Thursday, June 17, 2010

award A+ blog

Award kali ni datangnya dari cik puan eika..


1. What do you feel to know that you got this award..
uih bukan takat result ja boleh dapat a+, award pun ada yer

2. List down 7 blogs that deserve this award...
erm erm jap nak list

dasyworld
mama imaan
rose
kak syida
kak nizaa
fiszah aka makteh
cikpuan pearls

sila la ambik award x seberapa ni ye :)

Wednesday, June 16, 2010

hadiah kancilbiru.com

sebenarnya hadiah ni aku dapat masa hari ahad hari tu atau mungkin lagi awal sebab aku x dak kat rumah kat sp dari hari khamis smpi ahad bila balik rumah baru perasan ada surat kat peti pos...suka2

gambar surat aku x dan snap tapi sempat la buka tgk isi kat dalam pastu tinggal kat tepi tilam sebab masuk bilik air ambik wuduk nak solat dan hadiah tu tinggal dekat ngan awang tu dok men2 ngan papa dia...skali kau dah kuar dari bilik air dah jadi macam ni dan papa dia biarkan aje...x nak cakap byk biar gambar ja bercerita (untie nizaa jgn marah noo)



benda apakah ini mama...blh makan dak?



try geget tgk rasa apa...time ni memang sungguh2 geget dengan gigi 2 puntung tu



kereta terbang...vroom vroom
 

apapun makcik tetap hepi dapat keychain comel lote ni...encik hubby cam terkagum sementara dengan ayat dia "rajinnya kak nizaa buat sendiri" pastu aku spoilkan dengan kata"x la dia tempah kat blog lain dalam tenet gak"

sekiann...pizet melaporkan

footnote: bila la aku nak dapat hadiah lagi...makcik memang suka dapat hadiah ni...hehe

Tuesday, June 15, 2010

tag susu ibu

Tag ni dapat dari blog alkesah kehidupanku masa blogwalking. Macam best je nk buat and share.

tak kena tag pun tapi gatai nak buat hehe tgh rajin jawab tag ni kan kan


1.Apakah yang anda faham mengenai Penyusuan Susu Ibu?
penyusuan eksklusif yakni tak campur apa2...baby cuma minum susu ibu sahaja even air masak pun baby x minum...selepas 6 bulan boleh ditambah dengan bubur nasi sebagai makanan tambahan dan penyusuan yang lengkap adalah selama 2 tahun(moga aku berjaya la hendaknya)

2.Berapa lamakah anda menyusukan anak anda?
dari syauqi berumur 3 hari sehingga ke hari ni...alhamdulillah


3. Dimanakah anak anda dilahirkan ? Adakah di Hospital Rakan Bayi ? Apakah yang anda faham mengenai Hospital Rakan Bayi?
hospital rakan bayi ni adalah hospital yang support penyusuan susu ibu...syauqi lahir kat hospital sultanah bahiyah alor star...rasanya ni hospital rakan bayi la kot...x sure

4. Apa yang anda tahu mengenai 1 jam pertama selepas dilahirkan & "rooming in"?
rooming in adalah bayi diletakkan bersama ibu untuk mengajar cara menyusu dan meransang penyusuan susu ibu

5. Ceritakan pengalaman penyusuan anda dalam tempoh 3 hari selepas anda melahirkan bayi anda.
aku demam masa lahirkan syauqi dan sebaik lahir doktor cuma kasi cium dan tolak masuk nicu...memang x dak lansung rooming in ke paa ke...aku kat bilik sorang2(time ni femes h1n1) aku kena quarantin yer bilik x share dengan orang lain...aku try pam cuma berjaya dapat takat tutup bawah botol ja tapi still suh my mom bg gak kat anak...esok tu baru blh dukung anak sendiri try bg susu tapi nurse dah bg susu formula (ingat balik memang sedih) esok tu blh discharge dan balik try bg susu dia dah x pandai latching...pam dan bg thru sudu...penyusuan direct adalah berjaya pada hari ke5...hari2 sebelum tu semua guna sudu dan shringe...tapi biarpun guna sudu dan shringe tak sekali2 aku bg dia susu formula...dan sampai ke hari ni syauqi masih lagi minum susu ibu...alhamdulillah

6. Apakah cabaran yang anda lalui sepanjang tempoh penyusuan anda?
rasa sakit time awal2 menyusukan, mungkin salah latching x pun belum biasa
susu x cukup dan kena bgn malam untuk mengepam biarpun mata x buka tapi still pam dan pam...ku cuma guna pam manual saja :)

7. Dari manakah anda mengetahui mengenai Penyusuan Susu Ibu? Apakah sumber2 anda
dulu masa aku sebelum peknen saja search2 pasal barang bayi dan terjumpa pasal susuibu.com dan selepas baca baru tau pasal kepentingan susu ibu dan terfikir nak menyusukan anak sendiri dengan susu sendiri...nasib aku jumpa kalau x memang anak aku minum susu formula...memang susuibu.com byk membantu dan memberi ilmu pada aku tentang penyusuan susu ibu


