Friday, July 6, 2012

selesai sudah

aktiviti hari ini yang konon supermak tadi..haha pegi tukar lampu depan kereta dengan kos rm12 jenama bosch..nasib baik jugak kedai aksesori tu buka awal, pukul 9.30 aku dah kat depan kedai dia...dia nak semayang pun x dan..haha

then pegi isi minyak kereta on the way sebelum pegi pasar, singgah pasar untuk beli barang basah...tu pun terkejar-kejar sebab x mau singgah lama-lama, balik singgah kedai depan rumah untuk upah kanak-kanak dengan nutrigen plus beli paper hari ni...ok la lepas ni boleh lagi keluar bertiga dengan syarat tempoh pegi dan balik tu x lama..kalau x ada la adegan tarik-tarik tudung mak dia sebab bosan duduk dalam kereta, abang membuli si adik, lompat-lompat dari depan ke belakang dan macam-macam lagi la

last-last ipad sudah diconquer oleh si anak...si mak update blog guna laptop je la...tapi line laptop lagi stabil kot dari ipad...

p/s: korang lunch apa hari ni...masih blur nak masak apa untuk orang lain yang x posa ni...huhu

aktiviti hari ni

feeling macam supermak hari ni, nak pegi pasar dengan ganti lampu kereta plus isi minyak dengan kanak-kanak, bila en hubby tanya boleh ka? konfiden ni jawab boleh...haha kita tunggu dan lihat berjaya ke tidak

gambar pokok dengan pewangi tu hasil window shopping lepas habis exam hari tu...bajet nak beli pokok letak dalam bilik air ja tapi time membayar sampai rm60 lebih...haha kan dah takut nak claim balik

harap-harap umur panjang la pokok ni duduk dalam bilik air tu..bilik air tengah x boleh nak letak..satg umur x sampai sehari pun kanak-kanak jagakan

Thursday, July 5, 2012

kerja

dah cuti berhari-hari ni sedikit blur... haha hari ni operasi membuang spekear burung walit dengan harapan selesai la masalah

Monday, July 2, 2012

di pejabat baru

hari ini seperti tahun-tahun lepas ada aktiviti ulang tahun mpspk cuma berbeza adalah buat dekat pejabat baru...

bak kata ydp dewan yang besar,ye memang sangat besar dan cantik

rasa x sabar plak nak masuk pejabat baru...haha cuma nak mengemas tu alahai...huhu jangan pindah masa bulan posa sudah la

Sunday, July 1, 2012

poligami

dekat sekeliling aku sama ada kebetulan ataupun memang nasib mesti terjumpa dengan orang-orang yang ramai isteri ni

contoh paling dekat adalah dekat arwah tokwan aku sendiri kawen banyak sebab dalam kiraan aku la isteri dia kawen cerai ada dalam 8 orang tu yang diketahui la, dekat ofis plak bos yang bilik sebelah aku tu, status isteri semasa adalah 3 orang

pastu bila dah menjadi isteri orang ni ayat kawen lagi satu tu memang sangat-sangat sensitif, nak plak bila en hubby suka sangat melawak "haa boleh la macam tu lagi sorang" x pun "boleh la yang baru" lepas tu mula ketam batu berjalan kan

biarpun niat dia tu aku tau cuma nak melawak tetap x boleh aku terima...huhu memang boleh buat gaduh la

macam mana pun x rela aku kongsi laki ni, tetap x mau dan tidak boleh

p/s: ada ka pompuan rela share laki ni?

Saturday, June 30, 2012

satu sudah satu lagi on the way

pagi tadi dah selesai jawab satu paper, hari rabu ni plak lagi satu paper....belajar x seberapa tapi semangat nak cuti semester tu lebih...haha biarpun cuti semester cuma lebih relaks sebab x payah baca buku tapi pegi keja macam biasa tapi tetap excited nak cuti sem ni..haha

harap-harap paper hari rabu ni boleh jawab macam hari ni jugak, baru la x rasa macam nak hantuk kepala dekat meja exam dekat dalam dewan, x pun jadi hisreria jerit-jerit lari keluar dewan sebab soalan spot x naik dalam soalan betul...haha

dah dah sambung lagi study paper kedua...biochemistry for environmental health