Tuesday, May 15, 2012

personal? public?

sejak dua menjak ni aku rasa macam hak privasi aku dah x privasi..bukan apa bila nombor telefon bimbit aka nombor henset aku pun semua orang yang aku x kenal boleh call dan tanya macam-macam memang sungguh aku x suka...personal ada personal kot, yang bermaksud bukan semua orang boleh dapat sesuka hati..kalau macam tu baik jadi public phone ja..tapi motif aku nak cakap ni bukan nak kata aku x suka depa ni call aku cumanya bila hal-hal berkenaan keja lebih baik call no ofis kot..nombor telefon bimbit aku tu adalah tu hal-hal peribadi sahaja...

even sampai satu tahap aku macam dah fobia nak angkat bila ada nombor aku x kenal call ke nombor henset aku..nak plak skang ni henset aku dah gelong..kalau sapa-sapa call aku ja dengar, orang di sana x dengar..tu pun ada jugak yang call nak buat aduan la, nak lobi untuk jual racun la, nak jual insuran, nak jual produk..macam-macam ada nasib hampa la telefon aku dikala telefon aku rosak ni...bila depa-depa ni call rasa macam x mau tukar telefon baru, bila nak call sedara-sedara, kengkawan mula la tensen sebab telefon rosak..hukhuk

balik hal asal..tapi sungguh la x suka bila orang aku x kenal call henset aku...kemarin jual produk apa ntah...dok gaduh x dengar la apa la..last-last aku putuskan line ja..padan muka..sungguh aku x suka

Situasi pagi tadi


Bangun siap-siap mandi, iron baju..masa dok kemas baju yang lipat semalam kenit berdua tu dah bangun..standard dah ni kalau time kita sibuk nak pegi keja memang dua-dua bangun la, biasa usung la hantar pegi rumah pengasuh tapi pagi ni sampai hujung minggu ni kan duduk dengan tok depa

Si papanya dah siap-siap kata nak pegi awal sebab cuaca dari semalam hujan kejap turun kejap berenti..dia kan naik motor kena la pegi awal...si syauqi boleh relax ja bye bye papa pegi keja tu..aku plak sambung kemas-kemas lagi sebelum pegi keja

Bye the time aku nak pegi keja si syauqi dah start melalak...hukhuk bikin emo ja ini budak pagi-pagi, si adik dok berebut kuih dekat tok dia...aku pun kata la kat syauqi, “mama nak pegi keja, mama work” tau dia balas apa? “mama jangan la keja, x yah work” read: dengan pelat dia..huhu makin lama makin pandai berkata-kata ni, nak sayang pun boleh jawab “x mau sayang” lari pegi jauh-jauh konon merajuk..hai la anak

Monday, May 14, 2012

bukan rezeki kot

tadi pagi gigih ni pegi nurseri yang dekat dengan ofis sebab nak tanya kalau-kalau boleh nak letak kenit berdua tu dekat situ..tapi agaknya bukan rezeki kot, cikgu situ cakap dah penuh then kalau nak daftar pun untuk tahun depan boleh la kot...hukhuk bukan rezeki kot syauqi dan syaza duduk situ...sambil-sambil tu aku tanya la jugak hal-hal dekat taska tu

dekat situ ada taska dan jugak tadika..taska untuk bawah 4 tahun..kalau nak letak anak kat tadika dan jugak taska pun jugak boleh sebab dalam ruang yang sama ja..taska kanan, tadika kiri, kalau hantar anak lebih dari sorang ada jugak harga diskaun...kalau tadika rm100 untuk separuh hari, full day campur daycare jadi rm240, tu untuk pukul 7pagi ke 7 petang..kalau ambik awal pukul 6 jadi la rm220..kalau hantar 2 orang anak jadi la rm180 kot sorang...

dan bila jawapan dia kata dah penuh aku rasa macam lega..eh bukan patut sedih ka? haha tapi masa aku tengok condition kat situ aku rasa x best..kenapa? yang tu aku x dapat nak pastikan..sama ada bukan dari bayangan aku ataupun memang lumrah tadika memang macam tu

masa aku sampai tu ada ramai la jugak budak-budak kat situ mungkin ada yang half day ada yang full day tapi suasana agak bising bila dah ramai-ramai, taska plak cuma ada 3 orang cikgu untuk 22 orang kanak-kanak, tempat bagi aku agak sempit dan pendapat aku jugak macam x selesa nak belajar...kalau tahun depan plan nak masukkan syauqi ke tadika mungkin bukan jugak disitu kot

apapun kena cari plan b plak..tadika dan taska lain...ada suggestion kah untuk area sungai petani ni???