8. Bagaimana pula sekiranya anda bekerja selepas habis tempoh berpantang? bagaimana anda menguruskan bekalan susu anak anda?
aku memang x dak stok untuk syauqi masa dalam pantang kerana masalah penyimpanan...aku buat stok pada 2 hari sebelum bekerja tapi biarpun macam tu dan aku sibuk ulang alik ke kelas dan sebagainya susu syauqi masih cukup untuk dia...alhamdulillah...

penyimpanan susu syauqi aku biasa kasi yang perah hari ni dan bg untuk esok maka susu x dak yang beku, biasa susun siap2 dalam botol cukup2 untuk sekali minum, x guna pun cooler bag sebab rumah pengasuh dekat jer ngan rumah, tapi susu ni last nak naik keta baru masuk dalam beg dan sampai rumah pengasuh trus bg yang ni dulu, pengasuh pun trus bawak masuk fridge dia

weekend plak sebab hari cuti x dak sesi pegepaman dan syauqi minum direct maka susu yang hari last bekerja aku bg beku dan malam sebelum keja aku letak sebelah bawah untuk bg cair dan esok bg kat rumah pengasuh susun siap2 untuk sekali minum

9. Kenapa anda menyusukan anak anda?
susu ibu adalah susu yang terbaik untuk anak...lagipun aku bukan jenis yang melayan budak2 dan susukan anak sendiri adalah salah satu cara untuk bonding dengan dia...dan memang takat ni dia memang rapat dengan aku...alhamdulillah

10. Adakah anda merasakan penyusuan itu sangat mudah? Mengapa?
susu ibu memang mudah sebab x payan bawak air panas, botol susu, lebih relaks tapi mudah atau x adalah terpulang pada individu...dugaan mental dan fizikal plak bg aku memang ada cuma hati ni kena kering buat x tau saja demi yang terbaik untuk anak :)

ok dah...ku x mo tag sapa2 sebab aku pun x kena tag tapi sendiri nak jawab

Monday, June 14, 2010

dasar spam

sila klik untuk tumbesaran

cam nyampah pun ada aku ngan spam ni...masa bila tah aku ada akaun maybank tah...nak wat tipu pun agak2 la wei...dah la eja understanding pun salah...ish ish

Thursday, June 10, 2010

rosak lagi daa...

macam kan tajuk di atas...saya sangat tensen dengan kesihatan cpu saya...baru saja balik dari kedai sudah sakit balik...saya memang bukan pandai bab2 repair ni dan bila saya nak berladang di malam hari tapi tidak berjaya memang sangat menyakitkan hati...bila saya on pc tu dia kata x bley configure system 32...menatangkan apakah system 32 itu...memang saya buta it oh...

dia kata lagi kena insert cd dalam cd rom tapi saya pakai dvd writer adakah mereka itu sama ataupun mereka itu adik beradik juga...saya pun tidak pasti...hmmm bawah dia ada cakap "please press r to repair" dan bila saya tekan r x jadi apa pun dia ulang balik benda yang sama jugak...memang saya x mengerti (dah x letak cd memang la x jalan!!)

maka sekarang ni saya memerlukan cd windows xp untuk repair cpu itu...tapi cd itu dah baling kat mana tah...hukhuk atau perlukah saya antar ke kedai lagi supaya mereka boleh mencuri ram atau dvd writer saya, atau hard disk saya lagi...sangat scary!!!

moga2 saya berjaya jumpa cd windows xp saya yang sudah saya baling dekat cerok mana tah itu...dan moga saya tidak menjadi "tikus yang membaiki labu" doakan saya yer...

cerita-ceriti pasal kenduri tadi malas nak story sebab agenda cuma pegi makan, show off muka dan balik...rombongan adalah 10 bijik kereta yang x berapa besar dan sebiji bas sekolah yang ditempah sempena cuti sekolah semata2 demi rombongan tok biah ke yan besar, kedah... gambar pengantin boleh singgah dekat cni

saya akan bercuti sehingga hari ahad ni yakni 13hb jun bersempena kenduri pengantin itu di hadapan rumah saya dekat kuala nerang...dan jika berkesempatan saya beronline menggunakan pc kakak saya dan streamyx dia secara free...ambik kesempatan sungguh!

sekiann...

Wednesday, June 9, 2010

kebizian...ke buat2 bizi??

semalam dan hari ni makcik kena menjaga ofis...y jaga ofis bukan dia boleh lari pun?? bukannn bukan pasal tu cuma keja yang deal ngan public dan ofis mesti sentiasa ada orang tunggu maka kena at least ada sorang dok kat ofis ni dan skang ni adalah musim cuti sekolah dan ramai yang kawen masa cuti ni dan staff kat bahagian kami pun ramai yang handle kenduri2 ni, buat hantaran, masak lauk kenduri, anak or adik kenduri dan x kurang juga tukang sibuk kat rumah kenduri tu...

dan bila dah semua orang cuti makcik pun gilir-gilir la ngan derang hari ni ko cuti esok aku plak, lusa si nun plak kira semua orang dapat bercuti...dah macam jadual cuti time raya plak... idea len kali wat jadual...hehe

esok makcik pun nak cuti gak nak jadi penyibuk lagi skali...pengantin yang makcik wat post sebelum ni tu la...my kezen tu kenduri sebelah pompuan...nnt makcik tempek gambar lagi ye...

disebabkan makcik sibuk tatap la gambar budak debab ni yer...