Wednesday, June 6, 2012

wondering...

on:
1. esok sudah mau ke kota bharu 3 hari 2 malam di sana...penuh harapan moga kali ni syaza boleh duduk dengan pengasuh dia selama tempoh tu...penuh harapan jugak moga susu syaza adalah cukup selama aku berpergian...syaza jangan notty2 ok..jangan mintak ibu selak baju plak sebab nak nenen tau

2. esok dari jam 9-5 petang kawasan rumah aku adalah x dak karan..blackout sebab kerja-kerja tnb...petang ni nak kena beli stock ice cube byk2 nak letak atas susu dalam freezer dengan harapan sampai ke pukul 5 susu adalah menten terpelihara...biarpun potensi nak buka peti ais adalah kurang sebab aku x ada dirumah dan encik hubby bekerja tapi rasa risau tetap ada

3. syauqi sepanjang peninggalan akan duduk di rumah pengasuh siang hari, malam dengan super daddy dia..haha sebab dah besar sikit syauqi kurang sikit risau aku..cuma harap dia dapat tido on time macam selalu..dan jugak x notty dan banyak sepahkan rumah

4. brapa botol susu suppose aku bawak ek since 3hari2mlm ni...dah dua hari kira masih x ok...silap-silap sat lagi aku bawak liner ja bagi banyak...huhu

5. eh nak pegi 3 hari 2 malam ja kan dah macam nak pegi berbulan-bulan...huhu dah jadi mak-mak ni mesti berfikir akan anak sebelum berfikir pasal diri sendiri...huhu duduk sorang-sorang untuk masa bagi diri sendiri pun masih teringat akan anak..huhu encik hubby??? tu nombor brapa plak? abis diri sendiri??

Tuesday, June 5, 2012

dugaan sakit

selepas brapa lama x jatuh sakit kemarin satu hari aku cuma mampu tido, bangun sekejap untuk makan, mandi, pam susu dan sambung balik tido...tu pun kemain lagi berdenyut-denyut kepala..agaknya sebab hari sebelum tu tido x cukup, travel pegi kelas, balik kena tempuh traffic jem yang hebat dekat highway dari tapah ke alor star, makan lambat...balik sampai rumah dah sengal-sengal badan..bangun plak pukul 5 pagi berkemas nak balik sungai petani...hasilnya kemarin tido jela keja aku...encik hubby balik pukul 4.30 lebih ajak pegi klinik tapi dah malas nak keluar dari rumah...telan active fast 2 bijik trus berpeluh-peluh...kalau x rasa seram-sejuk ja satu badan...

hari ni ada lagi sisa-sisa sakit kot..mulut pun still rasa kebas, cakap pun ada ja salah...nak sebut sejuk jadi panas, nak taip lama jadi mala...hehe ni kalau entri ni ada salah ayat tu nasib la...hasil tuaian pun cam merudum jugak kemarin sebab x sihat kot..total cuma 9oz..huhu dah la tengah giat nak kumpul stok sebab wiken ni nak ke kota bharu 3 hari untuk berkursus...stok baru 10 ketul...kena at least 16 ketul jugak untuk 3 hari 2 malam ni..harap-harap syaza ok la duduk dengan pengasuh dia nanti

2-3 minggu ni mood berkerja jugak x berapa nak best bila ada persatuan ngo yang kacau kerja-kerja rutin ni..huhu moga diberi lebih kesabaran dalam menempuh hari-hari mendatang...dugaan yang moga member lebih mudah kerja dihari-hari mendatang...moga lebih memberi pengajaran dan pengalaman hendaknya...bos aku kata: glemer la dah masuk paper...ye la tu huhu

Friday, June 1, 2012

my kids

ustaz syauqi dan ustazah syaza...kih kih kih

Thursday, May 31, 2012

sakit hati

rasa mahu marah sangat-sangat tapi tak pandai nak gunakan bahasa kasar-kasar so bila call untuk tanya hal ni masih lagi guna bahasa sopan-sopan...

aku order ipad2 wifi+3G pada 10 may 2012...excited ni nak leburkan duit untuk beli gadget ni..dengan harapan berguna la untuk sefamili...tapi entah kat mana silapnya till today ipad tu hanya dalam mimpi kot...

order-10hb
confirm order-15hb ok ni salah aku kot sebab x submit email dekat depa kata dah byr..
dia balas kata ok dah dalam proses
17hb5 call dia kata order dah confirmed tapi barang adalah out of stock
22hb call dia kata barang tu dah post dan petang aku dapat..time ni seronok okeh tapi....

masa dok godek-godek tu barang adalah salah send tu cuma WIFI ONLY...aku hantar balik dan sampai hari ni barang still lagi x sampai-sampai...dok pending kat mana memang aku x faham...alasan out of stock tu memang x masuk akal..kalau dah out of stock kenapa masa orang order tu tulis in stock..x pandai kira stock kah?

mesti korang tertanya-tanya why x beli kat luar ja..aku pegi dah kedai barang tu kat kedai x ada..bila tengok kat web ni tulis in stock..maka gigih la beli kan skali jadi macam ni...buat orang macam gila bayang je..aku tengok lori GDEX tu macam apa ja skang ni..sangat-sangat sakit hati

ohh company yang aku order barang tu adalah LAZADA..kalau tengok skang ni banyak sangat iklan dia merata-rata buka web mana-mana mesti ada iklan..lagi menambahkan sakit hati aku..serius sangat geram, dan komen aku untuk company ni adalah:



LAZADA IS SUCK
updated: selepas beberapa sesi call-call semua aku decide untuk refund duit saja dan kalau ikut dia kata dalam masa 2-3 hari dan nak tunggu tengok apa jadi plak...sabarlah hati

Wednesday, May 30, 2012

kalau dah bukan rezeki

ditengah-tengah minggu kekalutan dengan sibuk weekend pergi berjalan x lekat dirumah..dan masa aku tengah godek-godek freezer nak kira stok susu terkejut plak tengok condition susu ni...huhu tengok dari jauh macam x ada apa yang berlaku, bila tenung dekat-dekat perhati belek-belek bagi clear baru nampak keadaan sebenar...bukan rezeki syaza agaknya
total stok bulan 3 dengan bulan 4 semua aku letak dalam bekas dadih ni...reason letak dalam tu sebab x sempat beli liner..dah beli mesti la banyak kan..mana ada bekas dadih ni jual sikit-sikit
close-up tapi macam blur...ada jadi tompok-tompok kulat kat tengah-tengah, atas dengan bawah ketulan susu tu
date kat atas...salah satu tarikh
ni kat sebelah atas susu..mak aku kata buang ja la dah jadi macam tu..memang boleh buang cuma dalam hati tahap sedih dia tu...hukhuk

total kena buang dalam 28 bekas x 3oz atau 4oz dalam seratus oz lebih jugaklah...dah la susu sekarang x meriah mana
hasil lepas buang..skang ni tengah gigih nak kumpul balik...x lama dah nak bulan puasa ni..nak kena cover untuk bulan puasa nanti..harap-harap sempat la dapat balik at least 20 bekas

ni masa sebelum aku pegi kelas 2 minggu lepas..baru sempat nak bercerita..huhu

Tuesday, May 22, 2012

penat...

nak bercerita tapi mau rehat dulu...blogwalking pun x sempat..those yang follow tenkiu yaa..nanti daku terjah balik..nak rehat jap