Thursday, May 17, 2012

serabut? serabai?

sebut macam nak sama tapi lain maksud..haha tapi memang aku tengah serabut..dulu awal sem semangat nak studi apa semua kan..tapi bila lama-lama semangat makin luntur...seminar ke-4 dah makin mandom...hukhuk ada lagi satu esemen waiting list, satu hal-done, tutorial dok bertangguh, skrip yang belum jalan apa-apa, soal-jawab yang ada lagi 4 soalan x buat lagi..nak kena hafal semua tu plak..adoiii

kelas dah la weekend ni ja..x lama dah tu, esok lusa ja pun...mana aku nak cari kerajinan ni...dan bila dah serabut tido pun tidak lagi aman..tengah lena dibuai mimpi indah pun boleh terjaga sebab teringat keja sekolah ni...macam mana nih?? huhu

Tuesday, May 15, 2012

personal? public?

sejak dua menjak ni aku rasa macam hak privasi aku dah x privasi..bukan apa bila nombor telefon bimbit aka nombor henset aku pun semua orang yang aku x kenal boleh call dan tanya macam-macam memang sungguh aku x suka...personal ada personal kot, yang bermaksud bukan semua orang boleh dapat sesuka hati..kalau macam tu baik jadi public phone ja..tapi motif aku nak cakap ni bukan nak kata aku x suka depa ni call aku cumanya bila hal-hal berkenaan keja lebih baik call no ofis kot..nombor telefon bimbit aku tu adalah tu hal-hal peribadi sahaja...

even sampai satu tahap aku macam dah fobia nak angkat bila ada nombor aku x kenal call ke nombor henset aku..nak plak skang ni henset aku dah gelong..kalau sapa-sapa call aku ja dengar, orang di sana x dengar..tu pun ada jugak yang call nak buat aduan la, nak lobi untuk jual racun la, nak jual insuran, nak jual produk..macam-macam ada nasib hampa la telefon aku dikala telefon aku rosak ni...bila depa-depa ni call rasa macam x mau tukar telefon baru, bila nak call sedara-sedara, kengkawan mula la tensen sebab telefon rosak..hukhuk

balik hal asal..tapi sungguh la x suka bila orang aku x kenal call henset aku...kemarin jual produk apa ntah...dok gaduh x dengar la apa la..last-last aku putuskan line ja..padan muka..sungguh aku x suka

Situasi pagi tadi


Bangun siap-siap mandi, iron baju..masa dok kemas baju yang lipat semalam kenit berdua tu dah bangun..standard dah ni kalau time kita sibuk nak pegi keja memang dua-dua bangun la, biasa usung la hantar pegi rumah pengasuh tapi pagi ni sampai hujung minggu ni kan duduk dengan tok depa

Si papanya dah siap-siap kata nak pegi awal sebab cuaca dari semalam hujan kejap turun kejap berenti..dia kan naik motor kena la pegi awal...si syauqi boleh relax ja bye bye papa pegi keja tu..aku plak sambung kemas-kemas lagi sebelum pegi keja

Bye the time aku nak pegi keja si syauqi dah start melalak...hukhuk bikin emo ja ini budak pagi-pagi, si adik dok berebut kuih dekat tok dia...aku pun kata la kat syauqi, “mama nak pegi keja, mama work” tau dia balas apa? “mama jangan la keja, x yah work” read: dengan pelat dia..huhu makin lama makin pandai berkata-kata ni, nak sayang pun boleh jawab “x mau sayang” lari pegi jauh-jauh konon merajuk..hai la anak