Monday, April 29, 2013

syaza dan weaning off breastfeeding

as salam...

konon nak cerita pasal 2 tahun penyusuan yang indah itu tapi sebab x berkesempatan maka di upgradekan jadi cerita pasal weaning off sajalah...huhu

mula dulu masa dok fully bfkan syaza ada jugak terfikir macam mana nanti nak stopkan dia...sebab asal mak dia baring ja, datang la mintak nenen, asal mak dia dok depan laptop pun datang jugak mintak nenen, nak tido semestinya cari jugak candu dia tu, dalam kereta pun sama jugak...kiranya sebelum nak stopkan dia, dah berbulan-bulan dok pikir hal ni, tapi lastly fikir balik dulu mula pun x dak plan apa sangat kan, maka nak stopkan pun biarlah biasa-biasa saja..let go with the flow, bila tiba masa ikut saja rentaknya

hari jadi syaza jatuh pada 18hb april yakni hari khamis, kira hari rabu last day la usung beg pam kehulu ke hilir, hari khamis dah free dari proses biasa tu, hari jumaat plak dah sibuk prepare nak pegi kelas...x dan la nak celebrate besday ke apa pun, yakin ja pegi kelas x bawak kotak tong ais ala-ala orang p memancing tu, skali kena bengkak susu, pam la jugak tumpang peti ais dekat hotel

balik dari kelas masih lagi bagi susu dekat syaza, tapi direct feeding, hasil bengkak susu tu kira bekalan last hari isninnya...proses wean off betul-betul hari rabunya memang direct x bagi lansung, x ada cari ubat nak putus susu atau letak apa-apa pun..cuma kerap cakap dekat dia "adik dah besar, x boleh minum nenen lagi, kena minum susu dalam botol" aktiviti menangis adalah normal, siap merajuk p dok mengadu domba dengan papa dia perihal mama x mau bagi nenen dekat dia


tengah malam adalah proses yang meruntun jiwa la kot, menangis nak nenen siap nak selak sendiri baju, tapi tetap guna ayat yang sama, sambil peluk dan cium dia...awalnya menangis dan marah x mau peluk, tapi terlena jugak...susu dalam botol memang x layan la bila tengah malam, kalau buat pun x berusik

hari khamis pun sama jugak..kira 2 hari permulaan weaning off memang meruntun jiwa kalau hati x cekal memang gagal jugak...hari jumaat dah makin baik, sehari duduk dengan dia di rumah pun x dak proses menangis merajuk dah, bila dia mintak cuma cakap dia dah besar, x dak nenen..dan dia akan mintak susu dengan sendirinya

satu kebaikan yang sendiri nampak la dari proses ni, bila tido malam memang tido dia lebih nyenyak, x terjaga dah malam, mungkin sebab dah 2 tahun kot, berbeza syauqi dulu wean off sebelum 2 tahun, satu malam 3 kali bangun bancuh susu

makan lagi banyak dari biasa, dulu mungkin kenyang dengan minum susu dan kurang makan, tapi waktu makan sekarang lagi banyak dari biasa (potensi nak lagi bulat dari sekarang yang memang bulat pun)

tido lagi mudah, mak dia pun tido lagi lena..tak lagi bangun dengan sakit belakang, cuma 2 hari awal tu ja tido x lena sebab syaza mengamuk malam-malam nak nenen tapi x dapat, siap merajuk p tido dengan papa dia, peluk papa tapi tangan pegang tangan mama...hehe

sekarang kalau teringat still lagi datang mintak nenen cuma masih lagi guna ayat yang sama sambil peluk dan cium dia maka memang x mintak dah..dah faham kot takkan dapat..sudah besar dah anak dara sorang tu ^_^

kek besday yang selepas seminggu baru sempat beli dan celebrate kecil-kecil dekat rumah tok dia
 ni orang eksaited nak potong kek..sambil sebut kek jadi tek..makan kek pun banyak jugak..belum campur menu lain-lain lagi

 kenangan di masa dulu moga akan macam ni jugak untuk anak-anak yang akan datang..Alhamdulillah berjaya jugak target 2 tahun penyusuan tanpa bantuan supplement dari mana-mana produk, hanya berpandukan teknik penyusuan yang betul cuma akhir-akhir nak cukup dau tahun x brapa nak istiqamah dengan jadual mengepam
 hasil di masa awal-awal masuk kerja...insya Allah moga macam ni jugak untuk anak yang lain..masa ni simpan dulu kedua-dua breastpump kesayangan saya ^_^

Thursday, April 25, 2013

makan malam

hari malas malas sedunia...haha padahal balik awal hari ni pukul 3.30 dah balik dah, p merayau dalam tesco menghabiskan duit, balik ambik kanak-kanak, belum pun masuk dalam rumah dah dok buat pantauan apa barang yang mak depa beli, pastu jumpa buah anggur dah pakat bahagi sorang sikit, kena la masuk basuhkan bagi depa makan, penuh la plak merata rumah air buah anggur tu..hukhuk

sempat golek-golek main ipad sambil melayan kanak-kanak sepahkan rumah, dah masuk kul 8 syauqi dah bising-bising nak makan nasi (mean: lapar) hari ni memang lambat memasak...sebab dah rasuah awal tadi dengan buah anggur kan...masak ringkas ja, sebab fries tinggal nak goreng ja...sama macam burger, beli roti dah siap, daging pun cuma nak goreng, potong sayur, rebus kentang buat mash potato (kentang lenyek, campur susu fresh milk, garam sikit, mentega)(plan dari petang tadi lagi sebenarnya)...dia punya gravy tu cuma guna sudu kecil kicap, sudu kecil sos tomato, satu sudu kecil tepung jagung, garam secubit...asal kenyang kan

still lagi dalam mood malas...huhu besok mau balik kampung celebrate besday syaza, lambat seminggu sebab last week mak dia kena p kelas...minggu depan sudah pilihanraya, kena tinggal lagi la depa gamaknya

