Sunday, April 12, 2009
post saje-saje
2. result untuk btn dah kuar...selepas melawat website btn ...terbukti ku dah lulus btn...hehe nasib baik le lulus kalau x nasib aku le kena p lagi sekali...x rela aku..kalau p lagi konfirm kena suka n jungle tracking tu..menda2 yang aku paling x suke...plus tido yang x cukup tdo pukul 12 tgh mlm bgn plak pukul 5 pg...(padahal aku bgn kul 5.30..hehe nasib baik time aku btn subuh masuk pukul 6.30...so ada masa ckit nak bgn lewat...x kuasa aku nak bgn awal semata2 berebut shower)
3. my tummy nampaknya dah progress byk..adakah kerana aku yang terlebih makan...hehe nak buat mcm mana kan org selera besar...chewahh bla dah makin membesar ni rasa gerun pulak mikir lagi 5 bln akan datang...saat2 bla aku di labour room nnt...aku kan scary ckit pasal kelahiran ni...byk jugak benda yang nak kena pikir ni...even nama untuk org baru pun x cari lagi...my mom kata biarlah dulu masih awal lg tp kalau biar nnt terlalu leka tup2 dah cuku bln n my baby still x de nama x ke haru mcm tu...hehe brg2 dia pun x beli lg...awal lagi...mcm2
4. nampaknya mulai tahun ni ku dah kena bayar zakat...huhu sungguhpun benda tu adalah wajib tp masih rasa berat di hati...jahatkah aku...tp bila pikir blk berapa byk ja saham ku di akhirat...huhu tp x pe la...demi saham ku di akhirat
Monday, April 6, 2009
broadband??
~kalau baling dadu tgk mana yang kena pun blh gak ni...haha
footnote:skrang ni jalan dah mcm serabut ja byk sgt poster ngan bendera...huhu x best ja driving
Tuesday, March 24, 2009
lok ching
dunno whether i spell it right or wrong...belasah je la kan...ni adalah salah satu makanan yang ai sangat2 teruja nak try...kat tempat lain ai rasa x penah pulak jumpa but only in kelantan...well pada org kelantan yang nak rasa teruja tu...ikut suka la kan...hehe first time ai perasan makanan ni masa singgah kat tanah merah...tu pun my hubby ckp then ai suruh die beli p org masa tu pack...al maklumla tengah hari jalan tengah sibuk...org punya ramai...panas terik...malas nak kuar dari keta...then my hubby x nak beli...huhu
tp kali ni balik kampung adalah berbeza...hehe ai kan dah ada isi dalam perut..mintak apa pun sure my hubby turutkan...lalala hati pun berbunga2 gitu...hehe so ai pun ngada2 ckit mintak makanan ni kat die....mesti la die pg carikan...ewah ngambil kesempatan gitu
ok yang ni bukan lok ching but something dari ayam...but persembahan yang meranik...bleh bg anak2 yang ikut tu teruja nak beli...
my comment for this lok ching ok lah...cuma rasa die lebih sedap makan time panas2...kalau dah sejuk tu jd liat..huhu tp dlm liat2 tu hbs jugak ai bwk blk rumah...maklumla anak buah ramai...
Wednesday, March 18, 2009
me 3 bln
~second question that ai got since the news that i'm pregnant spread is (ada alahan x??) well ai guess my experience is quite different from others since so far ai got no morning sickness at all...cuma rasa penat melampau...huhu
~hari ni kali keempat pg check peknen...mcm dah bosan plak p klinik...yelah, first buka kad, pastu jumpa doktor, then check gg and ari ni monthly checkup...byk sungguh hari2 ai di klinik desa tu...huhu so far masih maintain 120/80, hb 13.2 turun ckit...tp masih ok, berat 53..naik sekilo..hehe normal lg tp paling mengejutkan...my blood is b+ how can that b...adakah test yang dulu tu adalah salah(time abes spm dulu wat test jd o- ) my hubby cam x puas hati suh g wat kat lab die...ehem that sound nice..hehe whatever it is i hope my baby akan sihat n cukup sifatnye...insyaallah
footnote:i will be gone back to kelantan start tomorrow until sunday...lalala
Tuesday, March 17, 2009
nelayan canggih
Sistem lelong ikan berkomputer atasi masalah orang tengah
Juruteknik Pengoperasian Data, Mohd. Fandy Dollah (kanan) memasukkan data hasil tangkapan nelayan untuk dipamerkan di skrin khas bagi peraih berdaftar membida harga yang dipersetujui bersama nelayan di pelantar ikan LKIM Tanjong Dawai, Kuala Muda, semalam.
