Thursday, June 18, 2009

sedih...huhu

apekah salah ku hari ini....br je rasa semangat nak clearkan mejaku y semak ngan berterabur ni...huhu tp last2 jd mcm ni huhu (sedey...)

pg2 (lepas buka website inedtu la kan) aku pun dengan semangat membara di hati mengupdate dan mendaftarkan mcfee yang dah di bg free dlm pc ni...siap isi itu ini...pastu restart...on je blk buka la folder untuk buat keje...skali timbul warning trojan durjana itu...aku x ambik point lg just ok kan jek....byk kali gak timbul...skali lepas ku telek2 n ku belek2....waaaa semua file y berstatus word dah di kuarantin....hukhuk nak restore blk pun dah x blh...sedeynya...dah inform it derang ckp nak ambik pc ni nak buat back up file...sedeynya...mcm mana ku nak buat bajet 2010 ni....date linenya 30hb ni...hukhuk...next week dah nak p merayap mana2 dah...jd blur jap...hukhuk

footnote:ai will be be gone this saturday ke shah alam (20&21 june) n to melaka (23-26 june)jalan2 makan angin...lalala

jadual kelas pjj ku...

well pg2 lg dah buka website ined ni sebab cik fatin mintak tolong printkan bil pelajar dia...ku pun br teringat 'oh aku pun x byr lg bil' hehe mcm mana la blum start pjj yuran pun malas nak byr dah ni...ayat mennegatifkan diri sendiri...haha





disebabkan ku dah buka website ined br ku perasan eh dah kuar dah jadual untuk kelas...rasa cam gemuruh plak....pulak masih lg kat fakulti lama n bukannya puncak alam...lg satu perkara y best sbb ku lg suka jalan othman tu dr puncak alam...hehe tp kalau dikira atas jangkaan awal ku ini cuma ada kelas untuk hari sabtu ja sepanjang program tu berlansung bg sesi julai ni...kalau btul blh dpt pengecualian kredit n masuk kelas untuk sesi hari sabtu ja sgtlah bgs...lalala tp ada satu tarikh tu jatuh pd 3&4 oktober...huhu harus ku x dpt pegi kelas time tu...(dah bersalin) nasib lah...btw sapa2 yang nak tgk jadual ni blh la p tgk kat cni semua jadual bg semua courses y bertaraf pjj ada kat cni tp untuk uitm ja la....bkn untuk course yang ku ambik je

Tuesday, June 16, 2009

nuffnang

dulu tgk org dpt duit dari nuffnang ni rasa mcm best gak...kunun kalau letak ads die ni leh dpt income tp pas berapa lama ku join nuffnang ni income ku cuma 0.25sen...apekah?? hbs tu macam mana org lain join blh dpt ribu2 cek...huhu rasa down je kejap...tp ku x putus asa sebab semangat kobar2 dalam diri ni nak dpt cek official dr nuffnang tu kan...hehe
this day terbaca kat blog damiaqish ni pasal nuffnang rasa cam telah mendapat cara2 untuk mendapat income...so dengan itu ku juga menyeru kengkawan ku sekalian yang turut mempunyai iklan nuffnang gak...marilah kita klik iklan sesama sendiri...hehe mana la tau kan nnt ada rezeki blh la dpt cek dr nuffang tu...
=>btw duit tu dia x update everday maybe 2 weeks time gak br di update so jgn rasa kecewa bila dah klik tp duit x naik2 gak...
=>klik bila time ada iklan je kalau iklan x naik x yah la klik ok...
=>lg satu setiap kali klik akan dpt 0.25 sen kalau x salah...kalau rajin2 kite mengklik blh la dpt lebih income...sama2 lah kite...

footnote: ayat terskema ckit...hehe

how to solve rubik's cube...

semalam my hubby yang suka sgt main rubik cube ni mintak ai tolong googlekan dekat cara2 untuk solve rubik cube ni...disebabkan line connection semalam agak slow nak tunggu gambar tibul penuh punya la lama...suspen je ka last2 bla dah full gambar tu jenuh gelak jek...haha tgk la gmbr ni...mudah je dlm 6 second dah siap 'settle' rubik's cube tu...haha

