Friday, August 24, 2012

raya 2012

as salam..
dah jumaat baru nak upload gambar...haha tapi aci la kan, kata sebulan raya kan kan..tema tahun ni adalah kelabu, puas la cari baju bajan nak matchkan dengan tema, nasib baru empat orang, kalau sepuluh? pitam aku kirai baju dekat kedai
anak dara ni paling sakan, baju kebaya tu sebab puas cari kaler kelabu jumpa hat ni ja.aci la, headband x mau dah pakai, beli cekak tahan la 30 saat, last-last ikat tocang dua, ikat reben...bolehla *abaikan cara duduk x berapa sopan tu...haha*
sempat lagi main ipad sementara tu bapak-bapak balik dari masjid
annur afeefa dengan khalisha
tuan tanah..lebarnya pipi...huhu
cubaan ambik bertiga...nasib jadi cuma syauqi melentik bukan main
ambik berempat pulak...kali ni dua-dua kanak-kanak x mo tengok kamera dah
en hubby dengan kanak-kanak, syauqi kengkonon nak buat peace
okeh pegi beraya plak..kanak-kanak pegi bermain, makbapak nak posing plak...haha
tukar posisi plak...haha

sebenarnya ada cerita sebelum ambik gambar-gambar raya ni..pagi tu kemain lagi siapkan anakanda berdua tu, si abang ikut papa dia pegi masjid untuk sembahyang raya, x bagi pun pakai pampers dengan yakin la dia boleh tahan sampai balik rumah...solat raya kan sat ja, sekali papa dia kata dah habis tu dia kata nak kencing, dari saf depan nak pegi keluar masjid dengan orang ramai semua last-last elok kat tangga dah terkencing, balik la dengan seluar dah basah

aku plak x tau lagi cerita ingat dia kencing x cakap, bengang ja...dok fikir baru pukul brapa dah kena tukar baju plak, gambar raya pun belum lagi...last-last dapat idea..pegi basuh tangan pastu spin bagi kering dan iron baju tu...dapat jugak la bergambar pagi raya sebab kalau x memang x ambik dah gambar ni..lambat cikit dah main melasak, baju kotor memang x la nak ambik gambar ni

tahun ni kuih raya yang sempat buat cuma popia nestum ja... tu pun sehari sebelum raya buat, nasib la mendapat sambutan cepat ja habis, lagipun balik rantau panjang memang ramai, maka hidang lauk apa pun mesti dapat sambutan..kuih raya pun sambil dok borak-borak tu letakkan sekali cepat la habis 

apapun x terlambat lagi kot nak wish selamat hari raya pada semua yang beragama islam... :)

7 comments:

  1. Lawo la tuan umah bgambar dgn incik suami... Selim jer org nyer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sabar lia..karang pantang kejap ja turun berat tu...hihi pz x selim mana pun...ni dah raya hancus la diet sebulan hari tu...huhu

      Delete
  2. selamat hari raya Pizet..maaf zahir dan batin.. amboihhhh..shomelnya nyonya kecik tu pakai kebaya...

    ReplyDelete
  3. canteknye warna tema baju raya.. berkenan plak.. heheehe..:)

    ReplyDelete
  4. selamat hari raya dari fiszah sekeluarga :)

    cantiknya :)

    sama tema kelabu..yeay~!

    ReplyDelete