Tuesday, December 2, 2014

istiadat konvokesyen ke 81

selepas 5 tahun punya perjalanan..pheww akhirnya proud to say aku dah grad..yeah dapat jugak merasa satu skroll ijazah selepas berulang-alik ke puncak alam..anak pun dah dua...nasib belum rezeki kalau tidak jadi 3...hehe
majlisnya 23hb november 2014 lepas yakni hari ahad..cuma x berapa nak best sebab sidang petang..agak kelam kabut nak checkout, nak siap2 then ambil gambar studio pun x sempat..tapi saya boleh berbangga dengan berkata dah tamat dah perjalanan pjj untuk degree uitm..berdoa supaya dimurahkan rezeki untuk ke level lebih tinggi ^_^
Konvo dekat Dewan Tuanku Agong Canselor (DATC) dewan besar yang buatkan aku sesat sepanjang hari, dari mula turun bas, nak cari tempat beratur, famili aku nak cari tempat lepak pun x jumpa, difahamkan sidang petang tu saja 1000++ jugak yang konvo..
kami yang dah grad..hee gambar dalam suasana gelap sebab dorang dah tutup lampu..gigih gak nak ambik gambar lam dewan
gambar sehari sebelum konvo..outdoor konon-kononnya

lama sangat tunggu nak masuk dewan..then pakat bergambar dulu...hihi





dearie lecturers.. ^_^



keluar dewan cari tempat nak turun pun sesat gak...haha anak pun dah penat kot dah mula meragam, cari tempat nak pulangkan jubah pun puas tanya guard..nasib la x kena tinggal bas...

pengalaman kalau sapa konvo sidang petang ni pegi la awal kalau nak ambik gambar studio tak pun ambik sehari ke seminggu sebelum...gambar pun lebih cun kan kan

tapi secara puas hati nya boleh kata yee saya dah konvo ^_^

next step????

Monday, July 15, 2013

diari ramadhan

lamanya tak menjengah rumah ni..dah terabai dah...huhu sibuk dengan final exam habis paper last pun ngam-ngam dengan esoknya berpuasa...huhu kira nak wish selamat berpuasa still aci lagi x?? haha

hari pertama berpuasa menu biasa biasa saja..nasi putih, ayam  sambal dengan sayur plus agar-agar yang tak menjadi..huhu besoknya gigih beli lagi agar-agar buat lain..padahal agar-agar sirap ros je pun..haha azam kali ni nak kurangkan beli lauk dekat bazar..lebih pada nak try menu baru

rasanya mikir menu nak memasak lagi penat dari memasak kot, setakat ni menu dah test nasi nenas, nasi ayab dengan nasi beriani ekpress (guna rempah kari ayam ja, tapi syaza makan siap tambah 4 kali berbaloi-baloi) berangan nak try buat kuih lapis tapi dok lam angan angan lagilah...kalau nak cepat kena p tunjuk-tunjuk kat bazar sure jadi punya..hehe tapi kalau p bazar tu almaklumlah segalanya nampak sedap..lari bajet sebulan satgi, makan tak tera mana sangat pun

tahun ni save lagi bajet membeli kurma sebab dapat satu kotak free dari ofis encik hubby dan dua kotak dari ofis aku...satu botol besar kordial sunquick..rezeki la jugak, selain dari ofis encik hubby mesti bagi bubuk lambuk, lauk free setiap hari bekerja mesti dapat punya..Alhamdulillah jugak ^_^


sila maklum gambar takdak kaitan dengan entri ye..hihi dua budak melasak lepas recharge energy...sibling moment yang kadang suka melayan kadang tu naik tensen jugak melayan ^_^

Wednesday, June 5, 2013

dasar..

lepas brapa lama menunggu ni untuk dapat hasil bunga matahari yang cun melecun ni...lama kot, ni pun baru gaya nak kembang tapi tuan dia dah tak sabar terus snap kasi upload dalam alam maya...haha padahal baru gaya nak tunjuk kembang dia...dah la penuh semut keliling bunga tu dengan haiwan apa ntah warna putih kecik tu...esok nak spray ridsect la..agak-agak mati tak benda putih tu?

encik hubby bleh plak buat lawak
hubby: pastu dah kutip matahari blum?
me: blum lagi la
hubby: y x kutip?
me: ye lah sok kutip, pastu boleh tanam pokok kacang plak pastu upgrade, pastu tanam pokok api depan pokok kacang..

