Thursday, July 12, 2012

rehat sebentar

dalam perjalanan ke kl, singgah sat dekat restoran jejantas sungai buloh ni untuk makan-makan

percaya tak sepanjang dok travel biarpun untuk pegi kelas ataupun apa-apa urusan ni la first time singgah kat sini sebab kebiasaan selalunya singgah dekat RNR tapah x pun bukit gantang...

lunch KFC kita tengah hari ni yer..jemput-jemput

Wednesday, July 11, 2012

selamat bertunang

ni dah berhari baru nak upload cerita...ampun huhu dah ambik gambar tapi peram, gamaknya kalau leh buat pekasam tu mesti dah ok dah...haha

bertunang selepas brapa tahun berkawan dan lansung mungkin ujung tahun ni...aku jadi tukang makan dengan menyibuk je la...makanan diprepare oleh katering, pelamin pakej tempah dengan baju dan andaman, mudah ja zaman la ni kan
x leh rotate dah gambar ni...yang menengok jangan teleng sudah la ye
ni kerja anak teruna aku dikala orang tengah sibuk dalam rumah, dia sibuk bergusti dekat luar...ni ja kot setakat ni member boleh main dengan dia...anak jiran pun dah boikot x mau main dengan dia sebab kasar sangat...tapi makin hari dah makin mendengar kata...Alhamdulillah
mak dara pun nak interpreme jugak... :) 
sepupu yang sebaya dengan pizet cuma berbeza bulan...dulu zaman sekolah rendah darjah 1-6 sekelas, sentiasa ada untuk jaga dia dari kena buli, sekolah menengah dah lain kelas tapi satu sekolah lagi, tiap-tiap hari pegi sekolah sama-sama, sama-sama tunggu bas, lepas tingkatan 5 dia dah masuk alam pekerjaan, pizet plak sambung lagi belajar dan sekarang dua-dua berkerja di daerah sama cuma tempat kerja ja x sama :) 

doakan jodoh diorang ni...harap-harap sampai la ke anak cucu

p/s: esok nak ke kl, berkursus 3 hari dekat hotel legend
updated: bukan legend rupanya tapi regency

Tuesday, July 10, 2012

cuti semester

walau cuti semester x serupa orang tapi still la rasa excited tu ada...haha dalam kepala otak berangan x agak-agak macam-macam agenda ada

pastu suarakan dekat encik hubby yang masa tu dok sidai baju kat depan rumah "mama dah cuti sem ni, bagi cadangan sikit nak buat apa" dia kata aku mengada...ciss x sedar diri lagi sambung lagi cerita "kalau beli kain jahit baju ok x?" x dilayan.. "kalau cat rumah nak x?" haa kau x melampau ke cita-cita...haha pun dia kata aku mengada-ngada

ok dah sentap ni senyap je la...huhu toksah la dok berangan x agak-agak tu lagi...huhu

nak tengah malam sikit, aku melayan game dekat ipad, encik hubby melayan game dekat laptop *kami kan pemain game tegar* tiba-tiba encik hubby tanya "nak letak warna apa kalau buh cat rumah?" siap google lagi deko-deko, tengok room make over, masuk website kedai cat, campur-campur kaler semua

haaa kau sekarang ni sapa yang lagi over? cakap!!

ofisku



as-salam, hari ni nak bercerita pasal pejabat pizet...kalau dicongak-congak secara kasar dah nak masuk 5 tahun dah pizet keja dekat ofis ni...Alhamdulillah kejap ja masa tu bergerak kan...dulu masa nak apply keja kat sini adalah melalui interview...dapat tau dari paper masa cuti merdeka, then dah nak dekat tarikh tutup dah, gigih ni isi dan post guna post ekspress sebab masa tu masih lagi bekerja dekat majlis perbandaran klang, tapi dekat klang keja kontrak dan dekat sini offer keja tetap

dan memang rezeki kot bulan 1 dapat offer keja tapi mintak postpone sebab kena notis sebulan gaji kalau nak berenti, bulan 2 lapor diri dekat sini dan sampai sekarang dah menetap la kot di sini...hihi rumah pun sudah beli ,makanya mungkin sampai pencen kot dekat sini

dulu masa interview ydp masa tu ada tanya "kenapa awak mintak kerja dekat sini?", dengan penuh konfiden menjawab "sebab saya nak balik kedah"..haha "kalau offer rendah dari sekarang awak terima ka?" "ya! sebab saya nak balik kedah" selain dari ydp tu tanya boleh x cakap siam sebab pizet orang kuala nerang..haha pengalaman interview yang akan dikenang kot sebab sebelum  tu interview yang x macam interview *dah keluar dari bilik interview baru tau yang itu adalah ydp*
masa mula-mula datang sungai petani, sebab sebelum tu memang x penah jejak sini biarpun dalam negeri kedah jugak, pizet adalah sesat...haha bangunan sp plaza ni pun x kenal...tapi sekarang ni boleh dah kenal shortcut semua...hihi
kalau ofis orang lain mungkin bangunan sendiri tapi ofisku ini share sekali dengan shopping complex, dulu rasa macam x glamour la x dak bangunan sendiri tapi lama-lama rasa seronok sebab banyak jugak kemudahan duduk dalam shopping complex ni...masa rehat boleh pegi beli barang-barang keperluan, boleh window shopping, boleh beli baju anak, kalau sales boleh pilih-pilih mana berkenan, esok pegi tengok lagi...dah jadi kebiasaan waktu rehat masuk the store bawah ni beli macam-macam

