Wednesday, February 1, 2012

syauqi's toilet train

hari tu ada aku cerita pasal aku trainkan syauqi pegi toilet kan..well sama ada aku x cukup kuat ke sama ada syauqi belum lagi..huhu sampai hari ni masih lagi berpampers...adoi la nampaknya misi masih lagi gagal..tapi aku masih lagi berpendapat yang syauqi dah ready untuk diapers free cuma aku ja x cukup konsisten nak bagi berjaya..huhu

hari mula aku pakaikan cd tanpa insert nampak macam ok la setiap 30 minit aku bawak pegi toilet...tak terkincit pun dalam cd tu then hari second pakai seluar ja...banyak fail asyik la kena dok lap lantai..huhu then bila dah masuk keja lagi la susah sebab cuma ada malam ja untuk train..dah penat campur letih maka asyik la hold acara toilet train ni...ish hati kena kuat jugak ni

tadi terbaca dekat blog kak izzah pasal potty train anak dia selain dari blog mama imaan jugak pasal potty training..dan jugak tip-tip dari sini dengan sini pasal potty training nampaknya weekend ni kena usahakan bagi berjaya jugak...aku bakal bercuti dari hari jumaat nanti sampai ke hari selasa nanti..harap-harapnya kali ni berjaya la kot...huhu
budak ni la yang nak di potty train tu...huhu harap-harap berjaya la

Saturday, January 28, 2012

kejadian petang kemarin

hari jumaat adalah hari untuk aku feeling-feeling konon jadi suri rumah sebabnya encik hubby pegi keja, aku plak duk rumah dengan anak-anak...tunggu la encik hubby balik petangnya..kadang je tengah hari dia balik..huhu dan sebab x dak benda nak dibuat selain melayan budak berdua tu makan, berak, mandi, tdo, menyusu..maka tertimbul la idea nak buat karipap....haha

y karipap? sebab seumur hidup aku x penah aku buat karipap..haha ada la tengok mak aku dok buat tapi takat tengok dan makan..haha serius aku x pandai..then lepas google-google dapat la ilham nak buat kan...pegi potong-potong bahan nak buat inti...sebab lama sangat dok potong maka vitamin m datang..siap potong-potong simpan dulu dalam peti ais..haha bawak budak 2 orang tu tdo...

kul 4 baru sambung balik buka tenet..(eh bukan tadi pasal mood buat karipap ka?) dalam pukul 4.30 baru dok uli doh nak buat kulit dia...baru ingat aku x ada roller nak lenyek kulit..dah blur kejap...tapi doh dah uli..huhu nak x nak kena la sambung jugak...dalam kul 5.30 encik hubby balik..aku plak baru nak kelim-kelim karipap...encik hubby x kata apa pun..sambil kelim sambil lari-lari dari syaza

dah siap kelim-kelim semua baru nak goreng...aku goreng separuh, lagi separuh masuk freezer..konon lain kali boleh goreng lagi...haha dah goreng kasik dekat encik hubby mintak komen...nak tau ka dia komen apa? nak tau?

ni karipap ka cik mek molek?

kejam tau...mentang la rupa x cantik...rasa dia dah ok...huhu kejam sungguh, tengah malam tu ada la balance lagi sebiji..encik hubby tanya tu x mau perabih ka lagi sebiji cik mek molek tu? cis cis

p/s: gambar x mungkin aku upload sebab rupanya yang x cantik tu

Wednesday, January 25, 2012

fuh fuh

wah lama la kan aku bercuti..haha mula dari hari jumaat sampai selasa...berholiday sakan..ni baru keja semula..dan kena jaga ofis ini hari..huhu padan muka..dah ambik cuti sakan makanya hari ni kena la ganti cuti orang lain...yang sebelum ni gantikan aku time aku cuti...tapi x pa sebab dah lama cuti makanya hati masih lagi gumbira...haha

okeh lepas ni kalau berjaya upload gambar adalah stori mori dekat cini...banyak ni terkumpul...sebab orang yang lama bercuti ni baru jumpa dengan internet...haha sebelum tu apa-apahal kita blogwalking la dulu..jenguk belog kengkawan dulu