Wednesday, June 13, 2012

hari ke 3: tangisan yang meruntun jiwa?

semalam adalah hari ketiga training budak berdua tu tido sendiri...syauqi pun termasuk la kot sebab sebelum ni rupanya adalah salah cara yang aku buat...sebab biasa sebelum tido mesti bagi dia minum susu sampai tertido, kalau baru lepas ja minum susu mesti isi air dalam botol kasi hisap sampai tertido jugak

maka semalam adalah acara menangis mendayu-dayu aka merayu-rayu jugak mintak susu, x dapat susu tukar plak nak air dalam botol, nangis tahap air mata menjurai-jurai, then tukar lagi nak selimut, padahal boleh ja dia selimut badan dia sendiri, then dah selimut nak tepuk-tepuk suh dodoikan dia...ada la dalam sejam lebih gak nangis-nangis ni...huhu

encik hubby dok main game sambil dok tanya nak biar ka anak dok nangis tu...tu dia mula la x sampai hati dia tu kan...aku plak edisi mak tiri trus jawab laju-laju jawab biar ja...lepas sejam edisi menangis sampai adik dia pun terjaga sama masuk balik dalam bilik tengok dua-dua dah terbongkang...hihi moga malam akan datang lebih mudah

syaza dari malam semalam adalah mudah, bagi nenen seround dua dah kenyang bawak masuk bilik, bagi bantal peluk angry bird tu golek-golek dalam brapa minit dah terlena...mudah la plak anak dara tu..harap-harap malam seterusnya pun macam tu jugak, cuma masa edisi abang dia mendayu-dayu tu dia pun terjaga tapi x bangun pun dari tempat dia..cuma tengok ja abang dok menangis tu, badan jugak sudah x panas, harap-harap jangan la demam balik...susah hati mak dia nak keja..huhu demam x ada sign tiba-tiba badan panas then hari ni dah ilang macam tu saja

malam ni adalah malam ke 4 untuk sesi training tido ni...harap-harap dari sejam lebih tu berkurang atau lagi cepat proses dia...harap-harap la...huhu

p/s: korang ada tips lebih mudah ka nak mentidokan anak ni..aku takat cikgu dari youtube je la

Tuesday, June 12, 2012

manisnya senyumanmu

hari ni melayan kenit ni...bila badan dah x panas jadi galak la plak...tanya apa pun senyum...panjat kerusi senyum, berak pun senyum!! tanya la apa saja dibalas dengan senyum...bila senyum nampak plak 6 batang gigi...buat mak dia geram ja


model iklan ubat gigi sesuai dak ni...hihi

parenting study...

wah dah jadi mak-mak kan maka kena la study sikit nak besarkan anak ni..saya kan mak budak baru belajar...since semalam dok layan you tube pasal cara nak tidokan anak, nak wean offkan susu malam-malam...feeling mat saleh plak...haha

dan hari ni aku el kerana si kecit debab tu tiba-tiba demam...reason demam? aku pn x tau...tapi dah bagi mandi, makan ubat dan tido..harap-harap kebah la jap lagi...dan since dah el plus aku posa ganti hari ni...x yah susah-susah nak masak memasak...leh sambung study you tube lagi...haha

just sharing antara video yang aku tengok..yang aku rasa macam boleh eh buat lagu tu...agak kejam tapi dalam masa seminggu ikut kata nanny tu akan berkesan...janji rutin yang sama diwaktu sama setiap malam..perlu tegas dan waktu sama tunjukkan kasih sayang...





some info jugak dari cni