Thursday, June 28, 2012

study week?

kalau orang yang study full time mungkin dah lepas kot study week ni...sebab kalau ikut jadual exam final dah pun bermula hari rabu hari tu, tapi untuk aku yang separuh masa ni mula sabtu ni, kira hari ni baru nak berstudy week

dengan lafaz bismillah, harap-harap akan ingat la apa yang patut diingat, . doakan daku dapat jawab ya sabtu ni, semester ni cuma ambil 3 paper ja. tapi biarpun 3 paper pun dah rasa kucar-kacir hidup... harap-harap tercapai la target nak naikkan lagi pointer untuk semester ni...mahu grad dengan result yang lebih cantik, insyaAllah

meja turun temurun ni dari semester 2 dok guna meja ni bila study...jugak tempat syauqi memanjat bila mak dia alpa
p/s: kursus bahasa melayu sudah tamat, ada kesilapan ejaan dak dalam post aku yang campur aduk bahasa ni? haha

Wednesday, June 27, 2012

hari ke2 berkursus

tajuk yang best, penceramah yang ceria... boleh disuggestkan untuk dihadiri oleh orang lain jugak

berkongsi antara kesalahan tatabahasa yang sering terjumpa dekat mana-mana
kedai makan= kedai makanan
tahun baru cina= tahun baharu cina
koay tiow= kuetiau
bihun= mihun
kolam memancing= kolam pancing
zon merokok= zon rokok
acara merentas desa= acara rentas desa
pusat membeli belah= pusat beli belah
ditegah meludah= ditegah ludah

info baru la kot untuk aku yang x penah tau... nasib la dah ambik spm, kalau x bungkus aku macam ni.. hehe

p/s:penceramah dari munsyi dewan bahasa

Tuesday, June 26, 2012

2 menu

satu untuk kanak-kanak satu lagi untuk makpak depa...

habiskan doh piza yang buat kemarin, mi pulak sebab kanak-kanak adalah kurang makan bila mengadap piza

kursus bahasa melayu

3 hari ni kursus...lepas ni terer la buat memo dengan surat-surat rasmi...memo pun lepas ni ayat-ayat metafora la

bila orang hantar berkursus macam ni macam lebih relaks sebab bukan kursus biasa-biasa dok masuk

Monday, June 25, 2012

pizza homemade

first trial ni....topping ikut sesedap rasa...base pun sesedap rasa jugak...hihi

hujan rahmat

lama ni tunggu hujan....selain dari jerebu tu tapi memang rasa macam dekat 2 minggu jugak area rumah aku ni hujan x turun, pokok pun macam makin kuning

si anak dara tu kemain lagi eksaited tengok hujan...brapa kali panggil baru nak pusing, masih lagi selsema anak dara ni..dah 2 hari hidung berair ja