Monday, June 15, 2009

marilah bercucuk tanam...hehe


sambil2 dok baca paper online pagi2 ni terlihat satu berita yang agak menarik for me...well bukan org biasa je dok tanam pokok sekarang ni even ratu england pun bercucuk tanam gak...walaupun bukan dia sendiri yang tanam tp inisiatif dia tu blh la dipuji....hehe blh la menggalakkan lagi ai tanam pokok lg pasni...even telah dikhianati oleh anak jiran ai
...(sedih ingat2 balik pokok kaktus yang tinggal 2 pokok ja tu, nasib la mak kata dia nak tolong bela sampai ai pindah rumah baru nnt...hehe)

Ratu Elizabeth tanam sayur di halaman istana

LONDON - Ketua Negara Britain , Ratu Elizabeth II menanam sayuran dan buah-buahan di halaman kediaman rasmi baginda, Istana Buckingham di sini untuk julung kalinya sejak Perang Dunia Kedua, lapor sebuah akhbar semalam.

Projek perintis di kebun Istana itu mula membuahkan hasil apabila sayuran seperti bawang, kacang, tomato, salad, ubi kentang dan buah strawberi mula dikutip bagi kegunaan dapur diraja.

Semua tanaman itu dijaga sekumpulan tukang kebun berpengalaman dan ditanam mengikut susunan kemas dan teratur seperti batas ubi kentang yang bercorak separuh bulatan di satu plot berkeluasan sembilan meter panjang dan empat meter lebar.

Hasil tanaman tersebut cukup untuk memberi makan beberapa ratus kakitangan istana selain menjadi hidangan dalam jamuan-jamuan rasmi negara kelak.

Projek itu dilaksana selepas sebuah badan amal, Garden Organic mendermakan sejumlah biji benih sayur-sayuran dan buah-buahan bersejarah kepada pihak istana.

Seorang jurucakap badan berkenaan, Myles Bremner berkata, ia merupakan inisiatif Ratu Elizabeth II untuk menggalakkan orang ramai supaya bercucuk tanam bagi memenuhi keperluan isi rumah masing-masing.

"Adalah penting untuk lebih ramai rakyat Britain menanam produk organik tempatan atau bermusim untuk memulihkan keselamatan makanan, alam sekitar dan kesihatan," katanya. - Agensi

Kosmo




Sunday, June 14, 2009

kebaikan susu ibu


Susu badan lawan kanser bapa
SEORANG wanita dari Bristol sanggup mendermakan susu badannya kepada bapanya semata-mata untuk membantu orang tuanya itu melawan barah. Georgia Browne, 27, dilaporkan berbuat demikian lebih sebulan lalu.
Georgia memerah susu lebih selepas menyusukan bayi lelakinya sebelum dihantar ke rumah ibu bapanya di Wiltshire. Bapanya, Tim Browne, 67, kemudian mencampurkan susu itu dengan susu biasa untuk dijadikan sarapan pagi harian.
Hasilnya, imbasan terkini menunjukkan daya ketahanan lelaki itu semakin baik dan kanser yang dihidapinya sedang pulih. Georgia memberitahu, beliau mendapat idea unik itu setelah menonton sebuah dokumentari TV mengenai kebaikan susu badan.
"Keluarga saya berfikiran terbuka dan tidak berasa pelik dengan idea ini. Ibu dan suami saya menyokong biarpun pada awalnya kelihatan kelakar. Ayah juga sempat bergurau dengan beritahu rakan-rakannya," kata Georgia.
Dokumentari yang ditontonnya itu memaparkan pesakit kanser prostat dari Amerika Syarikat yang sembuh hasil meminum susu badan.Tertarik dengan idea tersebut, dia kemudian berbincang dengan bapanya. Tim didiagnosis menghidap barah pada Julai 2007 dan mengalami ketumbuhan berulang selepas pembedahan. Idea susu badan itu juga mendapat sokongan doktor Tim biarpun penyelidikan sebelum cuma membuktikan susu itu sesuai melawan kanser dihidapi kanak-kanak. - Agensi