Monday, October 3, 2011

perkembangan syaza di usia 5 bulan 2 minggu

ni petang semalam, sebelum tu dok angkat tangan pastu boleh angkat bontot tapi tangan x boleh plak pastu petang kemarin dah leh jadi macam ni tapi belum ke depan lagi...suka lah tengok perkembangan anak-anak ni...

syaza nak lawan ngan abang syauqi ek cepat boleh jalan...sekarang pun tiap-tiap hari abang ajak gusti dengan naik beskal dalam rumah...hihi nasib la syaza ni boleh tahan dengan lasak abang tu cuma bila sakit memang meraung la kejap

Sunday, October 2, 2011

serius sedih...huhu

hari jumaat hari tu sibuk-sibuk g beli bahan untuk buat sambutan besday anak teruna sorang tu...then balik sumbat-sumbat lam peti yang makin crowded sebelah atas ngan susu syaza tu dan lepas sumbat trus aku x ambik peduli dah...

bangun pagi esoknya sebab nak ambik ayam untuk cuci dah rasa pelik awatlah peti sejuk sebelah atas pintu dia macam x rapat dan huwaaa memang pun x rapat sebab salah satu plastik yang letak susu tu tergelongsor dan tolak pintu peti ais...akibatnya semua susu yang duduk dekat dinding freezer udah cair...rasa cam nak nangis...adalah dalam 16 plastik setiap plastik dalam 3oz...waaaaa banyak tu bagi aku...dan kemarin cuba-cuba jugak bagi mek kecik dan si abang minum...si kecik rasa cikit trus x mau sebab mama ada dekat dengan dia, si abang lagi la reject trus...huhu

hari ni ku kirim 3 plastik untuk si kecik ada lagi balance 10 plastik...huhu buat siram pokok la nampak gayanya...itu la sebelum ni dok susah hati sangat macam mana nak habiskan stok bulan 7 kan Allah dah kabulkan...tinggal lagi stok bulan 7 yang dlm plastik sajelah...huhu buka freezer tu tgk dekat pintu dah kosong trus hati jadi kosong jugak...huhu

footnote: hari tu masa g kelas ada kawan sekelas tanya macam mana susu aku boleh jadi pekat, aku pun x tau nak jawab sebab aku x amal ambik vitamin ke apa...cuma makan harus ada nasi, lauk dan sayur...ku x suka berpantang makan dan ambik vitamin...semua itu kuasa Allah juga

Thursday, September 29, 2011

mencabar kebolehan diri

sejak dari aku mula keja kat bahagian ni aku selalu ja terfikir macam mana anak-anak buah aku leh bertahan bila kena masuk keja adalah jam tujuh dan petang masih lagi perlu keluar untuk kerja lebih masa pulang ke rumah untuk bertemu anak bini pula sekitar jam sembilan atau lebih dan pagi esoknya ulang balik rutin yang sama sampai lah hari cuti...ohh hari cuti kalau nasib x baik dapat panggilan pulak keluar lagi buat kerja lebih masa dan derang buat kerja ni dah bertahun lamanya sejak dari bahagian aku ni ditubuhkan...ohh banyak anak buah aku adalah orang lama yang umurnya dah mencecah 30 ke atas...majoriti adalah 40 lebih dan semua adalah lelaki cuma kat ofis je ada sorang pompuan...

zaman aku belum kawen pernah aku cuba untuk keluar lebih masa waktu petang secara berturut-turut dan hasilnya belum cukup sebulan dan flat...huhu letih-seletih letihnya dan tu kira aku yang belum ada tanggungan dan kerja aku masuk ofis kul lapan pagi cuma tambah sikit kena keluar petang balik rumah sekitar jam lapan malam atau lebih, ada la jejak jam sembilan lebih jugak kekadang tu dan zaman bujang bila balik trus zzzz kan

zaman baru kawen belum beranak kecik masih lagi boleh kuar malam even kekadang tu tengah malam bila operasi khas tapi letih tu x yah cakap la..ohh aku kalau keluar pagi awal sebelum jam tujuh petangnya aku x keluar dah lebih masa

dan sejak hari selasa hari tu aku try la konon nak cabar keupayaan diri untuk keluar lebih masa, keluar pagi sebelum jam tujuh dah terpacak dekat bengkel dan petangnya keluar lagi lebih masa...baru 3 hari buat aku rasa macam dah surrender...penat melampau...huhu take noted yang bila kerja lebih masa waktu petang aku cuma ikut saja diorang buat kerja sambil pantau keadaan tapi mereka setiap seorang akan angkat mesin panas yang berat waktu bermula lebih kurang 12kg dan kena pakai pakai overal tutup satu badan dan alat keselamatan diri yang tutup mata, telinga, muka dan hidung

persoalan yang ulang kali dalam kepala otak aku skrang ni...macam mana anak-anak buah aku boleh bertahan sampai ke hari ni dengan rutin harian mereka macam tu..ohh sungguh mereka sangat hebat