Friday, June 18, 2010

1.Soalan pertama : adakah anda rasa anda hot?
hot? saya biasa2 saja ayat rendah diri

2.Soalan ke-dua: upload wallpaper yang anda guna sekarang.

3.Soalan ke-tiga : cerita pasal wallpaper tersebut.
gmbr ni ambik masa kat kuantan hari tu...suka gmbr ni sebab kami dah bertiga :)

4.Soalan ke-empat : bila kali terakhir anda makan pizza?
ntah..lama dah x p pizza hut

5.Soalan ke-lima : lagu paling latest anda dengar.
hit.fm online apa dia pasang saya dengar saja

6.Soalan ke-enam : apa yang anda buat selain menyelesaikan tag ini?
tengah bermonolog dalaman selain pening hal kerja yang x sudah

7.Soalan ke-tujuh : selain nama sendiri, anda dipanggil nama apa?
mama...pizet

8.Soalan ke-lapan : tag lagi lapan orang.
8?? banyak nya jap..
1.nabila
2.intan aka puterikurekure
3.cik maryam aka this is my tale
4.mieya aka meiya's bubbletalk
5.nana aka rahsia hatiku
6.cik aida comei
7.inaz aka sacred secret
8.miss lolly aka luvfareda

9.Soalan ke-sembilan : siapakah orang no. 1 kepada anda?
kawan masa sekolah menengah dulu..skang dah lama x berjumpa dalam belog je jumpa

10.Soalan ke-sepuluh : katakan sesuatu kepada orang no.5
erm... hepi2 selalu love to read your blog :)

11.Soalan ke-sebelas : no. 3 ada hubungan dengan sapa?
err entah nanti aku check gosip dia dengan sapa

12.Soalan ke-duabelas : bagaimana pula dengan no.4?
y kenapa dengan dia??

13.Soalan ke-tigabelas : pesanan kepada orang no.6
err hai :)

14.Soalan ke-empat belas : kata2 cinta untuk orang no. 2.
uihh x bley2 kontroversi satg

15.Soalan ke-lima belas : adakah no.7 dan no.8 mempunyai persamaan?
sama jantina...

16.Soalan ke-enambelas : berikan 5 perkara yang anda tawu tentang orang yang mengetag anda.
~love green~
~dah kwen~
~satu opis ngan aku~
~ada saga putih yang aku pangge kacang tu~
~my bff~

18.Soalan ke-lapanbelas : perasaan anda semasa buat tag ini.
sengal giler lah..kepala weng2 sebab tadi gatai p minum nescafe tarik...sedap tapi bahana diri sendirik

19.Soalan ke-sembilanbelas : adakah anda tau si razman itu sengal
razman who?

20. Soalan ke-duapuluh : gay or less?
aku normal x men arr layan sejantina ni...x dak feel

ok dah selamat buat tag yer korang :)

Thursday, June 17, 2010

cik "P"

awas entri ini sedikit kewanitaan...kalo x suka jangan terus baca

hari ni yakni pagi ni selepas setahun setengah aku bebas dari kena memakai pad akhirnya cik p datang menjengah...aku kira kategori nasib baik jugak sebab aku cuma sekali atau dua kali merasa period pain semenjak dari akil baligh sampai sekarang...kira cramp2 perut, rasa x larat, rasa sebu semua tu aku x penah rasa lagi alhamdulillah...dan aku jugak bukan jenis heavy punya...alah heavy yang bila period asyik nak bocor pastu selang 2,3 jam kena tukar...sebab ada member aku jenis ni kalau x tukar mesti bocor sampaikan aku yang bukan heavy ni penah la terfikir adakah dia pasang paip kat ctu sampaikan asyik kena tukar selalu gila jahat punya pemikiran

aku cuma sedar bangun pagi tadi rasa basah dan melekit2 dan bila tengok kaler merah...dan encik hubby yang mai tgk trus cakap...ehh darah...owh aku bab2 personal ni semua benda aku x malu ngan encik hubby...dia kan soulmate aku memang semua benda aku kongsi dengan dia...even hal2 perempuan pun aku tunjuk dan cerita kat dia...kata kongsi hidup kan...kan dia plak yang cam risau terlebih pastu asyik dok tanya "x sakit ker" "x pedih ker" "rasa macam mana period" "y x dak period pain pun" dan ayat last dia "patut la 2,3 hari ni manja terlebih ngan dia asyik nak berkepit ja" erm erm

time dapat tau aku period ni memang cam gelabah ckit la...ye lah x expect dia nak datang sebab my mom penah cakap kalau ikut baka dia bila breastfeeding, period akan menjengah selepas setahun tapi nak buat macam mana kan selepas syauqi lapan bulan dia dah nak menjengah sangat2...takut aku terlupa cara2 pakai pad kot...dan aku pagi tadi kena selongkar stor sebab nak cari pad kot2 ada simpan lagi kat stor...ye lah kan dah lama x period maka pad aku x simpan pun kat rumah...nasib aku baik sebab lepas selongkar aku jumpa 2 keping...kira boleh tahan sampai tengah hari sebelum pegi beli baru