dasar laki bini gila main game...haha semangat plant vs zombies tak habis-habis lagi

Saturday, May 11, 2013

sakit mental katanya

ni terbaca entri blog kak nizaa semalam katanya sapa yang upload gambar makanan dikatanya sakit mental kau...ish! ish! biarpun kemudiannya ada orang upload artikel lainnya yang kata sebenarnya masalah kesihatan tapi macam agak menyinggung perasaan orang kot dikatanya sakit mental tu...hukhuk 

tapi macam mana pun nak jugak daku mengupload gambar makanan jugak...muahaha lama kot aku mencari menu ni, dari masa pregnant kat syaza, kalau meleleh air liur pun dah pandai lap sendiri kot...haha

menu semalam, nasi itik di restoran mohd chan meru, klang...dulu p nak makan itik dah habis, pastu tiap kali teringin nak makan masa datang kelas mesti x buka, time x teringin dia buka la plak, semalam kebetulan baru sampai dan hotel kami duduk memang dekat dengan restoran ni...puas hati dapat makan, x dak dah kot masuk lam mimpi lepas ni..haha

biarpun sepinggan rm7.70 tetap puas hati...walau dikata sakit mental upload gambar makanan still x kira nak upload jugak! haha

Wednesday, May 8, 2013

pru 13

dah brapa hari kot lepas, keputusan pun dah umum cuma aku ja tak brapa sempat nak bercerita apapun...hukhuk nak kata sibuk tu ya la kot, pru dah sudah hidup kena diteruskan, kembali kepada kehidupan asal dimana, berkerja, belajar, berkeluarga, dan ya hidup..huhu

tapi letih bahana dari bertugas yang sehari setengah tu sisa dia masih lagi terasa, kepala masih lagi tingtong effect dari hari tu, letih melampau kot

mula dengan malam 3hb balik kampung hantar kekanak duduk dengan tok depa, tengah hari plan nak bertolak balik sp sebab nak kena check peti, lunch tu masak lauk cendawan goreng, ayam masak kicap dengan salad sayur..oh ni bukan sesi nak cerita menu lunch yer kengkawan...tapi cendawan yang durjana tu lah...huhu telah menghuru-harakan hidup kami sekejap

sampai dewan untuk check peti mengundi dah lewat petang, mula dengan kakakku mengadu nak muntah, lepas tu encik hubby jugak, sorang kerani no1, sorang kerani no 2...pastu pakat dok ulang pegi muntah sampai muka dah pucat, maka daku kena check peti sengsorang...sambil dok fikir apa nak buat ni...nak check cepat-cepat risau kalau ada peralatan terkurang esoknya, huhu dah siap check peti pegi cari air kelapa katanya untuk natural remedies kalau termakan atau terminum racun.

tu pun sepanjang jalan dua-dua dok ulang muntah, nasib baik jugak kedai yang dituju tu bukak dan ada air kelapa...siap bawak gelas pegi kereta sebab dua-dua dah lembik dalam kereta, cadang nak pegi klinik tapi masa tu dah maghrib risau kalau pegi time tu doktor tak ada...balik dulu rumah

malamnya sebab risau esok kelam kabut sempat la p pasang poster dengan susun meja sorang-sorang..huhu ok ada la kawan tapi saluran lain di seberang sana, takut pun tolak tepi time tu...kalut-kalut pasang, mata memang tak tengok dah kiri kanan risau ada benda terbang satg..huhu buat rekod kot 30 minit pasang poster dengan susun meja

balik rumah tengok dua-dua masih teruk lagi muntah-muntah, bawak pegi klinik kena cucuk sorang sedas...ni momen yang kelakar jugak bila diingat sebab doktor tu cucuk sangat tidak berbelas kasihan...effect sakit kena cucuk lagi lebih dari effect sakit asal kot, masa tu siap kot member pembantu spr kot tanya kalau nak ambik bidan terjun kerani spr ganti orang sakit ni macam mana, time ni kakak kata dia macam ok sikit, encik hubby paling teruk sebab makan paling banyak

balik untuk rehat sekejap, tapi dengan mesej spr selang sejam...tido memang tak lena...huhu bangun jam 5.15 untuk siap-siap nak pegi ambik peti, masa tu encik hubby kata dia macam dah ok, Alhamdulillah, memang rasa lega sikit biarpun hati memang nervous sebenarnya nak bertugas hari tu..takut sangat kalau ada buat salah

