Thursday, March 8, 2012

suspen

hari ni kan pengunguman pasal sbpa tu...harap-harap berita yang baik-baik saja...suspen oh kenapa la aku x join rombongan g putrajaya tu? haha boleh dengar secara live kan...suspen nih..haha

p/s: selamat hari wanita pada semua wanita

Wednesday, March 7, 2012

cukupkah air anda minum setiap hari?

okeh ni bukan iklan penaja ke apa...cuma sharing dari kehidupan aku sehari-hari...dulu masa zaman skolah x penah pun aku bawak bekal air pegi skolah..masa matrik ke zaman universiti pun sama...apa kes kan nak bawak botol air..gila x cool..haha tah hapa-hapa punya pendirian

masa zaman matrik ada sorang member satu aras aku tu tiap-tiap hari memang gigih masak air...bekas air memang penuh kat tepi katil dia...sebab heater adalah share satu aras satu ja heater...heater tu la buat masak air, rebus telur, rendam megi..gila ajaib la dia berkhidmat untuk kami..okeh balik topik asal...member aku ni cakap dia kurang minum air...sebab tu bila dia kencing warna kuning pekat...time tu aku rasa macam oh..boleh ka buat penanda aras lagu tu..haha tapi lepas dah lama dan memang semua orang tau kot sehari kita kena minum at least 8 gelas...gelas besar mana? air apa?

dan masa dah kawen ada anak...aku pun ikut la rutin tetap sehari kena minum at least 2 liter..haha bunyi cam banyak kan...kembung la perut minum air banyak-banyak...jap lagi ulang toilet la minum air sampai 2 liter sehari..macam-macam lagi la andaian aku jumpa, tapi demi nak breastfeedingkan anak aku telan jugak 2 liter tu...memang la awal-awal rasa macam terseksa tapi bila dah lama macam x cukup plak

tapi yang menariknya memang aku minum sehari 2 liter..tapi kekerapan aku ulang p toilet lebih kurang dari orang yang x bawak bekal air...maka mana teori minum air banyak-banyak kena ulang p toilet? lagipun ada fakta yang aku penah baca yang kita kena cukupkan air dalam badan kita supaya pundi kencing dan buah pinggang kita sihat...dan aku rasa teori tu betul la kot..kalau dah kurang air..kepekatan garam dalam badan pekat..buah pinggang turut x sihat...lama lagi aku nak guna buah pinggang aku tu

maka korang cukupkah air yang korang minum sehari-hari?

Tuesday, March 6, 2012

what will you do?

apa akan anda buat kalau orang yang anda kenal, tapi x rapat, x la tahap mesra pun, cuma bila jumpa tegur...dan tiba-tiba satu hari dia cakap kat aku "x makan ubat apa-apa ka? lepas dah anak dua ni nampak teruk sangat, kena la jaga penampilan, beza sangat masa belum kawin dengan lepas dah anak dua ni"

serius walaupun aku tau niat dia tegur aku tu iklas sebab orangnya jenis straight forward dan x ada niat lain tapi memang terasa oh...tua sangat dah ka muka aku ni...kerana tidak make-up kah? kerana berkedutkah? dah hitamkah? macam-macam oh dok lam kepala ni...sedih pun ada jugak..huhu

p/s: kalau korang ada orang cakap macam tu..apakah reaksi korang?