Sunday, November 27, 2011

mood malas

dah hampir seminggu kot ni aku x hapdate belog kesayangan ni...tiap-tiap hari buka dashboard tengok belog orang len, pastu rajin komen, x rajin tutup, tengok encik nuffnang pastu churpchurp, then fesbuk sikit-sikit sudah..padahal cerita tu ada tapi ntah la...awat malas sangat ntah...huhu

cuti 3 hari rasa sangat la seronok sebab duduk rumah layan anak-anak ja..kemarin ada jugak la pegi jenjalan dekat jusco perda menengok dinosor...tu bila rajin malam karang leh stori..huhu tunggu dapat vitamin rajin plak...hihi

till then daaa

Tuesday, November 22, 2011

jalan-jalan ke bukit bendera

aktiviti siang tadi...sempena ibu mertuaku datang ke rumah, bawak la jenjalan dekat cni..padahal sendiri teringin nak pegi..haha duduk keja dekat je ngan penang tapi asyik la g jalan-jalan ke batu feringgi ja yang x ada apa..maka decide pegi la plak bukit bendera..siap print map tu ko..haha yelah orang x dak gps hatta smart phone gitu la kekdahnya..tapi sampai la jugak ke bukit bendera tu akhirnya..lalala

sebelum apa-apa kita bergambar dulu dalam keta..kan kan
ni plak si syauqi yang pantang tengok kamera mesti bunyi senyum, senyum yang dalam maksud senyum tu adalah kamera...si papa syauqi yang bergaya dengan spek baru...semalam baru ambik
kami berempat
ni masa dalam feri..dua-dua budak itu suka la sangat tengok air ni..apa yang best x taulah
keta kecik kami
syaza dengan sue yah...kemain lagi syaza tengok kamera
ibu mertuaku...saja bawak naik feri..ni kali pertama syaza naik feri...awal-awal tu kemain lagi peluk
si kecik yang selalu ceria
abang syauqi yang dah pandai buat gaya macam-macam bila orang nak ambikkan gambar
stroller yang last-last abang syauqi conquer
adik redha je la duk lam carrier...tapi ok gak sebab x lama lepas tu dah lena dia dalam tu...sedap kot rasa macam kena peluk
kadar harga nak naik train...nasib semu bawa ic kalo x kena cas rm30 sorang..tunjuk ic sorang rm8 ja tapi musykil sebab adik ipar aku kena rm4..tu harga untuk kanak-kanak 3-12 tahu..adakah sebab gambar ic masa 12 tahun..haha jimat la rm4 sebab time nak turun balik baru perasan harga tu
gambar kat situ...orang sibuk nak beli tiket kita yang x buat apa-apa marilah kita ambik gambar
budak ni kemain pegi bersandar nak suh kita ambikkan gambar
time membeli...last-last apa pun aku x beli...harga ok la x mahal sangat jugak x murah sangat
gembar sebelum turun
kami berdua
adik last-last boleh jugak duduk dalam stroller..kejap je la time naik train nak turun kena peluk sebab takut jugak budak ni bila naik train

best jugak sebenarnya sekali sekala pegi bukit bendera ni...ke sebab aku dah lama x pegi jalan-jalan...balik semua ketiduran sebab penat kot...anak dara tu pun sampai berdengkur tidur

Saturday, November 19, 2011

oscar oasis

sejak dua menjak ni suka plak tengok kartun ni sebabnya kartun yang macam ni x ada cakap-cakap..ye lah dah watak pun haiwan..cuma ada suara haiwan je lah..ohh aku memang suka tengok kartun, salah satu sebab aku still langgan pakej kartun kat astro tu...hihi

kartun ni bersiaran dekat disney channel tapi x sure lak kul brapa...kul 5 kot, sebab ada hari yang aku sempat tengok kalau x kita tengok di you tube sajalah...hihi best gak layan sebab boleh la aku gelak sorang-sorang bila tengok..en hubby pun heran bila aku dok gelak sorang-sorang ni


cerita dia pun simple sebab cerita pasal watak cicak ni nama oscar yang duk kat padang pasir, then ada la ayam  (x paham y ayam ada kat padang pasir) and satu group haiwan yang slalu dok dengki kat dia...



footnote: pakngah aku kalau jumpa mesti tanya aku dok tengok kartun lagi ke x? ke bila dia tengok kartun dia ingat kat aku...haha

