Sunday, April 14, 2013

ke arah gaya hidup sihat

dah masuk april yea...fuh sambil tiup-tiup sawang dekat rumah sendiri...kejap masuk update sebulan sekali memang la sepi memanjang..hukhuk nak kata sibuk tak jugak cuma lebih kepada pengurusan masa kot...huhu

salah satu azam untuk tahun baru adalah nak bersedia dengan dinner setiap hari sebelum jam 8 malam...konon untuk gaya hidup lebih sihat lah...dan dinner tu pun sendiri masak la...jugak sebagai senaman buat diri sendiri, supaya sambil memasak sambil bakar kalori sikit-sikit

Alhamdulillah, setakat ni masih lagi on track, cuma ada sehari dua atau seminggu la kot total dari januari yang terbabas lebih dari jam lapan...dan ada jugak yang sebelum jam 7, yeay cumanya dah brapa bulan dok berjaga makan ni still tak turun jugak berat...masih lagi statik, tinggal sekarang ni usaha untuk tidak makan banyak-banyak dalam satu masa yang sama...nak makan jugak kena tunggu sejam ke dua jam lepas tu...macam x brapa nak success ja yang ni...huhu

*bila orang sekeliling banyak yang dah mula sakit-sakit maka hati mula berasa nak beringat pasal makan...x nak nanti menyesal x sudah*

Tuesday, April 2, 2013

hye April

cepatnya masa itu bergerak...macam dah tak terkejar je kan...dah masuk bulan april dah ha...hukhuk keja pun makin menimbun sampai bilik dah penuh macam sarang tikus..harap-harap diberi sedikit masa nak kemas tempat sendiri...hukhuk

kerja rumah pulak macam biasa la kan sentiasa saja ada yang nak dibuat...tak pernah pun nampak macam dah habis..habis kerja rumah bila mata dah terpejam..tertido masa menidokan anak-anak tu perkara biasa...sambil berfikir-fikir macam mana la masa nak wean offkan syaza nanti sebab kurang dari sebulan dah cukup 2 tahun umur anak dara tu...dah makin petah bercakap, pentiru gaya si abang yang tegar...abang buat apa semua nak diikut...

semester baru untuk program pjj pun dah mula jugak...ada lagi 3 semester berbaki sebab banyak sangat drop paper maka habis lambat setahun dari orang lain...tahun ni jugak kena ambik semula muet sebab expired tahun ni..nak konvo tahun depan..maka kena ambik semula..satg ada jugak orang lambat konvo sebab muet x ambik..selain dari berusaha untuk siapkan esemen tulis tangan dari lecturer tersayang..hehehe pasni selim melim jari ai sebab banyak guna jari sebab selalu taip je kan bukan menulis..ala-ala jawab soalan final la sebab soalan final ja bertulis...harap-harap motivasi adalah kekal sampai ke hujung semester...demi masa depan yang gilang gemilang kononnya...chewahh

tapi sampai sekarang masih tak dapat jugak jawapan pada satu soalan yang ditanya... "what will you do when you finish your degree?" wah kalau ikut hati memang la nak pegang title jawatan baru tu pun kalau ada rezeki, tapi macam teringin nak tukar profesyen kerja pun ada jugak...nak berhenti kerja pun ya jugak...ish! fikiran yang berbelah bahagi maka lebih elok tumpukan untuk sudahkan degree dulu..lain-lain adalah kemudian fikir semula...menjenguk jugak website spa tengok peluang yang ada :)

Saturday, March 16, 2013

kitchen timer free dari nestle

ni daftar hujung tahun lepas kot dekat facebook nestle semata-mata nak kitchen timer free...lama jugak kot tunggu sampaikan dah lupa dan rasa tak dapat dah...skali hujung minggu baru ni dapat bungkusan ni...suka-suka ^_^

sapa yang nak jugak boleh la daftar dekat facebook nestle, cuma isi nama, alamat pastu maklumat peribadi sikit untuk jadi ahli nestle...dulu ada jugak dapat sample free dari nestle..pun suka jugak, korang jangan lupa daftar jugak ok

p/s: ini bukanlah iklan tajaan dari nestle



Tuesday, March 5, 2013

trip pendek ke dbkl

bertolak hari ni dan InsyaAllah kalau tiada aral esok akan balik semula ke pangkal jalan..eh ke sungai petani..hihi trip untuk belajar cara-cara menguruskan krematorium atau bahasa biasa orang guna adalah kubur.. ^_^

dengan harapan lepas ni akan bekerja dengan lebih cemerlang dan terbilang...mudah-mudahan

Monday, March 4, 2013

random picture

ni gambar sebelum lebih lama tertunggak maka baik upload cepat-cepat...secara tiba-tiba rasa tak berapa nak seronok update guna ipad dan rasa lebih seronok guna laptop atau pc semula..dah hilan keterujaan menggodek ipad tu kot..hmmm

banyak gambar adalah aktiviti masak-memasak jua..setiap hari kena perah otak pikir menu nak memasak makan malam, kalau hari cuti merangkap brekpes, lunch dan makan malam..azam untuk tahun baru ni nak pastikan makan malam sebelum pukul lapan maka memang macam terkejar-kejar jugak la nak siapkan makan malam

gambar 1: sherperd pie tapi letak ayam maka harus panggil apa? belasah la nama sherperd pie jugak...syaza suka, syauqi pun suka cuma byk kentang tu jadi muak bila makan banyak-banyak




gambar 2:makaroni goreng, ayam bakar madu, sayur oregano.. syauqi makan makaroni saja, siap tambah makaroni, syaza main rasa serba sikit...maksudnya kurang berkenan la tu


gambar 3: ni masa musim petai tengah mewah...jadi la sambal ikan bilis petai ni..siap petai over dari ikan bilis...haha


gambar 4: hat ni memang syauqi suka siap tambah 3 kali...tapi si bapaknya syauqi kurang suka plak


gambar 5: ni memang lama-lama skali mesti buat cuma bila nak goyang tu bukan main berpeluh dan lama dekat dapur tapi bila time makan lagi cepat habis, syaza memang suka la yang ni


gambar 6: gambar adalah terbalik...haha first time guna kobis ungu tu tapi kekanak adalah jakun maka tak makan...sebelahnya ayam goreng gajus..ni pun over letak gajus kemain banyak...haha


tahun ni tak mau letak target dah nak try brapa resepi masak-memasak ni..kena lebih ikut pada kerajinan dan yang penting settle masak sebelum azan maghrib, dah azan siap-siap solat, makan dan dua orang kekanak tu boleh tido awal...supaya pagi-pagi mudah bangun dan tak meragam...setakat ni masih lagi berjaya ^_^

resepi lebih kepada encik google dan ejas sendiri...haha aku kan suka derhaka dekat resepi...suka-suka tukar mana-mana bahan yang aku tak jumpa tak pun malas nak beli..haha

Thursday, February 28, 2013

happy 1st birthday nur qaireen sufiah

hari ahad lepas 24hb2 setahun yang lalu budak kecik ni lahir..skang ni pun kira kecik jugak kot, paling kecik dalam famili dan masih lagi dok bertatih-tatih susun langkah...dah beli hadiah tapi bila nak boleh bagi ntah...penuh harapan ni hadiah tu qaireen suka heee


sori la makngah dia lambat wish..huhu tapi kek awal lagi dah makan dengan pulut kuning :)