Tuesday, November 13, 2012

diwali

happy deepavali to all indian friends...biarpun member india aku brapa kerat ja tapi still aku feel nak ucap gak sebab cuti kan hari ni...esok keja pastu cuti pastu cuti dan cuti...haha bab cuti bila-bila pun best

hari ni plan nak pegi kenduri sepupu jap...tapi sementara ibu mertuaku ada dirumah, kita masak sedap-sedap dulu, menu hari ni nasi ayam, ayam bakar madu, sayur sawi dengan sup ayam...karang petang sikit baru bertolak balik untuk makan kenduri plak...


Saturday, November 10, 2012

10.11.12

sempena tarikh yang cun melecun tu kan...ramai sungguh orang yang ambik kesempatan bina masjid hari ni, jemputan untuk isi perut memeriahkan majlis pun berderet-deret, tinggal pilih mana satu yang boleh pegi ja kan kan ...tapi huhu aku adalah di sini, di puncak alam untuk sesi seminar ke 4 untuk semester ni

x pa lah demi masa depan yang cemerlang dan terbilang, chewahh padahal ayat penyedap hati sebab x bleh attend my BFF punya wedding dekat bukit tampoi...huhu

to my BFF selamat pengantin baru Pn Rahmawatini dengan pasangannya..hadiah nanti la aku susulkan hukhuk

Thursday, November 8, 2012

kenit bertiga

sorang dah kemain lagi melompat-lompat, sorang lari2, sorang lagi merangkak...main bola rebut-rebut sambil gelak mengekek, apa yang best tak tau la, nasib malamnya x ngigau...heee

Monday, November 5, 2012

musim hujan

asal petang ja hujan, hujan ja petang huhu siap dengan pakej guruh kilat sabung menyabung lagi tu..takut la jugak bila guruh dentum dentam tu sampai gegar-gegar cermin, nak plak kerusi aku brapa inci ja dari cermin tu

petang tadi punya kes siap dengan kejutan lagi masa turun parking lot dekat bawah, air bertakung huhu nama ja kot bangunan baru dah banyak pahat bunyi merata-rata

tapi petang tadi memang lebat dari biasa kot sebab perjalanan balik rumah lagi mencabar dari biasa, air bertakung atas jalan di merata-rata, patut dalam 15 minit travel dah jadi 30 minit, nasibla selamat sampai

dengarnya banyak jugak kan dah banjir, kira takat air takung atas jalan ni hal kecik la dari banjir tu...moga di mudahkan urusan dan cepat-cepatlah air surut

oh daku tengah gigih menaip satu jari ala-ala typewriter sambil ayun buai syaza

Sunday, November 4, 2012

testing bawak kekanak main boling

hari ni sebenarnya cuti plan nak carikan tadika untuk syauqi sebab tahun depan dah nak masuk 4 tahun maka plan nak biasakan dia dengan alam sekolah plak, jumpa gak tadika best-best tapi since tahun mula tambah tolak darab bahagi semua maka decide try pasti depan rumah dulu, lagipun ada muka-muka dia kenal kan dekat pasti tu nanti, van plak boleh hantar terus sampai rumah pengasuh lepas sekolah

bangun pagi pun kemain awal sebab selain dari cari sekolah jugak kena bawak both kekanak pegi klinik, sorang timbang dengan makan ubat cacing, sorang lagi kena timbang dengan cucuk setengah tahun

kami main boling dekat central square ja, nak try lane baru dekat rumah di sejati tu macam belum buka, terlebih awal kot, park kereta dekat central square pun depan lif, jadi pelanggan first pulak tu..haha ambik dua game tu pun lelah melayan kekanak, sikit lagi syaza dengan mak dia nak jadi bola boling sebab syaza nak pegi try ambik pin boling

total score memang hampeh...haha sila maklum banyak kemudahan longkang yang memang digunakan sepenuhnya, start main pukul 10.30 kot sampai pukul 12 macam tu, best gak pegi awal sebab bawak kenit 2 orang maka lebih space lebih selesa

next time kalau nak pegi lagi kena p awal macam ni jugak dan lebih selesa melayan kanak-kanak, balik rumah syaza trus terlena sebab pagi belum tido, syauqi plak x lena-lena sampai last-last dah lunch, mandi dan makpak tido sama

hari kemas mengemas

since dah siap kabinet tengah tu maka plan kemas sikit bilik belakang, dan hari ni adalah hari paling x dak plan untuk kemana-mana kot sempat la kemas bilik belakang tu nampak la macam "eh! ada ruang lagi rupanya boleh sumbat-sumbat lagi...haha rumah x dak stor kan, nasib la bilik ketiga jadi stor sementara anak-anak masih lagi berhimpit dengan makpak, sebelum ni punya la main campak-campak barang dalam tu sampai nak jejak kaki pun x lepas

kejap je kot kemas pun sebab bangun dah lambat, masak-masak dulu, makan kenyang-kenyang, bagi si kecik tido baru mula kemas, siap kemas dah pukul 2 lebih, bagi kanak-kanak mandi lagi, siap-siap pegi makan dan balik membuta..haha cam apa ja jadual hari cuti, x pa besok kalau jadi plan kita buat aktiviti berfaedah sikit..plan ukur mall ke apa plak

skang ni manjang ja hujan kan..dari sudut positifnya ok la tido malam sejuk ja x yah pakai ekon, jimat karan aku bulan ni tapi sudut negatifnya kat rumah ni malam-malam banyak sangat nyamuk longkang tu..yang bila nak tengah malam masa orang nak tido banyak je, maybe sebab air longkang asyik penuh kot senang dia membiak, masa lain longkang x dak air, tapi benci la aku dengan nyamuk tu, gatal oh kalau kena gigit
ni kalau hantar balik dekat whoopee agak-agak dia bagi pampers free dak? banyak peket gak ni dok support bisnes dia
selepas di susun-susun boleh kasik lagi kemas kot, ada lagi benda boleh dibuang atau bagi kat orang