Wednesday, September 8, 2010

mood raya...

tengok semua orang dok cerita pasal hari raya baju raya, kuih raya, langsir raya, kusyen raya, semua2 lah pasal raya...dan belog aku?? huhu bukan apa aku keja sampai esok dan start cuti hari jumaat sampailah hari ahad akan datang dan masuk keja balik 20hb nanti...raya sakan la kan...muehehe

jangan lah dibuatnya malam ni pengunguman raya jatuh hari khamis maulah aku kelam kelibut nak mengemas semua...huhu tahun ni aku order kuih raya cuma 3 jenis tapi bila 3 jenis tu didarab dengan 3 bijik rumah maka lebih kurang macam 9 jenis jugaklah kuih aku order...kuih pun sama ja macam tahun-tahun lepas sebab aku hanya akan order kuih yang aku makan...yang aku x pandang memang la aku x order sebab nanti kalau x abis sapa lak nak makan kan?

baju raya dan kasut raya pun semua dah siap cuma tunggu nak diseterika dan dikemas masuk beg...biarpun keja sampai esok tapi aku rasa macam x semangat dah nak keje...huhu taun depan kena ambik cuti awal2 ni...kalau keja dan macam x keje dah x dak maknanya aku melanguk kat opis ni dah la nak mai opis pun macam nak p kemana ja...keta punya la banyak...tiba2 ja bandar sungai petani ni boleh jem...hebat2 dan penah hari ahad hari tu aku kena pusing 30 minit semata-mata nak cari parking...lagilah membuatkan aku malas berganda2 ni...hehe alasan2

oh dah malas nak panjang lebar...aku dengan rendah diri nak ucapkan selamat hari raya pada semua yang beragama islam dengan ucapan selamat hari raya...maaf zahir dan batin...pada yang sudi bolehlah datang rumah aku beraya...tapi lepas raya ke11 lah sebab masa tu baru aku wujud kan sungai petani ni...hehe

Sunday, September 5, 2010

lagu latar dekat belog yang menyakitkan hati :(

aku suka belogwalking...jengah2 belog orang jadi stalker baca cerita orang...tgh member buat apa...memang best la belogwalking tapi...aku memang x suka belog yang ada music2 background ni...kalau buka kat rumah boleh bikin anak terkejut (ni time anak tdo pastu mak dia curi2 main komputer) pastu kalau kat ofis bisa bikin orang lain terkejut (ni time kat ofis la curi2 main tenet ish ish ish)

dan pagi ni konon macam biasa la nak belogwalking dulu pastu buat keja dan komputer ofis aku ni macam lembab ckit dia ambik masa nak on pastu nak loading segala mak nenek kat desktop tu pastu nak loading setup2 lain pastu nak update antivirus plak dan aku yang x sabar ni trus kelik dekat mozilla dan hasilnya biarpun aku dan tutup buka tutup buka tutup buka mozilla tu still lagi ada lagu korea mai mana ntah dok nyanyi2 dari pagi dari sampai la skang ni, biasa kalau sempat memang aku kasi diam dulu lagu tu tapi ni ntah dari mana datangnya lagu tu dan x dak punat nak dioffkan (last2 kasik diam itu speaker)...memang makcik sangat tensen...kalau lagu raya x pe la jugak ada la mood nak raya x lama lagi kan tapi ni lagu korea x hape2 je...

so korang2 yang letak lagu dekat belog tu sila la fikir-fikirkan bukan x best ada muzik2 latar ni cuma agak tidak menyenangkan orang2 yang macam aku ni...mungkin orang lain suka kot

Wednesday, September 1, 2010

syauqi 11 bulan

ish dah 11 bulan dah bujangku itu...dah makin lasak dan dah makin cerdik dan bulan depan kena cucuk montot untuk setahun...ngeh ngeh

progress syauqi
1. dah boleh berjalan ni sejak sepuluh bulan 2 minggu dah boleh bertatih dan sekarang dah makin laju
2. dah banyak mulut sometime ada setengah word macam apa, mama, papa, sakit, jangan..suka dengar
3. makin manja...kandang suka nyendeng nak bermanja...
4. makan semua benda even yang orang tua makan pun dia nak jugak kalau tak sanggup tawaf keliling mak pak dia demi nak merasa jugak.
5. dah makin faham apa orang cakap dekat dia contoh hari tu ajak mandi trus tunggu depan pintu bilik air...sweet
6. rambut dah makin panjang mungkin x lama lagi nak kena potong dah...syahdu plak mak dia bila anak nak kena potong rambut...tah apa2 je
apapun moga kamu membesar dengan sihat dan membulat...ngeh ngeh sebab mak dia ni suka sangat cubit pipi dia bila ada masa terluang...dan lately pipi tu macam dipampam plak makin montel jek...