Monday, October 29, 2012

raya

tahun ni sekeping gambar raya pun x ambik...huhu x berapa nak rasa feel beraya kot

menu tahun ni lepas kau tanya aku, aku tanya kau jadi la menu nasi nenas, ayam bakar, acar timun...kejap ja dah selesai sebab ramai yang datang lepas solat raya tu, raya kedua plak buat nasi ayam

raya kali ni try bawak anak dara pegi solat raya sebab rasa macam lama ja aku x p semayang raya tapi kau..haha ingatkan nak duduk tepi mak dia yang solat tapi dia buat lawatan kat setiap orang yang sebelah2 mak dia siap cutcak dengan anak sapa tah balik kain telekung orang yang solat, nasibla cuma dua rakaat kalau lebih memang surrender la aku, si abang ok ja ikut papa dia, mungkin syaza kena ditrain lagi kot untuk biasa dengan masjid

cuti cuma sampai ahad dan isnin dah kerja macam biasa..sungguh la raya kali ni biasa-biasa saja, harap tahun depan boleh join buat korban pulak :)

Friday, October 26, 2012

musibah...doakan kesihatannya


berita yang baru dapat petang kelmarin...dikala berapa hari lagi nak raya korban, sorang meninggal sorang lagi kritikal, semalam dipindahkan dari hospital langkawi ke hospital tldm dan dah pun dipindahkan ke hospital manjung..

apapun doakan abang haris selamat dan melepasi tahap kritikal dan sedar dengan baik

Mati kehabisan oksigen



ALOR SETAR: “Arwah sedang menyelam, tetapi masih tidak timbul untuk tempoh lama menyebabkan kami tidak sedap hati sebelum seorang rakan terjun ke dasar laut untuk melihat apa yang berlaku dan menemuinya dalam keadaan tidak sedarkan diri,” kata Azman Yusof, 39, rakan kepada juruteknik Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSPK), Rosli Mohamad Isa, 32, yang lemas ketika melakukan aktiviti menyelam di perairan Pulau Perak, kira-kira 60 batu nautika dari Langkawi, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi, mangsa bersama sembilan lagi rakan dikatakan pergi memancing di perairan berkenaan sejak Ahad lalu.

Bagaimanapun, mangsa dipercayai lemas selepas alat pernafasannya kehabisan oksigen dan tidak timbul ke permukaan dalam jangka masa lama sebelum ditemui kira-kira jam 11.45 pagi.
Azman berkata, arwah sedang menyelam bersama beberapa rakan lain di perairan berkenaan, namun tidak timbul selepas beberapa jam menyebabkan seorang daripada mereka menyelam semula untuk mencari mangsa.

“Seorang rakan kami, Haris Abdullah, 44, terus menyelam untuk mencari arwah kerana dia tidak timbul selepas beberapa jam menyebabkan kami risaukan keselamatannya.

“Apabila Haris menemui arwah didapati dia sudah meninggal dunia dipercayai alat pernafasan kehabisan oksigen manakala Haris dalam keadaan kritikal sebaik naik ke atas bot,” katanya yang ditemui di Jeti Kuala Kedah, semalam.
Abang mangsa, Yusof, 42, berkata arwah tidak menunjukkan sebarang perubahan dan bersikap seperti biasa kerana meminati hobi memancing dan menyelam.

“Arwah meninggalkan seorang isteri dan dua anak. Kami pasrah dengan kejadian ini dan berdoa arwah ditempatkan dalam kalangan golongan beriman,” katanya.

