cek ni sempat ambil gambar buat kenangan...haha feeling orang kaya, tapi kaya hutang, satu lagi cek x sempat ambil gambar...kena plan lebih baik lepas ni sebab bercita-cita nak bersara pilihan kan, kena buat pelan persaraan plak..hihi

Wednesday, September 26, 2012

tenggelam timbul

selalu sangat tenggelam timbul semenjak dua menjak ni...rasa rumah ni pun cam suram sikit

kerja masih lagi macam biasa, kehidupan macam biasa cuma vitamin M terlebih maka blogwalking pun x selalu, update belog lagi la kelaut, not good not good

minggu lepas dah rasmi masuk kelas untuk semester 10, fuh fuh kejap ja kan dah 10, padahal langkau 3 sem sebab pengecualian kredit...haha

untuk kurangkan suram rumah ni kasik bunga ni untuk tatapan korang...nah

Friday, September 21, 2012

2 orang kanak-kanak

bleh main hat ni pun seronok dah...musim hujan panas ni sesuai la bawak main mainan yang berbumbung ni, nak p taman x boleh

nak p legoland jauh sangat boleh hat ni pun jadi la

Monday, September 17, 2012

budak demam

hari ni dah brapa kali muntah, time ambik pun kelepet ja sebab x larat, peluk rapat ja sementara nak sampai rumah

adik plak menjeles bla peluk si abang dah upah nenen trus lena..macamkan tadi dekat rumah pengasuh x tido ja, jangan malam satg bangun main x mau tdo dah la

harap-harap x lama demam si abang ni..x aktif ni x dak plak sapa nak melasak dalam rumah ni


Saturday, September 15, 2012

testing

try update guna phone plak, sambil layan anak dara dok nenen dgn tgk upin ipin, dah rasa mcm taip sms pun ada gak dgn guna keypad ni

dua2 kanak2 dah sihat demam, cuma badan ada la suam2 dgn kurang makan..tiba2 trus plan nak g merayau jap lagi..almaklumla cuti 3 hari


Friday, September 14, 2012

virus selsema

dugaan dengan kunjungan selsema x sudah-sudah..huhu mula dengan encik hubby dulu yang dok soksek hidung pastu bagi baton dekat bini dia, dekat seminggu jugak la dok soksek ja hidung, tu pun gigih bila laki p kursus dekat pangkor hari tu drive sendiri balik kampung dengan dua assistant kecik, sila la imagine travel sejam 40 minit dengan sorang nak melompat depan belakang, termasuk la lapik hat belakang tu pun dia kerabat, si adik sekerat jalan nak nenen... kalau lain kali laki p otstesen ka kursus ka apa tobat aku dok rumah ja...haha

dah encik hubby balik pas balik baton kat dia, kali ni siap demam lagi punya penangan letih kursus sama kot, gaya nak baik demam si anak dara p konon nak bermanja dengan papa dia boleh p gigit hidung papa dia yang selsema..dah dapat pakej hidung berhingus, batuk kahak dan semalam dan siang tadi 4 kali muntah, aku suspek sebab kahak tu kot

dah adik tunjuk tanda nak baik si abang plak ambik baton, dah start suam-suam badan dia, kalau adik demam boleh ja makan dengan berselera tapi si abang kalau x sihat mesti x selera makan, dah la time sihat pun memilih makan...huhu

harap-harap x lama kot demam si abang tu, harap baton tu x dak orang ambik lagi dalam rumah ni, penat x cukup tido semalam dengan lembut lutut pun x hilang lagi ni...huhu

agaknya memang musim demam la kot skang ni, nak plak cuaca sat panas, sat sejuk ni kena tempias pun leh demam dah

Wednesday, September 12, 2012

menu petang ni

tetiba nak makan...boleh makan dah puas dah, nak buat sendiri malas..hihi

Sunday, September 9, 2012

bilik gerakan di wisma

first time ni mesyuarat dekat bilik gerakan di wisma darul aman...jakun sikit, haha

bilik adalah besar dan rasa diri adalah kerdil, mesyuarat apa? biarlah rahsia...( sila nyanyi dalam nada dato' siti)

Thursday, August 30, 2012

happy 4th anniversary

terasa macam baru ja kalut-kalut uruskan pasal nak kawen, jugak macam baru ja dapat anak sekali dah 4 tahun sudah

dah 5 kali beraya sekali, tahun pertama lepas baru ja diijabkabul, tahun kedua memboyot pregnantkan syauqi, tahun ketiga excited dapat anak, tahun keempat dengan anak dah 2 plus hari raya pertama yang sama tarikh dengan anniversary yang ketiga dan tahun ni boleh dah melaram sebab si kecik dua2 dah boleh berjalan sempat la mak depa melaram sat

hari ni plannya nak spend berdua, nak pegi mana tu x tau lagi...tapi macam nak atur bank ja hari ni..apakah?

apapun to mr husband, happy wedding anniversary yang ke4

Tuesday, August 28, 2012

mawar merah

bukan orang bagi, bukan jugak beli sendiri...tapi ambik yang orang dapat, aci dak?

cantik :)

Friday, August 24, 2012

raya 2012

as salam..
dah jumaat baru nak upload gambar...haha tapi aci la kan, kata sebulan raya kan kan..tema tahun ni adalah kelabu, puas la cari baju bajan nak matchkan dengan tema, nasib baru empat orang, kalau sepuluh? pitam aku kirai baju dekat kedai
anak dara ni paling sakan, baju kebaya tu sebab puas cari kaler kelabu jumpa hat ni ja.aci la, headband x mau dah pakai, beli cekak tahan la 30 saat, last-last ikat tocang dua, ikat reben...bolehla *abaikan cara duduk x berapa sopan tu...haha*
sempat lagi main ipad sementara tu bapak-bapak balik dari masjid
annur afeefa dengan khalisha
tuan tanah..lebarnya pipi...huhu
cubaan ambik bertiga...nasib jadi cuma syauqi melentik bukan main
ambik berempat pulak...kali ni dua-dua kanak-kanak x mo tengok kamera dah
en hubby dengan kanak-kanak, syauqi kengkonon nak buat peace
okeh pegi beraya plak..kanak-kanak pegi bermain, makbapak nak posing plak...haha
tukar posisi plak...haha

sebenarnya ada cerita sebelum ambik gambar-gambar raya ni..pagi tu kemain lagi siapkan anakanda berdua tu, si abang ikut papa dia pegi masjid untuk sembahyang raya, x bagi pun pakai pampers dengan yakin la dia boleh tahan sampai balik rumah...solat raya kan sat ja, sekali papa dia kata dah habis tu dia kata nak kencing, dari saf depan nak pegi keluar masjid dengan orang ramai semua last-last elok kat tangga dah terkencing, balik la dengan seluar dah basah

aku plak x tau lagi cerita ingat dia kencing x cakap, bengang ja...dok fikir baru pukul brapa dah kena tukar baju plak, gambar raya pun belum lagi...last-last dapat idea..pegi basuh tangan pastu spin bagi kering dan iron baju tu...dapat jugak la bergambar pagi raya sebab kalau x memang x ambik dah gambar ni..lambat cikit dah main melasak, baju kotor memang x la nak ambik gambar ni

tahun ni kuih raya yang sempat buat cuma popia nestum ja... tu pun sehari sebelum raya buat, nasib la mendapat sambutan cepat ja habis, lagipun balik rantau panjang memang ramai, maka hidang lauk apa pun mesti dapat sambutan..kuih raya pun sambil dok borak-borak tu letakkan sekali cepat la habis 

apapun x terlambat lagi kot nak wish selamat hari raya pada semua yang beragama islam... :)