Friday, June 12, 2009

H1N1 ke tahap 6


GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam mengisytiharkan pandemik Influenza A (H1N1) bagi negara anggotanya selepas kes jangkitan berterusan penyakit itu meningkat di seluruh dunia, termasuk di Amerika Syarikat, Amerika Selatan, Eropah dan Asia.

Ini adalah kali pertama dalam tempoh 41 tahun WHO mengisytiharkan pandemik yang bermaksud jangkitan penyakit secara besar-besaran.

WHO memutuskan untuk menaikkan tahap amaran tertinggi daripada fasa lima kepada enam selepas pakarnya mengadakan mesyuarat tergempar mengenai H1N1.
Pada peringkat awal ini, pandemik boleh ditafsirkan sebagai melanda seluruh dunia tetapi sederhana kesannya," kata WHO yang menggesa setiap negara tidak menutup sempadan atau mengehadkan pergerakan penduduk atau urus niaga.

"Kami masih mengadakan dialog dengan pengeluar vaksin influenza," kata WHO. Sebanyak 74 negara dilanda H1N1 dengan mencatatkan keseluruhan 27,737 kes, termasuk 141 kematian sejak kes pertama dikesan di Mexico dua bulan lalu.

Pengisytiharan pandemik itu adalah pengesahan bahawa selesema baru muncul dan semakin pantas menjangkiti masyarakat dunia. Pandemik pada 1968 di Hong Kong membunuh lebih sejuta manusia, manakala selesema biasa membunuh 250,000 hingga 500,000 sehari.

Walaupun WHO masih menaruh harapan, langkah menaikkan taraf jangkitan dijangka mencetuskan panik mengenai sejauh mana merebaknya H1N1.

Penduduk sudah dicengkam ketakutan apabila beribu-ribu orang yang bimbang dengan selesema babi membanjiri hospital minggu ini.

Bulan lalu, sebuah bas tiba di Argentina dari Chile dibaling batu oleh penduduk tempatan yang menganggap seorang penumpangnya terkena virus itu. Di Hong Kong, kerajaan mengarahkan semua tadika dan sekolah rendah ditutup dua minggu selepas 12 murid didapati positif H1N1, manakala di Amerika Syarikat, 13,000 lagi kes dan 27 kematian akibat H1N1 dicatatkan, kata pegawai di Pusat bagi Mengawal dan Menghalang Penyakit (CDC). - AP
saje nak highlight pasal H1N1 ni..x de story sebenaunye...hehe

BHarian

Tuesday, June 9, 2009

perodua servis...

sebelum ni tiap2 kali p servis keta ni aku main bayar je...maklumla masih dlm proses nak mengenali benda2 pasal keta ni...tapi lepas dah brapa kali servis dah aku terperasan yang tiap kali kita p servis keta ni x kisah la mana2 tempat pun mesti dia akan masukkan charge untuk windshield washer...

kalau tgk dalam pakej servis perodua x dak pun dia tulis kena tukar windshield washer ni...memang la kalau nak dikira dalam harga tu cuma berapa ringgit ja tp kalau dah sampai 4 unit buat apa yang banyak2 sgt dia isi tu...pulak tu x penah plak bekas dia ke balance air windshield tu ke dia bg blk...yang ada selalunya pun minyak hitam lain tu memang x penah pun dia bg blk...bkn nya prejudis terhadap ketulusan org2 perodua ni...cuma ada ckit rasa quiry kat dlm hati ni....musykil....hehe

ingin jugak nak tau...kalau keta org lain yang servis kat perodua ni dia still charge untuk windshield washer ni ka?? kalau dah 4 unit tu letak kat mana...biasa kalau yang kita beli kat kedai tu pun guna hbs tinggi dlm 2 ja...kalau 4 dia isi kat mana ekh??? lagipun kadang2 berfikir gak nak cr kedai biasa ja service keta ni...tp rasa x yakin plak...takut kena tipu...huk2 adakah aku ni terlalu prejudis??

Saturday, June 6, 2009

benda baru lg...

hari ni dan semalam bersiaran menggunakan connection br....lalala
memperkenalkan miss vodafone dari celcom....hehe dengan bayaran pendahuluan rm100 ja ngan bayaran bulanan rm50...sangat2 la berpatutan kan....tambah plak modemnya x perlu dibayar...lg lah berbaloi....cuma ni ngah online kat umah di kg...slow ckit connection dia sbb kat umah kg x de 3g cuma gprs ja...tp masih blh la dpt 3 of 5 credit...not bad...oh ya speed dia blh mencecah sampai 3.6mps(kalau x salah) kalau kat kawasan ber3g

actually dah tunggu seminggu gak la untuk settle pandaftaran dia n tunggu miss vodafone ni sampai...kira ok la jugak sbb seminggu ja....

for those yang turut interested blh la bertanya lebih lanjut dekat celcom nun...sbb pakej ni khas untuk kakitangan kerajaan dan hanya perlukan slip gaji terkini dan salinan ic untuk pendaftaran...dengan kotrak 2 thn perjanjian...skrang ai dah blh beronline waktu luar opis dah...hehe

footnote: gmbr x de lah ye...sbb malas nak ambik gmbr miss vodafone ni...

Wednesday, June 3, 2009

benda baru....

hari ni dapat satu benda baru kat bilik ai...tmbah lagi semak kat bilik ni...haha



tadaa...memperkenalkan encik pc yang gedabak...dgn saiz monitor 20 inci...besau jugak 20 inci ni nak suh aku lukis plan gamaknya...tp ok la pasni x yah dah usung laptop kesana kemari...haha cnang hati ku dpt pc br ni

Thursday, May 28, 2009

pening...

hari ni rasa malas sgt nak masuk opis...huk2 tp time bla yang aku rajin sgt tu...blh bilang dgn jari...hehe nasib la esok ct...ahad pun ct gak...hehe nak blk kg tgk anak sedara br yang x sampai sebulan tgk dunia tp dah kena masuk spital...sian kat dia...

biarpun rasa malas untuk masuk opis tp ada la semangat gak untuk siapkan fail yang dah berkurun menimbun kat atas meja ni...konon semangat la wat keje...chewahh tp nape cam susah je report tu...huhu ayat yang menjadikan diri ini malas....

btw...ada request from a friend untuk ai jd wedding planner...wah nmpknya boleh mengasah bakat ni...haha besa la bla kita dah experience n nak tolong member yang blum ada experience so khidmat planner tu akan diperlukan...x semua org akan ada masa nak view kedai2 pengantin...bunga2 telur...goddie bag...mcm leceh je keja2 tu...but for me i really love that kind of thing...even masa nak kawen dulu ambik masa almost 5 month p view mendalah ni...then bla tgk hantaran org yang comei2 rasa jeles jek...apekah perasaan ku itu...haha(bla la my sister nak kawen...blh gak menyibuk nnt....)

footnote: my bb dah rajin n aktif tendang menendang sekarang ni...best2 tp bila time papa dia sentuh x nak plak dia tendang2...cian papa die

Monday, May 25, 2009

testing....

ni adalah layout percubaan...mcm pening2 ckit...haha selepas mengambil kira nasihat kak syuhada try tgk kat web tu jumpa la layout ni...mcm comei...tp link byk dah ilang....huk2...x pa nnt boh blk bla masa ada