Saturday, April 20, 2013

farmasi ecosway

lama kot menyepi...hukhuk tapi sepi dalam blog je la, dalam facebook, instagram masih lagi ok, ni my currently new project, baru sahaja join hujung bulan 3 tempoh hari, kira masih baru dan masih lagi dok belajar

disamping tu nak jugak ajak kengkawan yang berminat untuk join atau bertanya soalan, sebab sangat berbaloi dan menguntungkan, boleh dijadikan side income dan jugak main income...ikut mana kesesuaian dengan minat dan usaha

buat masa ni daku cuma usahakan sebagai side income dulu...demi masa depan yang gemilang, cemerlang dan terbilang...berbaloi kot sebab dengan modal yang rendah, dapat package household usage, jugak berpeluang menjadi bos sendiri...doakan daku berjaya membuka farmasi sendiri...amin

= Modal permulaan yang rendah.
= FREE pengubahsuaian premis
= FREE deposit dan sewa bulanan premis
= FREE utiliti bulanan
= FREE lesen dan kos penyelenggaraan
= FREE latihan pengurusan
= produk secara consignment
= Lokasi yang strategi pilihan anda.
= Mempunyai pelbagai produk harian dan kesihatan.
= kos ubahsuai dan peralatan kedai ditanggung syarikat
= Kos operasi ditanggung syarikat seperti bil sewa kedai,bil elektrik dll.

korang kalau berminat atau pertanyaan boleh email pz dekat pizet77@yahoo.com atau dekat pizet77@gmail.com, atau sms 013-3805848

dengan modal serendah RM15300 anda berpeluang memiliki farmasi anda sendiri

Sunday, April 14, 2013

ke arah gaya hidup sihat

dah masuk april yea...fuh sambil tiup-tiup sawang dekat rumah sendiri...kejap masuk update sebulan sekali memang la sepi memanjang..hukhuk nak kata sibuk tak jugak cuma lebih kepada pengurusan masa kot...huhu

salah satu azam untuk tahun baru adalah nak bersedia dengan dinner setiap hari sebelum jam 8 malam...konon untuk gaya hidup lebih sihat lah...dan dinner tu pun sendiri masak la...jugak sebagai senaman buat diri sendiri, supaya sambil memasak sambil bakar kalori sikit-sikit

Alhamdulillah, setakat ni masih lagi on track, cuma ada sehari dua atau seminggu la kot total dari januari yang terbabas lebih dari jam lapan...dan ada jugak yang sebelum jam 7, yeay cumanya dah brapa bulan dok berjaga makan ni still tak turun jugak berat...masih lagi statik, tinggal sekarang ni usaha untuk tidak makan banyak-banyak dalam satu masa yang sama...nak makan jugak kena tunggu sejam ke dua jam lepas tu...macam x brapa nak success ja yang ni...huhu

*bila orang sekeliling banyak yang dah mula sakit-sakit maka hati mula berasa nak beringat pasal makan...x nak nanti menyesal x sudah*

Tuesday, April 2, 2013

hye April

cepatnya masa itu bergerak...macam dah tak terkejar je kan...dah masuk bulan april dah ha...hukhuk keja pun makin menimbun sampai bilik dah penuh macam sarang tikus..harap-harap diberi sedikit masa nak kemas tempat sendiri...hukhuk

kerja rumah pulak macam biasa la kan sentiasa saja ada yang nak dibuat...tak pernah pun nampak macam dah habis..habis kerja rumah bila mata dah terpejam..tertido masa menidokan anak-anak tu perkara biasa...sambil berfikir-fikir macam mana la masa nak wean offkan syaza nanti sebab kurang dari sebulan dah cukup 2 tahun umur anak dara tu...dah makin petah bercakap, pentiru gaya si abang yang tegar...abang buat apa semua nak diikut...

semester baru untuk program pjj pun dah mula jugak...ada lagi 3 semester berbaki sebab banyak sangat drop paper maka habis lambat setahun dari orang lain...tahun ni jugak kena ambik semula muet sebab expired tahun ni..nak konvo tahun depan..maka kena ambik semula..satg ada jugak orang lambat konvo sebab muet x ambik..selain dari berusaha untuk siapkan esemen tulis tangan dari lecturer tersayang..hehehe pasni selim melim jari ai sebab banyak guna jari sebab selalu taip je kan bukan menulis..ala-ala jawab soalan final la sebab soalan final ja bertulis...harap-harap motivasi adalah kekal sampai ke hujung semester...demi masa depan yang gilang gemilang kononnya...chewahh

tapi sampai sekarang masih tak dapat jugak jawapan pada satu soalan yang ditanya... "what will you do when you finish your degree?" wah kalau ikut hati memang la nak pegang title jawatan baru tu pun kalau ada rezeki, tapi macam teringin nak tukar profesyen kerja pun ada jugak...nak berhenti kerja pun ya jugak...ish! fikiran yang berbelah bahagi maka lebih elok tumpukan untuk sudahkan degree dulu..lain-lain adalah kemudian fikir semula...menjenguk jugak website spa tengok peluang yang ada :)