Thursday, October 25, 2012

sindrom M

haih ada lagi 6 bulan ni dah mula M besar...huhu

Wednesday, October 24, 2012

arm kereta

mula-mula dengar macam eh kereta pon ada arm kah? jangan tak tau, mahal tu nak menukar..ada sebut axle ada sebut arm

mula dengan tayar belakang asyik haus sebelah dalam, kejap-kejap kena dok tukar, buat alignment dengan balancing pun x ok masalah masih lagi ulang selang 3,4 bulan.. perit kot nak bayar sekali tukar tayar tu

pastu insiden tayar pecah dekat highway tu, masa tu kata arm tu bengkok, boleh ketuk katanya bawak g repair tapi standard kot jalan kat malaysia ni ada ka yang cun tanpa lubang-lubang ni *cer habaq mai* jadi balik la makan tayar sebelah dalam tu

p kedai baru tau kalau myvi tayar depan saja boleh alignment atau balancing, kalau tayar belakang arm dia adalah fixed x boleh adjust kalau rosak tukar baru kena seketul terus, perodua nak charge RM1800 untuk total kos dan upah..huhu cam nak tercekik tulang ja dengar

tanya kengkawan seofis yang bahagian mekanikal dia cari sparepart dengan kedai charge dalam RM730 untuk tukar, jimat banyak kot di situ, hantar pagi tengah hari dah siap, petangnya hantar pegi tukar tayar dengan balancing dan alignment habis dalam RM320 jugak la

baru bulan ni seronok dah hbs bayar cik myvi tu, skali lebih lagi duit kena keluar, x pa la sebab dok guna hari-hari kan, harap-harap tahan lama la x rosak lagi kali ni
rupa arm tu lepas dah buang...nampak macam x bengkok tapi tengok betul-betul memang bengkok

Thursday, October 18, 2012

setahun 6 bulan

hari ni genap setahun enam bulan perjalanan penyusuan susu ibu untuk syaza..ada lagi enam bulan nak cukupkan dua tahun penyusuan ekslusif susu ibu

harap dipermudahkan perjalanan lagi suku ni, stok dah kais mengais dah...tapi masih lagi cukup untuk syaza sebab dah makan solid ni dah x susah hati sangat

selalu jugak encik laki buli dia time nak menyusu dah pandai marah encik laki x bagi syer nenen dia, balik petang nak nenen siap suruh mama dia baring atas toto, tarikkan bantal, kalau ada sapa-sapa duduk port tu memang dia akan
marah...garang jugak anak dara ni

setakat ni masih lagi tidak bergantung pada apa-apa supplemen dan haeap-harap penuh la dua tahun tanpa supplemen...mudah-mudahan

cerita bateri

malam kemarin di kala gigih mengepam sebab susah hati stok dah kais-kais ayam pastu nak pegi kelas plak esok lusa *dah langgar dinding baru kalut kan* perasan bateri freestyle aku tu dah kelip-kelip mintak charge...ok pegi charge dan masuk tido, kebiasaan bila bangun tido dah full charge boleh guna time seterusnya...

bangun pagi tengok tulis BAtt yang maksud dia dok charge lagi, hati mula la gundah ni, tanya en laki dia tutup plug ke apa semalam, dia kata x usik pun...ok jangan tuduh sebarangan, bawak pegi ofis sambung charge dekat ofis plak

pukul 9 lebih dah masa biasa nak buka production ambik encik pump still dok lambang BAtt lagi, ish musykil sudah ni, x pa pump dulu, pastu keluar kejap naik balik pukul 1 still sama dok lambang tu jugak *malas nak taip BAtt sebab kena tekan shift* hati makin gundah, plus meja selerak tambah lagi double gundah...haha esemen tak siap berdouble gundah

cari no talian hayat yang ada, cik puan dayah kata bateri kong tu, lagi gundah la hati, cari no lactaequip dan call *ha kau, belum apa2 dah gelabah, padahal encik google kata charge dulu 24 jam undisturb tengok ok ke tidak* dan sah-sah la lactaequip pun bagi jawapan yang sama...masa tu sapa-sapa tanya apa pun aku bagi jawapan x sama dengan kehendak soalan..ambik ipad tengok trymasak... *motif tengok resepi?