dan kalau ditakdirkan pindah x lama lagi mungkin kebiasaan tu akan dirindui, biarpun duduk sini ada musim-musim dia sangat susah nak cari parking, orang yang ramai tapi bak kata orang 'alah bisa tegal biasa'

harap-harap dipejabat baru akan memberi pengalaman dan suasana kerja baru dan penuh harapan jugak lebih baik :)

p/s: gambar adalah ihsan encik google

Monday, July 9, 2012

bagi susu badan pada anak itu rajin?

ni masa time rutin biasa mengepam di surau...ramai la yang akan komen macam-macam, yang bercerita pengalaman sendiri, yang bertanya pasal penyusuan, yang bagi komen sendiri, yang macam-macam lagilah
tapi antara ramai tu satu point dari kakak ni yang kemain lagi bila dia kata "rajinnya bagi anak susu badan" bagi aku bila dia cakap macam tu sebenarnya nampak sangat kurang pengetahuan dia berkenaan breastfeeding...x pa yang salah kita betulkan..mana yang kita tau x rugi kita berkongsi...nak ikut pendapat tu amatlah dialu-alukan, x mau ikut plak tu hak individu

jawab aku mudah ja, "aku malas sebab tu aku bagi anak aku susu badan" aci ka aku jawab lagu tu?

point aku mudah ja, 1. aku x rajin nak bangun malam-malam untuk bancuh susu bagi dekat anak, ni aku dah rasa masa mula-mula nak bancuh susu dekat syauqi malam-malam, kena jegilkan bijik mata yang mengantuk sebab nak tengok sukatan air panas dengan air sejuk...haha till now keja tu banyak encik hubby yang buat, berbeza dengan bagi susu badan...anak bunyi suakan ja, sambung tido zzzz

2. bila berjalan nak prepare banyak barang, thermos, botol susu, bekas isi susu formula, air sejuk...berbeza dengan susu badan, bawak diri dengan anak plus shawl ke nursing cover, x pun kalau ada nursing room masuk ja situ bagi susu

maka aku berpendapat orang yang bagi anak susu formula ni lagi rajin kot...bangun malam-malam bancuh susu untuk anak, pastu kena bawak banyak barang bila nak g memana, tiap bulan usha mana shopping complex offer susu harga murah

biarpun aku masih lagi menyusu badan tapi lagi sorang tu adalah susu formula *sigh* maka selagi dia masih lagi mahu menyusu formula maka tetap la kena prepare benda-benda tadi tu...redha je la nak membesarkan anak, cumanya malam-malam tetap aku ngelat bangun bancuh susu...

err...encik hubby tumpang lalu...hihi

Sunday, July 8, 2012

syauqi milestone 2tahun 10bulan

x lama dah nak masuk 3 tahun rupanya...huhu cepat plak rasa budak ni membesar..bila tengok gambar masa lahirkan dia dulu lagi la mak dia syahdu lebih *tiba-tiba rasa diri ini sudah tua...huhu 

 perkembangan syauqi yang bagi aku dah mengagumkan aku setakat usia dia ni:
1. sudah boleh disuruh tido sendiri...kira berjaya jugak la sleep training dia...biarpun masih lagi di bilik yang sama tapi setiap malam kanak-kanak ni tido awal dari mak pak depa dalam sekitar pukul 9 lebih..mak pak kul 10 keatas baru cari bantal...dan tido adalah straight tanpa susu atau air masak dalam botol...dalam pukul 6 lebih baru mintak susu

2. sudah tidak lagi berpampers...dah boleh cakap nak kencing di toilet atau berak di jamban...ada la terbabas kadang-kadang tapi kira tahap sekarang adalah bagus untuk dia...malam setakat ni x pulak bangun mintak nak ke toilet...bangun pukul 7 baru pegi toilet

3. cakap masih lagi pelat tapi mulut tu potpet dalam bahasa dia macam-macam hal...jawab pun pandai jugak..kadang tu boleh kagum dengan apa yang dia cakap

4. bab main game atau benda-benda teknologi ni memang cepat ja cekap...budak zaman moden kot...even sudoku dalam ipad tu boleh dok main dengan khusyuk

bab melasak tu masih lagi macam biasa atau lebih lagi...hat ni normal kot nama pun anak jantan kan...kadang tu penat dah nak marah...

makan dah kurang memilih macam dulu...sekarang ni kalau disuap makan ja semua, kalau makan sendiri mesti sayur tolak tepi..kalau ayam pun pilih cara dimasak baru nak makan kalau kena dengan selera

lain-lain perkembangan rasa masih lagi normal kot...sesuai la budak umur 2 tahun lebih ni...budak yang dulu nak tido kena diusung naik kereta, pasang aircond tapi sekarang dah behave selimut selubung satu badan...hihi 

p/s: lagi 2 bulan boleh la buat makan-makan lagi sempena orang dah cukup 3 tahun...hihi