Thursday, April 12, 2012

petang kemarin

standard kan di hari cuti yang x berapa banyak aktiviti..dah masak, lunch..berkejar-kejaran makan, kejar-kejar simpan pastu mandikan budak berdua tu, then bagi tido skali dengan makpaknya tertido sama...haha terjaga balik dalam pukul 4 lebih sebab panas sampai berpeluh-peluh padahal dah pasang aircond dengan kipas keluar dari bilik pegi ruang depan, si syaza sibuk main motosikal si abang, aku plak sebab panas dah berbaring atas lantai, pastu bangun pegi tengok grill depan..sambil dok pikir nak basuh grill sebab penuh dengan taik burung..tensen ja aku dengan burung-burung ni...habis grill aku

x lama tu encik hubby panggil ada call dia kata..fatin tanya aku rasa dak bergoyang, ada gempa..aku jawab ja dak pun..dia marah la plak kat aku kata orang lain semua rasa, aku ja dak..haha dia dekat tesco pun diarah keluar..tapi serius memang aku x rasa apa-apa, tanya encik hubby pun dia kata x dak rasa apa..ok kira memang kami yang x rasa la kot..ka sebab aku dok mamai bangun tdo tu kot?

lepas tu tengok berita harian online dengan tv memang ada pun gempa...dekat acheh sana 8.9 skala ritcher..hmm kira aku ja kot x rasa..nasib ja la

Wednesday, April 11, 2012

cuti umum

dari kemarin rancang nak buat apa...
plan 1: g jenjalan
kemain dua-dua orang laki bini dok tanya nak g mana, kau tanya aku aku tanya kau..last-last sampai skang x kemana-mana pun, nak balik kampung baru ja balik sini hari isnin lagipun cuti sehari ja cam x berbaloi plak, last-last si syaza tengah mentido kat ruang depan, syauqi dok melasak cam biasa main sorang-sorang, si bapaknya tdo lam bilik..aku? tengah dok pikir x sudah-sudah nak masak apa tengah hari

plan 2: nak kemas rumah
dah siap kemas dapur sikit-sikit, ruang depan, tengah, tinggal nak basuh baju ngan lipat baju yang menimbun..kalau la ada mesin lipat baju kan...how i wish...

plan 3: nak iron baju keja
hat ni tengok tahap kerajinan lepas settle plan 2 tadi..haha tu belum campur masak, cuci pinggan ngan kemas dapur lagi sekali..hukhuk

korang hari ni pegi jenjalan kah?

Tuesday, April 10, 2012

sms cinta dari uitm

sejak 2 menjak ni selalu sangat dapat sms cinta dari uitm..haha mula dengan result periksa..suh check email dia akan emailkan dekat email sendiri brapa dapat..brapa pointer semua-semua la, lepas tu nak lagi best pasal yuran mula dengan aku lambat bayar yuran hari tu sebab cari dana nak bayar kan..haha

mula dia bagi kata potential gugur taraf..ok masa tu dah kalut dah cari dana, hari jumaat 30hb aku dah p bayar sebab tarikh tutup dia 5hbapril, pastu dia ada cakap dekat web kalau bayar 3 hari sebelum tarikh tutup kena call dia bgtau, sebab aku rasa 30hb dengan 5hb tu lebih dari 3 hari aku x call la dia

pastu hantar plak kul 3 tadi kata dah gugur taraf..gelabah la sat..haha check lam bendahari dah tulis yuran dah bayar..nombor telefon bendahari tu punya la banyak semua enganged dengan x berangkat..memang bagi orang angin ja..geram oh last call sebelum berputus asa ada jugak orang angkat..bagi nombor matrik pastu dia kata abaikan ja sebab dah bayar

tup tup jap tadi dia sms lagi..sila abaikan jika pembayaran sudah dibuat..haha memang suka bersms la uitm skang ni..nasib la nombor dia 15888 kalau 012 ke 013 aku dah ada member sms baru dah lepas ni..haha