dah dekat pukul lima, tengok lambang BAtt dah hilang, tapi lambang bateri dok charge dah bertambah sikit...ok kurang dah gundah, bajet balik rumah nak sambung charge lagi...kemas barang nak balik

elok nak start kereta ada bunyi x best, try lagi, dan lagi...huhu bateri kereta kong..nasib kawan ada lagi dia try start 2 kali dah hidup...ok call en laki ajak pegi tukar bateri sebab kewangan dekat dia biarpun aku tau kedai, fulus x dak adalah tidak berguna *serius dah jadi camtu jangan matikan enjin, pegi ja kedai terus tukar, karang dok kena jumper-jumper plak*

hasilnya terbang duit rm170 petang tadi tukar bateri kereta, tapi baik bateri kereta dari bateri encik pump kot sebab encik pump bateri dia cecah 300++..huhu lagi mahal dari bateri kereta yang x sampai 200 tu, berjasa jugak bateri bosch tu 2 tahun 4 bulan untuk myvi aku tu
bukan bateri ni kena tukar
tapi hat ni...redha ja la dah pakai kereta ni kan

p/s: dah 3 kali kena dengan bateri kering ni...huhu memang tiba2 ja dia kong tanpa warning, ka aku yang x perasan?

Wednesday, October 17, 2012

deco ruang menonton

separuh jalan siap...hari jumaat ni pasang kabinet gantung, kabinet untuk dry kitchen x termasuk top dia, tu pun skang ni asyik golek-golek situ anak beranak biarpun tivi tu belum connect astro sebab wayar x sampai

penuh harapan nak tengok hasil akhir yang memuaskan hati ni :)

Thursday, October 11, 2012

lunch hari ni

kenyang sudah..alhamdulillah

lokasi: mc dota sungai petani *tiba-tiba tersalah taip dekat lain channel. feeling update status dekat fesbuk..haha*

Wednesday, October 10, 2012

kids

anak korang yang girls ada x melasak macam ni..memang peel kanak-kanak kot nak-nak tengah zaman melasak ni ke anak dara ku ja macam ni

skang ni apa si abang buat semua dia nak tiru..ni masa dekat langkawi tempoh hari dia lagi advance dari si abang kot..mula-mula abang main telefon dia pun ikut, abang panjat kerusi dia ikut jugak, abang dah senyap sekejap main game dia tarik kerusi pegi panjat kabinet..huhu

si bapak melayan ja si anak naik atas tu tapi seriau jugak kalau jatuh, ambik letak bawah p panjat lagi..sudahnya si abang pun nak ikut jugak

p berjalan dah x nak dukung-dukung, feeling besar nak berjalan sendiri

hai la anak

Tuesday, October 9, 2012

Monday, October 8, 2012

cari idea untuk ruang menonton

ni aktiviti hari sabtu hari tu sebenarnya..alang-alang pegi kelas singgah sini untuk idea ruang menonton nanti

ramai sungguh orang di IKEA..huhu highway jem, jalan nak masuk jem, parking pun penuh, ramai sungguh umat manusia, even nak masuk toilet pun beratur panjang..huhu jumpa jugak parking, plus kawan en hubby disitu...lepak makan-makan, masuk round dalam IKEA habis dekat RM500 jugak la untuk barang aksesori bilik mandi+ dapur

kena ikat perut dah lepas ni sementara nak gaji..nak kena cari kedai kabinet dapur plak lepas ni..gigih ni balik dari IKEA dok lukis sendiri idea nak hias ruang secoet tu

Sunday, October 7, 2012

hari last langkawi

dasar malas nak bercerita tapi nak cerita kan...x banyak sangat gambar aku tangkap sebab lebih banyak adegan kejar-kejar layan kanak-kanak, nak-nak dalam kedai lagi la x daknya aku nak ambik gambar..huhu

tapi berjalan masa bukan cuti sekolah memang heaven..sungguh aku kara macam tu sebab kereta sewa sepanjang kami kat sana dapat rm70 sehari adalah sebijik kereta vios, kalau cuti sekolah rm120 kot, masuk kedai pun x ramai orang

tips yang aku dapat dari tourist guide kat sana:
1. nak beli coklat digalakkan beli dekat ismail group sebab dijamin halal (tourist guide tu kata)
2. nak beli murah beli dekat idaman suri sebab dia ala2 maydin dekat sini tapi kualiti barang adalah so-so saja kena pandai telek
3. nak beli pinggan mangkuk, periuk belanga beli dekat rams sebab kualiti adalah ok

hasil shopping sempat aku beli luggage yang roda 360' tu (sangat berguna roda tu sebab syauqi pun boleh tolak luggage tu dengan gembira), periuk tefal 24cm sekali dengan penutup, set sudu garpu, spice rack( lagi...haha pasni boleh ulang buh kunyit, garam sebab macam la banyak rempah aku dok guna sangat), coklat (benda wajib kot)

total lost jangan dok tanya sebab brapa kali tah aku ulang p atm ambik duit..tu x termasuk minyak gamat, bedak sejuk, baju

*menyesal plak x beli coklat kinder bueno tu banyak-banyak

under water world langkawi

bersempena dah ada masa senggang tu kan sempat la bawak kanak-kanak jalan-jalan sini tengok ikan

patut harga tiket dewasa RM28 lepas tunjuk mykad tp encik hubby bawak kad kerja dia dapat rate goverment staff jadi RM22 untuk sorang dewasa, syauqi plak patut RM11 tapi aku tanya la kalau 3 tahun 1 hari kena byr x? padahal masa tu dah 3 tahun 5 hari kot...dia kata x payah save la RM11 tapi beli souvenir magnet fridge dengan mainan habis gak la RM60++ huhu nasib magnet fridge dia memang lawa...tiap kali tengok peti ais dok keciwi sorang-sorang

berbaloi kot masuk jalan-jalan dalam ni sebab dua-dua budak tu suka sangat sampai x mau keluar, selain dok tunjuk-tunjuk akuarium dengan sebut bahasa kanak-kanak depa tu sempat buat kawan dengan anak pak arab mana ntah

habis tour tu masuk ja keta trus dua-dua tumbang, keletihan kot sampaikan makpak depa singgah ismail group cari luggage dengan cokolat pun x bangun jugak

Friday, October 5, 2012

galeri perdana part 2

susahnya nak bergambar dengan anak daraku itu...huhu melasak mengalahkan si abang...nak berjalan x berenti

sempena lawatan ramai2 ni dapat masuk free galeri perdana ni...kalau x kena bayar, berbaloi la masuk jalan-jalan sini

galeri perdana part 1

Tuesday, October 2, 2012

langkawi

berkursus 3 hari 2 malam dekat sini...bawak rakyat sekali sambil kursus sambil kita jenjalan...since jadual ada senggang sikit sempat la kot jenjalan dekat certain place untuk kanak-kanak berhibur

both kanak-kanak adalah eksaited melampau, x sure sebab naik feri, tengok laut atau duduk hotel, aku rasa semua kot..tengok telefon dalam bilik hotel pun eksaited melampau...acanne tuh? haha

esok nak kena buat list ni apa yang best dekat ismail group dengan idaman suri...haha

Monday, October 1, 2012

home deco

projek mencantikkan rumah tapi baru mula sikit-sikit sebab kekangan masa...huhu weekend pun belum tentu melekat dekat rumah sebab ada kelas lagi, x pa menuntut ilmu satu ibadah kan kan

ni semalam punya agenda la, cat ruang tengah tu sebab in future plan nak buat ruang menonton dekat situ, letak kabinet tv, hat tu x dan survey lagi sebab x sempat, minggu depan baru boleh kot

beli cat 5liter tapi guna x sampai suku tin pun..haha kena tipu ngan tokei kedai hardware tu suh beli 5 liter padahal ruang nak cat cuma 7x10 ja...bajet cat lebih tu boleh kot cat ruang dalam bilik tido plak supaya tidak membazir
*baru tau cat sendiri adalah lebih seronok*