sebelum ni aku penah gak terbaca kalau period ni prestasi susu macam merudum ckit dan memang pun merudum sebabnya dah 2,3 hari aku pam dapat separuh dari biasa...memang aku confuse dan gelabah ckit muka ja bajet cool macam x dak apa tapi dalam ati nih tapi tetap bersyukur...itulah rezeki syauqi tapi pagi ni dah 2 kali aku pam cuma dapat 3oz dan 4oz...uih biasa 2 kali dah 10oz makcik dah gelabah...huk huk bukan apa susu syauqi pam hari ni dan guna esok maka kalau x cukup aku memang x leh topup sebab stok memang yilek...nampaknya kena pam 4x hari ni...doakan aku kalau x kena tunggu hari minggu mengepam sambil berebut dengan syauqi sebab budak tu pantang nampak pam susu jeles kemain dia dengan pam tu....kelmarin pun dah selamat dia hempuk2 kat lantai...

tapi disebalik rasa gelabah sebab dah period tu aku tetap bersyukur sebab period ni tanda aku adalah satu yakni belum petanda nak mengandung lagi...hehe ye lah aku cam risau gak tengok member lain yang breastfeeding dah period tapi aku belum...dah la semenjak dua menjak ni asyik pening ja manjang...susu pun cam merudum ckit...trus cam terdetik takkan la aku mengandung lagi...biarpun dah ambik langkah berjaga2 tapi rasa risau tu tetap ada...aku bukan x nak lagi tapi rasa nak rehat kejap sampai aku habis belajar dulu...penat woo ulang alik g kelas pastu urus anak, rumah, hubby tba2 jadi superwoman

dan hari ni aku rasa cam kekok ckit...org dah lama x period memang rasa macam ni kot...feeling feeling macam budak baru akil baligh pastu first time pakai pad...rasa x selesa semacam...hmmm kena seminggu lak tu feeling macam ni...nasib la aku normal jangan tba2 dia mai sampai 15 hari udah lah...ada weh member aku dulu sampai aku rasa hormon dia memang bengong ckit kot, sampai dia kena makan ubat bg stabil balik...kalau x period dia macam x mo stop datang seminggu benti 2,3 hari pastu sambung lagi seminggu...kesian kat dia (owh member aku ni masih belum kawin lagi)

harap-harap 2,3 hari je kot susu aku merudum ni dan lepas ni ok balik kalau x kesian anak aku...lagi setahun 4 lagi journey dia untuk complete menyusu...harap2 aku berjaya la hendaknya..insyaallah

award A+ blog

Award kali ni datangnya dari cik puan eika..


1. What do you feel to know that you got this award..
uih bukan takat result ja boleh dapat a+, award pun ada yer

2. List down 7 blogs that deserve this award...
erm erm jap nak list

dasyworld
mama imaan
rose
kak syida
kak nizaa
fiszah aka makteh
cikpuan pearls

sila la ambik award x seberapa ni ye :)

Wednesday, June 16, 2010

hadiah kancilbiru.com

sebenarnya hadiah ni aku dapat masa hari ahad hari tu atau mungkin lagi awal sebab aku x dak kat rumah kat sp dari hari khamis smpi ahad bila balik rumah baru perasan ada surat kat peti pos...suka2

gambar surat aku x dan snap tapi sempat la buka tgk isi kat dalam pastu tinggal kat tepi tilam sebab masuk bilik air ambik wuduk nak solat dan hadiah tu tinggal dekat ngan awang tu dok men2 ngan papa dia...skali kau dah kuar dari bilik air dah jadi macam ni dan papa dia biarkan aje...x nak cakap byk biar gambar ja bercerita (untie nizaa jgn marah noo)



benda apakah ini mama...blh makan dak?



try geget tgk rasa apa...time ni memang sungguh2 geget dengan gigi 2 puntung tu



kereta terbang...vroom vroom
 

apapun makcik tetap hepi dapat keychain comel lote ni...encik hubby cam terkagum sementara dengan ayat dia "rajinnya kak nizaa buat sendiri" pastu aku spoilkan dengan kata"x la dia tempah kat blog lain dalam tenet gak"

sekiann...pizet melaporkan

footnote: bila la aku nak dapat hadiah lagi...makcik memang suka dapat hadiah ni...hehe

Tuesday, June 15, 2010

tag susu ibu

Tag ni dapat dari blog alkesah kehidupanku masa blogwalking. Macam best je nk buat and share.

tak kena tag pun tapi gatai nak buat hehe tgh rajin jawab tag ni kan kan


1.Apakah yang anda faham mengenai Penyusuan Susu Ibu?
penyusuan eksklusif yakni tak campur apa2...baby cuma minum susu ibu sahaja even air masak pun baby x minum...selepas 6 bulan boleh ditambah dengan bubur nasi sebagai makanan tambahan dan penyusuan yang lengkap adalah selama 2 tahun(moga aku berjaya la hendaknya)

