Wednesday, September 28, 2011

jamuan raya mpspk 2011

sebelum nak menaip entri panjang-panjang haruss tarik nafas dulu...huhu banyaknya entri tertunggak...acara ni adalah pada hari khamis lepas tapi memandangkan dari hari khamis membawak ke hari ini adalah super busy dengan rutin kerja, famili dan kelas yang baru masuk semester baru...maka belog adalah sepi tanpa sempat diupdate cerita-ceriti atau bebelan aku sendiri ni yang entah apa-apa ni...huhu

tahun ni sebab jeti semeling dah mula beroperasi maka jamuan raya diputuskan buat kat sana...boleh la makan sambil feeling-feeling angin sungai dan suasana kat situ memanglah cantik dan parking jugak banya...penting tu banyak parking sebab tahun-tahun lepas x banyak parking dan banyak tetamu komplen x boleh nak datang jamuan raya sebab masalah nak park kereta...


dan seperti tahun-tahun lepas ada acara gerai siapa paling cantik dan vogue tapi tahun ni gerai jabatan aku buat keputusan hias ala kadar je...janji nampak kata masuk tema dan boleh hidangkan makanan kira orait la kan...menu gerai kami nasi impit, lontong, kuah kacang dengan sambal ikan bilis...ohh menu gerai-gerai lain boleh tahan la jugak sedapnya...aku banyak makan gerai-gerai orang sajalah...cuma kat gerai laksa kena tahan diri sebab belum boleh makan lagi...huhuhu
gerai laksa...nampak macam gerai dalam taman pun ada jugak...dengan pokok-pokok dihias keliling gerai siap ada tempat aka pangkin dari buluh lagi derang buat
view gerai laksa ni dari lain angle...siap ada motor antik untuk buat retro sikit kot...tapi memang nampak cantik

acara bermula dari kul 12 tengah hari sampai jam 3 petang tapi ada ja boleh makan sebelum tu...dan menjelang kul 2 banyak je gerai-gerai yang makanan dah habis...target tetamu sekitar 1000 orang tapi rasanya datang lebih dari tu kot...

gerai char kuey teow yang ni ambik geng char kuey teow sungai dua yang famous tu...ramai gak beratur kat gerai ni...puas hati makan
gerai bihun sup...tapi aku x merasa pun sebab perut dah sendat...huhu

dejay hari tu...semua guna staf majlis saja...termasuk la yang karaoke kemain lagi atas stage itu hari...
gerai kuih muih...time aku snap time time tengah ramai orang...sekejap saja sudah licin
gerai cendol dan abc..aku g jengah gerai ni awal-awal sebab nak rasa cendol dan memang laku la sekejap jugak dah licin siap ada yang marah-marah sebab beratur panjang tapi x sempat nak merasa abc
gerai nasi...katanya ada gulai daging rusa tapi aku x merasa pun sebab perut dah penuh
di belakang tabir gerai lemang dan ketupat...sibuk memotong lemang untuk di serve pada tetamu

kami di gerai lontong dan nasi impit
ni gerai apa ntah...penat pusing-pusing trus singgah jap...cantik la deco derang
anak staf...muda sebulan dari syaza..tapi debabnya boleh tahan pipi gebus-gebus
encik bos dengan moto barunya...time ni nak gerak balik dah...dia lalu trus aku suh benti jap nak ambil gambar..kaki x jejak tar tu
geng penguatkuasa...awalnya aku nak snap gerai derang tapi dah segak-segak sangat hari tu kan...selalu dok pakai uniform baju biru tu ja...itu hari pakat bersampin segala...dah macam nak pegi ambik pingat pun ada dah aku tengok...hihi


ni tengah berkemas nak balik...panjat tangga pakai baju melayu...kau ada? kelas gitu jah

petangnya balik rumah sempat la rehat-rehat kejap sebelum berkemas plak untuk bertolak balik kampung menghantar syauqi duduk kejap dengan tok dia kat kampung sebab aku nak ke kelas dekat puncak alam nun...tu next entri la yerr

stroller baru

kan sebelum ni dok bising-bising kata nak cari stroller baru kan..konon yang lama x muat nak sumbat lam but keta dan hari jumaat lepas g jejalan kat jj bukit tinggi jumpa yang berkenan di hati...konon plan awal nak g cari kain wat langsir sekali dah terlajak ke jj bukit tinggi dan round-round kot area baby tu berkenan la pulak...

tapiii huwaaa memang still x muat la weh...skang ni aku dah buang penutup bonet belakang tu...boleh nampak roda stroller kat belakang...hahaha nasib la dah kete kecik redho je la

gambar stroller belum ada sebab belum ambik...ish nape x ambik tengok la bila ku rajin...

syaza adalah behave duk lam stroller tu cuma hari mula masa baru-baru beli sedikit terkejut kot trus merengek, ari kedua leh lena ngan aman lam stroller tu...kena selalu letak kot

harga? biarlah rahsia yang penting x rabak poket membeli dan selesa anak duduk dalam sudahlah

Wednesday, September 21, 2011

penggunaan walker untuk bayi cepat berjalan...betulkah?

situasi raya hari tu time jumpa sedara mara sambil borak-borak pasal anak

dia: dah brapa bulan syaza?
aku: dah 4 bulan
dia: kuat la badan dia leh berdiri macam tu, boleh dah ni letak lam walker
aku: x nak la, x ajar anak letak lam walker, syauqi dulu pun x ajar gak
dia: ya ka, kalau letak boleh cepat berjalan
aku: syauqi dulu tolak kotak ngan bakul ja, 10 bulan dah jalan dah

ok setiap budak-budak lain kan perkembangan dia, ada yang aktif cepat ja dah meniarap, menyulur then merangkak dan berjalan, ada plak yang jenis ayu sopan-sopan sikit ambik masa untuk memulakan langkah pertama...dah nama pun lain-lain budak lain-lain ragam kan, usahlah nak dibanding-banding semua tu janji sihat membesar elok sudahlah

cam situasi aku, aku masa zaman syauqi memang berkira-kira pasal penggunaan walker dan dari segi pembacaan aku dari satu cerita ke artikel semua x cakap pun pasal kebaikan walker dan tersemat la kat kepala otak aku ni walker itu tidak bagus untuk perkembangan bayi...mana teori yang kata walker boleh cepatkan baby berjalan? memang la aku x percaya

kalau ada yang letak anak lam walker tu hak masing-masing la kan, usah nak dipaksa orang lain buat hal yang sama...cam kes aku, aku x kasi letak lam walker, biarlah dia develop body dia sendiri, biarlah secara natural...sebab dari pembacaan aku walker akan melatih otot yang salah untuk kaki bayi dan akan beri effect pada perkembangan dia bila dah besar nanti dan insya Allah syaza pun nanti cam abang dia jugak, ko men la tolak kotak ngan bakul tu kalau nak cepat berjalan (bunyi ayat cam kejam...haha)



ohh aku memang x paksa orang ikut cara aku...lain orang lain la cara nak membesarkan anak kan...anak itu ibarat kain putih, ikutlah macam mana korang mencorakkan dia..

footnote: gambar model adalah syauqi dulu-dulu sebab syaza belum lagi pandai nak tolak-tolak kotak ni, pandai meniarap dan menyulur ja