Tuesday, December 11, 2012

donut cutter

orang dah lama kot guna benda ni...maafkanlah saya budak baru belajar ni..haha sebelum ni macam-macam rupa dah donut aku buat...last skali dah malas aku uli bulat2 jadi macam sugar ball...haha

last skali komen dekat blog kak lg kata ada donut cutter ka shaper ni...dan bila google memang ada rupanya menatang ni..maafkan sekali lagi kejakunan mak budak ni...excited ni jelajah giant nak beli menda alah kecik ni..skali x ada..huhu dah macam frust, then teringat kedai bakery dekat-dekat dengan giant tu jugak...jumpa benda di idamkan + durian crepe..murah kot durian crepe dia, 6 biji rm5, tapi time tu selsema x brani nak beli

pagi ni dah berjaya rasmikan dunot cutter ni..tapi sebab first time guna x pandai agak tebal mana dough tu..bila goreng jadi macam tayar..haha x brapa nak comel bentuk dia tapi rasa dah ok...

syauqi adalah excited dia memang suka makan donut, syaza makan gula kat tepi sahaja, syazwan makan x kata apa-apa, my mom makan x komen jugak :) nanti nak buat letak coklat atas plak



1 comment: