Thursday, November 3, 2011

5th-anniversary-giveaway

ni plak GA dari kak ayu...sempena anniversary kawen yang ke5...wah pz pun baru 3 tahun lebih...hihi nak join jugak boleh terjah blog dia bila cinta bersatu

ucapan pizet:

ikatan yang suci lahir dari dua hati yang bersatu dalam rumahtangga, moga akan terus berkekalan dan dilindungi ilahi...sentiasa bertolak ansur dan saling bantu membantu dalam merahmati rumahtangga hendaknya, diserikan lagi dengan zuriat kurniaan ilahi...amin

tarikh tutup: 17.11.11 @ 12.00am

footnote: x penah wat ayat romantik ni...haha rasa lain macam sikit menaip...harap-harap ok la hendaknya yer kak ayu yer

Wednesday, November 2, 2011

GiveAway dari Yanmieonline


tarikh tutup: 11.11.11

fuhh rasa cam lama ja aku tak join GA ni...nape ek malas kot...hihi kali ni rasa nak join GA plak ni dari kak yanmieonline.com...harap-harap saya adalah salah sorang yang bertuah tu yer...hihi

komen aku pasal blog kak yanmieonline.com ni:
-simple je blog ni...nampak tenang ja bila masuk...kot-kot ada perancangan nak tambah kaler-kaler
-boleh jugak nak tambah shoutbox ke apa...ish tapi pizet pun baru buang shoutbox...camna tu..hihi
-jugak boleh tambah gambar-gambar kat tepi bagi nampak colourfull konon la kan...hihi
-blog archieve pun boleh letak..kot-kot nak membaca cerita-cerita lama

lain-lain x de kot nak komen lebih-lebih (sedar diri blog sendiri x semenggah mana...huhu)

nak join jugak boleh ja terjah kat cni

Giveaway yanmieonline.com, menawarkan header blog hasil designer dari Budak Nakal.

vitamin untuk syauqi

dulu budak itu sorang memang mudah makan...kasi je la apa pun semua ok..makan dengan banyak (read: banyak versi budak-budak la kan) time tu berat pun macam ok la graf tu...x turun-turun cuma statik x pun naik...tapi skang ni makin susah dah nak paksa dia makan

kalau sebelum ni suka makan mee, nasi yang bukan putih, bihun, laksa tapi skang kalau bagi menu-menu tu pun dia pandang x pandang je, pastu ratah lauk, tu pun kalau lauk menarik minat..huhu susah hati maknya ni kan, maka bagi cadangan dekat encik hubby untuk try bagi dia makan vitamin

sebelum ni aku try scott's emulsion yang versi air, perisa oren tapi budak ni plak semenjak kecik-kecik lagi susah nak makan ubat, bila bagi versi air ni biarpun rasa oren tu sedap tetap la dia x mo...wat seksa ja main main paksa-paksa dengan drama-drama menangis segala ni kan

dan lagi satu aku perasan syauqi suka jajan-jajan, kalau bagi sumi tu satu bungkus besar pun boleh habis dia sorang, dah macam makan nasi dah dia buat sumi tu...sampai kena sorok-sorokkan dari dia..huhu (yang ni aku buat as treat bila dia wat perangai apa-apa) dan ada sekali aku beli ribena pastile tu, kejap ja dah habis satu bungkus...dan dari situ cam terfikir x ada ka vitamin bentuk macam tu...baru budak tu suka makan kan

lepas tu ada jugak dok jenguk guardian x pun watsons tapi semua vitamin dalam bentuk biji, kapsul x pun air...biji takut dia main baling-baling dan kalau air faham-faham la haruss berdrama bila nak bagi makan..penat la nak drama-drama ni..huhu dann hari tu masa jenguk watsons dengan encik hubby terjumpa scott's emulsion dalam bentuk pastile...wish come true..hehe dan-dan jugak aku beli
try mixed berries, dan yang penting bentuk pastile, suka syauqi tiap kali bagi vitamin ni...siap bunyi "nak agi" kalau pagi leh lagi explain sekali makan satu saj, kalau malam mesti dua jugak..kalau x dok ulang g depan peti ais mintak nak lagi...hihi

dan aku nampak skang ni dia makan banyak dari dulu..pengasuh dia selalu bagitau syauqi makan banyak hari ni...suka aku dengar, sebab dia kan lasak, karang dah selim melim dah x sedap nak gomol-gomol...hihi ohh harga dia x mahal pun untuk 50 biji ni RM10.60 dekat watson..untuk sapa-sapa nak try jugak boleh la terjah yer..hihi