Alhamdulillah jugak kali ni sampai balik ke sekolah jam 6.45 dan buat last minit preparation, seal peti jam 7.30, mula buka saluran mengundi jam 8.00 tepat, ejen yang diharap hadir 6 orang sebab calon bebas ada 3 cuma hadir 3 orang...jam 9 orang dah makin ramai siap beratur makin panjang...time ni ada la menggelabah jugak, tapi lepas bagi kerani sorang-sorang makan pastu mulakan proses 2 pengundi serentak...ejen adalah memahami...nasib baik jugak

masuk jam 2 orang dah makin kurang, sampai jam 5 kot, time ni dah pakat lawan tengok memasing, siap boleh buat lawak dengan ejen, dan jam 5 tepat tutup tempat mengundi...kira undi adalah lambat jam 5.30 baru mula...kali ni habis mengira undi memang lambat jam 9 baru sudah mengira...siap gilir-gilir keluar solat, muka ejen yang dari pagi segak bergaya time kira undi tu dah macam orang mati bini pun ada jugak tengoknya

hantar peti ke dewan sambil diiringi oleh moto peraih undi yang sangat mengganggu...huhu dah la hujan lebat, cermin jadi silau tambah pulak lampu moto tu dekat sangat dengan kereta, nervous lagi bawak pakcik polis kat sebelah...gamaknya depa ingat kami nak larikan tong peti undi kot? tolonglah tak dak masa okeh! tapi merasa la lalu jalan spesial yang hari biasa x boleh lalu, ada car jockey tolong parkingkan kereta untuk kami 

sampai kat dewan kena beratur sorang-sorang untuk bagi result pada pegawai pengurus...time ni memang dah energy dihujung-hujung dah...macam nak terbalik kebelakang pun ada sebab letih, tapi sambil berfikir tak apa nak habis dah..huhu habis tu memang balik terus, mata pun kelabu asap dah time tu, semua objek adalah kembang, sempat la tengok result pemenang brapa tempat tah sebelum tak sedar apa-apa

tapi biarpun penat, rasanya kalau dibagi lagi peluang untuk petugas spr akan datang still lagi nak kot sebab pengalaman yang sangat best, mencabar dan berharga...moga sempat lagi berjumpa dengan pru akan datang ^_^

Friday, May 3, 2013

menunggu hari

as-salam,
dah tak lama dah kan nak menjelma 5 hb tu...hukhuk hari untuk mengundi, moga anda-anda semua memilih pilihan yang terbaik hendaknya...makin gabra pulak daku nak bertugas untuk 5hb nanti, harap-harapnya tiada apa-apa kekecohan yang berlaku nanti..moga perjalanan pengundian nanti berjalan lancar..

hari ni nak mengemas rumah dulu sebelum balik kampung sekejap hantar kanak-kanak ni untuk duduk dengan tok depa...rumah pun dah bersepah dua tiga hari ni, mak depa plak malas ja manjang...huhu apa la nak jadi kan, x adakah teknologi yang boleh bantu lipat kain baju eh? sangat-sangat membantu di masa ini

ni plak menu makan malam semalam..awalnya upah oreo dulu sorang satu, dok makan beria dah maka bleh masak makan malam lambat sikit...perap ayam dulu, rebus makaroni dan goreng, sambil tu masuk ayam dalam oven, rebus brokoli dah siap...sebenarnya masa dok tunggu ayam bakar tu, letak makaroni dulu dekat meja makan, tengok kanak-kanak diam ja dekat depan rupanya dok makan dari dalam mangkuk tu...sabar ja la...kali ni masak memang habis semua, syauqi dengan syaza siap tambah menambah lagi...suka-suka

menu semalam, ayam bakar, makaroni goreng, brokoli rebus..presentation memang boleh menggoda kan, kan padahal brokoli tu tetap rasa sayurnya..hukhuk

daku dah selesai mengundi pos kemarin...ambik surat, buka, isi saksi dan pos semula...undi saya adalah rahsia ^_^ harap korang pun selamatlah mengundi jugak lusa nanti