SUNGAI PETANI 4 Nov. - Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) mengorak langkah sejajar dengan perkembangan dunia teknologi maklumat apabila memperkenalkan sistem lelongan hasil laut secara berkomputer di pusat pendaratan ikan Tanjung Dawai, dekat sini.
Pengarah LKIM Kedah, Mohamad Nor Had berkata, sistem yang dilaksanakan sejak tahun lalu itu berjaya mengatasi masalah penindasan harga oleh golongan orang tengah terhadap hasil tangkapan laut nelayan.
Pertubuhan Nelayan Kawasan (PNK) Tanjung Dawai merupakan pusat pendaratan ikan pertama di negara ini yang melaksanakan sistem berkenaan.
Menurut beliau, pelaksanaan sistem canggih yang dibangunkan LKIM tersebut turut membantu menangani masalah harga ikan melambung di pasaran.
''Melalui sistem ini, para pembida atau peraih akan mengadakan rundingan harga terus dengan nelayan melalui sistem komputer.
''Harga hasil tangkapan laut akan dipaparkan pada skrin komputer dan selepas dipersetujui bersama oleh kedua-dua pihak, proses urus niaga akan berjalan.
''Sistem ini sangat menguntungkan semua pihak sama ada di kalangan nelayan, pemborong dan juga pembeli. Lebih menarik, khidmat orang tengah yang sebelum ini memonopoli harga ikan di pasaran dapat dihapuskan sama sekali," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Dalam pada itu, Pengurus Besar PNK Tanjung Dawai, Ahmad Mohd. Jaeh memberitahu, setiap pemborong atau pembida ikan dikehendaki mendaftar dengan LKIM untuk tujuan proses dan rekod.
''Mereka akan diberikan satu nombor pengenalan diri (ID). Apabila proses lelongan berlangsung, mereka hanya perlu sebutkan nombor terbabit kepada kerani data untuk dimasukkan ke dalam sistem.
''Selepas itu, sistem akan memproses segala invois jualan dan kakitangan kita kemudiannya mengeluarkan bayaran terus secara tunai kepada nelayan," katanya.
Telus
Katanya, sistem tersebut dianggap sangat telus dan tiada lagi unsur penipuan harga seperti yang diamalkan orang tengah sebelum ini.
''Khidmat ini disediakan secara percuma kepada nelayan. Kita tidak mengenakan sebarang bayaran kepada mereka dan mereka akan dapat semua hasil seperti mana harga jualan yang telah dipersetujui," jelasnya.
Bagaimanapun, menurut Ahmad, semua kos pengurusan dan lelongan akan ditanggung oleh pemborong serta pembida yang menggunakan sistem terbabit.
''Mereka akan dikenakan caj perkhidmatan sebanyak lima peratus daripada hasil belian," ujarnya.
Katanya, sejak diperkenalkan pada pertengahan tahun lalu, PNK Tanjung Dawai mempunyai 415 pemborong, 80 nelayan pukat hanyut serta 70 nelayan pukat tunda berdaftar.
''Jumlah ikan atau hasil laut yang dilelong adalah sekitar 13 hingga 15 tan metrik," katanya.
Tambah Ahmad, sistem itu juga membolehkan LKIM memantau harga semasa hasil tangkapan laut dan boleh mengambil tindakan susulan bagi mengelakkan berlakunya masalah peningkatan harga secara mendadak sehingga boleh menyusahkan pengguna.
sumber dari =>
dragonball evolution...
~last night me n my hubby g awal(konon awal sgt...tp lmbt gak) sampai kat sunway carnivall tu dlm pukul 7.45 gitu...solat dulu then g beli tiket time beli tu dlm pukul 8.15 time tu movie dah start...then belek2 ade lagi satu tayangan pukul 10.15...konon sebab nak relax2 so me n my hubby decide ambik y 10.15 (dlm kata len..bleh la kitorang p makan, jalan2, shopping)
my komen of this movie...ok la cuma cikgu muten tu x de janggut, ayah chi chi x muncul sudah2...(penat ai tunggu..haha), goku jd org suruhan pikor...die tukar ckit cie ni, pikor ada awek sorang ikut die...dari mana muncul tah, ada akademi tempat belajar kungfu even cikgu muten ada cikgu lagi atas, rumah cikgu muten dalam tgh town bukan kat tgh laut...ckit rasa x puas hati, goku p skolah...hebat, n paling last time movie hbs pandai plak derang wat lagu dulu pastu br sambung cite pasal pikor...cis..nasib ai dah tau taktik ni suh my hubby tunggu dulu...lgpun derang x pasang lg lampu...ade ramai y dah kuar n one couple tu bleh masuk blk duduk tgk blk..haha(taktik y best)
overall..ok lah la ade lawan2 n x boring sgt pun...