Friday, November 18, 2011

budak comot makan solid


budak ni kan time aku bagi makan mesti nak pegang gak sudu...then dengan tangan comot tu pegang kaki, gosok mata, gosok muka selalunya berkesudahan dengan comot satu badan...nasib la masa kecik ni buat apa pun comel...geram je bila tengok mesti nak gomol-gomol

time ni bagi encik hubby ambikkan gambar dia berebut sudu ngan aku...sedap la kot makan bubur

Thursday, November 17, 2011

ulser pada pemikiran dia


sebelum ni aku pun x penah terfikir apa akan jadi kalau budak ni kena ulser tapi hari khamis lepas dia x sihat, maka encik hubby bawak dia g klinik untuk ambik ubat, ku sangkakan hanya demam tapi lebih dari tu sebabnya dekat mulut dia jadi ulser, bukan sebelah tapi dua-dua..kalau tengok saiz ulser tu mungkin kecik pada kita tapi pada budak umur 2 tahun lebih ni dan x penah kena memang sakit la kot...

hari khamis cuma minum susu 2 kali, air masak
hari jumaat cuma minum susu x sampai 5oz (malamnya dah naik risau bawak g klinik ambik ubat kebas)
hari sabtu x nak minum dok ngadu sakit tapi bila ralit tengok kartun boleh plak makan ngan minum (lebih pada mengadu)
hari ahad hantar pengasuh dok ngadu sakit jugak tapi dah makan ngan minum biarpun jumlah tak banyak sangat tapi ok la
hari isnin aku check tengok ulser tu dah x nmpk tapi kadang-kadang still mengadu sakit, time ni kami laki bini consider dia manja - bila ralit ok ja makan ngan minum

encik hubby kata sebab dia troma kot maka kadang tu still mengadu sakit even dah x dak dah ulser tu..huhu harap-harap jangan la kamu kena lagi ulser ni...susah hati bila tengok dia x nak makan...makin kurus la nanti

time dia x nak makan hari tu dan masa nak mandikan dia trus rasa sayu kat hati tengok anak aku dah makin kurus...sungguh rasa sangat sampai sekarang

footnote: vitamin hari tu budak ni dah x mo makan...bosan kot tiap-tiap hari kena dok makan, kena cari jenis lain plak

Wednesday, November 16, 2011

raya haji 2011

cerita yang konsider basi tapi baru sempat nak cerita kira boleh la...nak jugak cerita kan aku kali ni raya haji dekat kampung encik hubby di rantau panjang nun...bertolak balik rumah kat kuala nerang dulu hari jumaat petang then bertolak balik pagi sabtu ke sana, kali ni x bawak balik carseat sebab nak bagi mudah anak dara tu golek-golek dalam kereta dan hasilnya...
see sampai ternganga tdo...sedap kot boleh tdo golek-golek, cuma hampar toto baby kat belakang and kerusi depan kasi rendahkan untuk si abang tdo

ni plak pose si abang tdo kat depan...lepas puas main dengan lasak semua dalam keta time derang tdo rasa aman je...

ni plak masa pagi raya...rotate blk baju raya posa hari tu..nasib muat lagi anak dara ni pakai

si abang pun muat gak baju melayu ni...songkok tu awal-awal ja dia nak pakai lepas tu dah campak-campak..rimas kot, menu dia hari tu asyik la dengan ketupat..suh makan nasi pun x nak

aku rasa cam pelik ja muka aku pakai shawl..lepas ni susah lagi kot nak pakai sebab masa aku pakai ni pun kejap adik tapik kanan, abang tarik kiri, pastu dah senget-benget trus cam malas nak pakai...huhu

pose kami berdua...cam mem besar ja anak dara ni sorang

pose berempat plak..ni ja yang nampak ok kot..lain-lain syauqi dah buat perangai nak ambik kamera then nak lari-lari semua ada la

last-last bagi makpak dia ja la bergambar..hehe
dah habis posing pegi ke acara korban plak...mek buat 2 bahagian korban tahun ni..then adik ipar aku satu bahagian, yang menengok labih ramai dari tukang melapah
see ramaikan tukang menengok...nasib mak mertua aku ada anak ngan menantu balik ramai untuk tolong kerja-kerja melapah
ni plak hari raya kedua..pegi join geng pengantin bertandang..yang sebelah encik hubby tu geng sekolah rendah katanya...dekat ja orang pasir mas pengantin pompuan tu...