Tag ni dapat dari blog alkesah kehidupanku masa blogwalking. Macam best je nk buat and share.
tak kena tag pun tapi gatai nak buat hehe tgh rajin jawab tag ni kan kan
1.Apakah yang anda faham mengenai Penyusuan Susu Ibu?
penyusuan eksklusif yakni tak campur apa2...baby cuma minum susu ibu sahaja even air masak pun baby x minum...selepas 6 bulan boleh ditambah dengan bubur nasi sebagai makanan tambahan dan penyusuan yang lengkap adalah selama 2 tahun(moga aku berjaya la hendaknya)
2.Berapa lamakah anda menyusukan anak anda?
dari syauqi berumur 3 hari sehingga ke hari ni...alhamdulillah
3. Dimanakah anak anda dilahirkan ? Adakah di Hospital Rakan Bayi ? Apakah yang anda faham mengenai Hospital Rakan Bayi?
hospital rakan bayi ni adalah hospital yang support penyusuan susu ibu...syauqi lahir kat hospital sultanah bahiyah alor star...rasanya ni hospital rakan bayi la kot...x sure
4. Apa yang anda tahu mengenai 1 jam pertama selepas dilahirkan & "rooming in"?
rooming in adalah bayi diletakkan bersama ibu untuk mengajar cara menyusu dan meransang penyusuan susu ibu
5. Ceritakan pengalaman penyusuan anda dalam tempoh 3 hari selepas anda melahirkan bayi anda.
aku demam masa lahirkan syauqi dan sebaik lahir doktor cuma kasi cium dan tolak masuk nicu...memang x dak lansung rooming in ke paa ke...aku kat bilik sorang2(time ni femes h1n1) aku kena quarantin yer bilik x share dengan orang lain...aku try pam cuma berjaya dapat takat tutup bawah botol ja tapi still suh my mom bg gak kat anak...esok tu baru blh dukung anak sendiri try bg susu tapi nurse dah bg susu formula (ingat balik memang sedih) esok tu blh discharge dan balik try bg susu dia dah x pandai latching...pam dan bg thru sudu...penyusuan direct adalah berjaya pada hari ke5...hari2 sebelum tu semua guna sudu dan shringe...tapi biarpun guna sudu dan shringe tak sekali2 aku bg dia susu formula...dan sampai ke hari ni syauqi masih lagi minum susu ibu...alhamdulillah
6. Apakah cabaran yang anda lalui sepanjang tempoh penyusuan anda?
rasa sakit time awal2 menyusukan, mungkin salah latching x pun belum biasa
susu x cukup dan kena bgn malam untuk mengepam biarpun mata x buka tapi still pam dan pam...ku cuma guna pam manual saja :)
7. Dari manakah anda mengetahui mengenai Penyusuan Susu Ibu? Apakah sumber2 anda
dulu masa aku sebelum peknen saja search2 pasal barang bayi dan terjumpa pasal susuibu.com dan selepas baca baru tau pasal kepentingan susu ibu dan terfikir nak menyusukan anak sendiri dengan susu sendiri...nasib aku jumpa kalau x memang anak aku minum susu formula...memang susuibu.com byk membantu dan memberi ilmu pada aku tentang penyusuan susu ibu
8. Bagaimana pula sekiranya anda bekerja selepas habis tempoh berpantang? bagaimana anda menguruskan bekalan susu anak anda?
aku memang x dak stok untuk syauqi masa dalam pantang kerana masalah penyimpanan...aku buat stok pada 2 hari sebelum bekerja tapi biarpun macam tu dan aku sibuk ulang alik ke kelas dan sebagainya susu syauqi masih cukup untuk dia...alhamdulillah...
penyimpanan susu syauqi aku biasa kasi yang perah hari ni dan bg untuk esok maka susu x dak yang beku, biasa susun siap2 dalam botol cukup2 untuk sekali minum, x guna pun cooler bag sebab rumah pengasuh dekat jer ngan rumah, tapi susu ni last nak naik keta baru masuk dalam beg dan sampai rumah pengasuh trus bg yang ni dulu, pengasuh pun trus bawak masuk fridge dia
weekend plak sebab hari cuti x dak sesi pegepaman dan syauqi minum direct maka susu yang hari last bekerja aku bg beku dan malam sebelum keja aku letak sebelah bawah untuk bg cair dan esok bg kat rumah pengasuh susun siap2 untuk sekali minum
9. Kenapa anda menyusukan anak anda?
susu ibu adalah susu yang terbaik untuk anak...lagipun aku bukan jenis yang melayan budak2 dan susukan anak sendiri adalah salah satu cara untuk bonding dengan dia...dan memang takat ni dia memang rapat dengan aku...alhamdulillah
10. Adakah anda merasakan penyusuan itu sangat mudah? Mengapa?
susu ibu memang mudah sebab x payan bawak air panas, botol susu, lebih relaks tapi mudah atau x adalah terpulang pada individu...dugaan mental dan fizikal plak bg aku memang ada cuma hati ni kena kering buat x tau saja demi yang terbaik untuk anak :)
ok dah...ku x mo tag sapa2 sebab aku pun x kena tag tapi sendiri nak jawab
1 November 2024
1 day ago