footnote: gambar adalah google ya...bukan gambar ambik sendiri

Tuesday, November 1, 2011

potty training

syauqi kan dah menjejak usia 2 tahun dan pendapat aku la boleh dah nak mula potty training..tapi tu la kan anak baru 2, maka ilmu bab potty training adalah zero...err ada jugak tanya pendapat yang ada:

pendapat 1
waktu malam boleh bawak pegi toilet setiap 3 jam sekali untuk bagi dia kencing atau berak...tapi masalah adalah budak ni pantang jumpa air mesti nak mandi...huhu dan bila malam makpak dia tdo mati...x jaga pun setiap 3 jam tu... (ni pendapat ofismate aku yang anak dia semua di ajar waktu malam, semua anak-anak dia pakai pampers sampai saiz m saja...boleh bayang x umo brapa dah diaperless...hebat kan??)

pendapat 2
setiap kali bagi mandi suh dia kencing siap-siap...kena slalu bawak dia pegi toilet untuk kencing...still x berjaya...dah pandai cakap x mau skang ni...aku dok shhh dia dok x mau...camana tu haha (ni pendapat tok dia, masa duk dengan tok hari tu ok la sekarang dah balik tabiat lama dah)

pendapat 3
beli potty training punya tempat tu dengan training pant...yang ni belum ku terai...boleh kot cuba lepas ni (ni aku google je...hihi)

hari tu ada sekali dia buang pampers...lepas tu kena la mop lantai sebab kencing x bagitau tengok-tengok dah meleleh ja...huhu

aku yang cuai...

situasi 1

cukup masa pagi-pagi trus la set-set barang nak mengepam...dan tengah mesin sonok dok jalan...skali bateri habis daa...huhu tu la len kali cas itu bateri sebelum dah padam baru nak kalut macam sesi pagi tadi...x pasal-pasal kena manual guna tangan...huhu lenguh wey

situasi 2

dah ambik pengecas kat dalam keta...maka pam sambil dok cas bateri(ohh habit x elok jugak sebab boleh pendekkan hayat bateri) pastu dok pelik nape suction x kuat...dah pasang sampai L6 pun macam x sedut jugak...cukup 17 minit aku nak stopkan baru perasan wayar longgar x pasang betul-betul...patut la x rasa suction pun...cheh maka sambung lagi masa

situasi 3

dah set bahan-bahan semua pastu dok mengepam tapi x rasa jugak suction...pasang sampai L6 x rasa jugak...last-last sekali bila dah check baru perasan pasang x rapat...memang la x sedut dah pasang x rapat..huhu

awat eh 2,3 menjak ni makin banyak la cuai dalam bab-ban penyusuan ni..jangan nanti terlupa simpan susu dalam peti ais lepas balik udahla...huhu risau la jugak sebab dulu penah jadi dah sekali, nasib suhu masih lg sejuk dalam beg tu

Sunday, October 30, 2011

habit syauqi yang pelik

sebenarnya habit ni dah lama dah...dari sejak-sejak aku bentikan dia menyusu hari tu...aku stopkan dia masa dia umur 1 tahun 3 bulan...skang dah satu tahun satu bulan kira lama la jugak kan...tapi habit tu x nampak gaya nak berkesudahan dan bagi aku macam agak pelik jugak habit tu..haha puas ditegur x pun dilarang tapi nak dibuat jugak...

habit dia yang pelik bagi aku tu adalah gigit butang...biasanya dulu butang baju dia sendiri sebab kebanyakan baju dia dulu mesti ada butang, lepas tu bila x banyak baju dia yang berbutang dia akan cari butang baju orang...baju aku, baju papa dia, baju tok dia, baju makcik dia...sapa-sapa je la yang masa tu pakai baju ada butang, x pun baju yang baru dibasuh tapi belum lipat..haha gila kronik punya ketagih dekat butang


nak kata dulu masa aku peknen ada kegilaan dekat butang x la plak...lansung aku x leh detect mana datang ketagihan dia tu dekat butang...tapi memang nampak nyata la lepas aku stopkan dia menyusu trus cari butang gigit-gigit..huhu agak-agak bila la nak stopkan ketagihan dia tu...setakat ni belum lagi la tertelan butang-butang tu, tapi ada jugak baju en hubby yang dah tercabut butang sebab ketagihan anak dia yang sorang tu...haha
agak-agak ada effect x elok x dari ketagihan dia yang satu ni..risau gak aku kalau-kalau sampai besar x ilang ketagih dia ni