2.Berapa lamakah anda menyusukan anak anda?
dari syauqi berumur 3 hari sehingga ke hari ni...alhamdulillah


3. Dimanakah anak anda dilahirkan ? Adakah di Hospital Rakan Bayi ? Apakah yang anda faham mengenai Hospital Rakan Bayi?
hospital rakan bayi ni adalah hospital yang support penyusuan susu ibu...syauqi lahir kat hospital sultanah bahiyah alor star...rasanya ni hospital rakan bayi la kot...x sure

4. Apa yang anda tahu mengenai 1 jam pertama selepas dilahirkan & "rooming in"?
rooming in adalah bayi diletakkan bersama ibu untuk mengajar cara menyusu dan meransang penyusuan susu ibu

5. Ceritakan pengalaman penyusuan anda dalam tempoh 3 hari selepas anda melahirkan bayi anda.
aku demam masa lahirkan syauqi dan sebaik lahir doktor cuma kasi cium dan tolak masuk nicu...memang x dak lansung rooming in ke paa ke...aku kat bilik sorang2(time ni femes h1n1) aku kena quarantin yer bilik x share dengan orang lain...aku try pam cuma berjaya dapat takat tutup bawah botol ja tapi still suh my mom bg gak kat anak...esok tu baru blh dukung anak sendiri try bg susu tapi nurse dah bg susu formula (ingat balik memang sedih) esok tu blh discharge dan balik try bg susu dia dah x pandai latching...pam dan bg thru sudu...penyusuan direct adalah berjaya pada hari ke5...hari2 sebelum tu semua guna sudu dan shringe...tapi biarpun guna sudu dan shringe tak sekali2 aku bg dia susu formula...dan sampai ke hari ni syauqi masih lagi minum susu ibu...alhamdulillah

6. Apakah cabaran yang anda lalui sepanjang tempoh penyusuan anda?
rasa sakit time awal2 menyusukan, mungkin salah latching x pun belum biasa
susu x cukup dan kena bgn malam untuk mengepam biarpun mata x buka tapi still pam dan pam...ku cuma guna pam manual saja :)

7. Dari manakah anda mengetahui mengenai Penyusuan Susu Ibu? Apakah sumber2 anda
dulu masa aku sebelum peknen saja search2 pasal barang bayi dan terjumpa pasal susuibu.com dan selepas baca baru tau pasal kepentingan susu ibu dan terfikir nak menyusukan anak sendiri dengan susu sendiri...nasib aku jumpa kalau x memang anak aku minum susu formula...memang susuibu.com byk membantu dan memberi ilmu pada aku tentang penyusuan susu ibu


8. Bagaimana pula sekiranya anda bekerja selepas habis tempoh berpantang? bagaimana anda menguruskan bekalan susu anak anda?
aku memang x dak stok untuk syauqi masa dalam pantang kerana masalah penyimpanan...aku buat stok pada 2 hari sebelum bekerja tapi biarpun macam tu dan aku sibuk ulang alik ke kelas dan sebagainya susu syauqi masih cukup untuk dia...alhamdulillah...

penyimpanan susu syauqi aku biasa kasi yang perah hari ni dan bg untuk esok maka susu x dak yang beku, biasa susun siap2 dalam botol cukup2 untuk sekali minum, x guna pun cooler bag sebab rumah pengasuh dekat jer ngan rumah, tapi susu ni last nak naik keta baru masuk dalam beg dan sampai rumah pengasuh trus bg yang ni dulu, pengasuh pun trus bawak masuk fridge dia

weekend plak sebab hari cuti x dak sesi pegepaman dan syauqi minum direct maka susu yang hari last bekerja aku bg beku dan malam sebelum keja aku letak sebelah bawah untuk bg cair dan esok bg kat rumah pengasuh susun siap2 untuk sekali minum

9. Kenapa anda menyusukan anak anda?
susu ibu adalah susu yang terbaik untuk anak...lagipun aku bukan jenis yang melayan budak2 dan susukan anak sendiri adalah salah satu cara untuk bonding dengan dia...dan memang takat ni dia memang rapat dengan aku...alhamdulillah

10. Adakah anda merasakan penyusuan itu sangat mudah? Mengapa?
susu ibu memang mudah sebab x payan bawak air panas, botol susu, lebih relaks tapi mudah atau x adalah terpulang pada individu...dugaan mental dan fizikal plak bg aku memang ada cuma hati ni kena kering buat x tau saja demi yang terbaik untuk anak :)

ok dah...ku x mo tag sapa2 sebab aku pun x kena tag tapi sendiri nak jawab

Monday, June 14, 2010

dasar spam

sila klik untuk tumbesaran

cam nyampah pun ada aku ngan spam ni...masa bila tah aku ada akaun maybank tah...nak wat tipu pun agak2 la wei...dah la eja understanding pun salah...ish ish