Friday, February 22, 2013

mesin jahit dan RM5

lama dah kot berangan nak ada mesin jahit sendiri ni...tahun ke tahun dok cita-cita rangka dalam minda dan angan-angan penuh berbunga-bunga nak jahit macam-macam sendiri, nak plak sekarang ni kan upah jahit baju kurung biasa pun boleh tahan harga upah dia, blum kira baju melayu lagi harga upah lagi mahal dari harga kain, kain langsir pun sama jugak maka lagi panjang la list cita-cita nak jahit sendiri...

puas karang ayat bunga-bunga cinta dekat en hubby nak beli mesin jahit tapi asyik la tak lepas huhu sekali lagi kecewa..paling kemuncak sekali masa submit loan nak settlekan hutang kereta, beli mesin air gedabak tu dengan sikit settlement personal loan..kalau ada lebih pun ada jugak karang angan-angan untuk mesin jahit idaman kalbu tu, tapi biasalah kan sebelum dapat duit list untuk belanja tu mesti lebih dari list duit yang dapat..nak plak list wang proses, list advance payment dengan duit setem segala tu list duit yang dapat lagi short dari harapan..hukhuk sekali lagi postpone untuk beli mesin jahit idaman

tengok member baik simpan duit rm5 sampai boleh daftar pegi haji maka timbul jugak idea nak simpan jugak duit rm5 tu...mula dari hujung bulan 10 tahun lepas dan hujung bulan 1 tahun ni cukup duit untuk beli mesin jahit idaman..tak aim pun brand apa sebenarnya sebab plan adalah simpan sampai cukup rm750 lepas tu cari ja mana mesin jahit yang ada dengan harga tu...rezeki kot masa tu kedai dekat depan intan sungai petani tu buat offer dari harga asal RM849 jadi RM699..rezeki rezeki, nak tiru jugak idea ni? senang ja bila dapat duit RM5 sekeping tu simpan, tak kisah la bila beli dapat, sengaja tukar RM50 sebab nak RM5 janji RM5 sekeping..cuma tak bestnya RM5 ni kalau yang lama banyak koyak, di salotep hilang hujung-hujung, macam-macam lagi la. dulu try simpan RM10 sekeping tak pun RM1 tapi macam asyik nak terguna maka tak berjaya

dah lepas satu aim yang lama dok postpone bertahun-tahun, dan sekarang ni pun still simpan lagi duit RM5 tu tapi aim untuk benda lain plak...tunggu lepas raya puasa nanti baru boleh spend duit simpanan RM5 tu.. ^_^

Thursday, February 21, 2013

erti sebuah keputusan

dekat seminggu kot dapat keputusan dan dekat seminggu ambik masa untuk terima realiti dan hakikat...huhu ye kali ni keputusan exam adalah sangat teruk dan paling teruk untuk semester yang ada...satu gagal dua lagi cuma cukup-cukup makan memang buatkan daku terkedu dan merasakan yang itu semua adalah mimpi-mimpi buruk dan akan berakhir bila dah bangun...huhu

tapi tak tu memang realiti...hakikat tiap-tiap semester mesti bersungguh-sungguh di awal semester, banyak berlengah di tengah semester dan usaha di akhir semester dan kali ini memang tidak lagi berkesan...huhu otak banyak digasak dengan soalan akhir waktu memang jem...banyak kot soalan tak yakin jawab maka dapat la keputusan yang ngeri untuk dikenang tu

nak salah orang memang tak kot memang dah salah diri sendiri maka seminggu ambik masa nak terima hakikat keputusan yang ngeri tu adalah hasil dari apa yang diusahakan...perlu lebih tingkatkan usaha..nak berputus asa dah tak boleh cuma tinggal 3 semester lagi untuk usaha lebih..huhu

dan tinggal lagi brapa hari sebelum bermula semester baru kena lebih tingkatkan usaha..x mau lagi berangan di tengah semester dan sedih tengok keputusan yang sedih tu..huhu

p/s: nampaknya perancangan nak tambah ahli keluarga kena la hold dulu...huhu

Wednesday, February 13, 2013

baucer buku 1 malaysia

menunggu sejak dari diumumkan lagi pasal pemberian baucer buku ni, dulu rm200 dah rasa lumayan dah ni dapat lagi tambahan rm50 jadi rm250 bertambah lagi lumayan serta tambahan rm50 baucer dari popular dan kad keahlian free double lagi rasa lumayan tu...

puas la memilih buku yang nak dibeli...rasa mau beli semua tapi tahankan hati...pilih pun lama jugak skali dekat kaunter lepas dikira jumlah harga, tolak yang tidak perlu skali masa suakan baucer tu dia cakap tak boleh terima sebab salah tulis no matrik dekat ruangan ic dan dipotong, x boleh potong kena p ambik cop pengesahan dekat universiti balik..huhu hati dah kecewa sebab dah la hari khamis dah hampir pukul 3 dah masa tu, kat kedah hari khamis pejabat tutup pukul 3.30... huhu dah last day sebelum raya cina pulak tu...nak tak nak kena tunggu lepas raya cina la jawabnya

tapi dah rezeki kot lepas raya cina p balik uitm sg petani dah ambik cop pengesahan dekat zon kewangan uitm, baucer tu dah selamat dibelanjakan termasuk baucer tambahan dari popular..selesai dah guna ^_^ maka bulan ni boleh jadi bulan membaca untuk saya

mood: happy macam nak lompat bintang



Monday, February 11, 2013

surprise dari etiqa

salam,
cuti tahun baru cina yang 2,3 hari dapat baru-baru ni daku berkesempatan balik kampung dan terlihat surat-surat yang dihantar guna alamat kampung...satu bulan 12 kot satu lagi bulan satu...lama jugak x balik kampung..huhu padahal bukan jauh mana pun...alasan sibuk semata, kena belajar lebih mencuri masa menjengah orang tua di kampung lepas ni

dan x disangka-sangka dapat surprise cek dari etiqa...bukan satu tapi dua cek..satu dengan jumlah rm50++, satu lagi rm30++ x sangka la jugak sebab sebelum ni x penah pun dapat, daku syak duit ni dari renew insuran kereta..sebab tu ja hubungan dengan etiqa yang aku ada...tu pun renew guna maybank, selain ada sekali guna myeg

since ni dikira rezeki x disangka-sangka belum ada keputusan nak buat apa..macam banyak je kan dapat...haha rasa kena p cashkan dulu kot

*berazam nak kembali update blog hari-hari...hai cik mood, x kan hang pun cuti sem jugak*



Tuesday, January 22, 2013

bersawang sudah

wah macam rumah tinggal dah ni lama sangat tak berupdate...huhu setahun dah ni... ^_^ mula dengan cuti-cuti hujung tahun terus sambung sibuk dok pulun last minit study exam skali dah sebulan rupanya blog ni sepi...huhu

tahun baru kena berazam baru lah...tambahkan vitamin R

mood: #tiup sawang fuhfuh... ^_^

Friday, December 28, 2012

new baby

as salam, hari cuti krismas tempoh hari sempat balik jengah ke kampung melihat khabar berita our new baby di sana...dah sebulan kot baru sempat tengok..oh ni bukan sesapa beranak ke apa...tapi daku dan encik hubby baru berjinak-jinak pasang mesin air ni untuk pelaburan masa depan...nak meniaga barang x reti so try la meniaga air dulu...kalau ok boleh tambah lagi mesin ni..

harap-harap tu akan balik modal la sebab nak keluarkan modal seketul tu agak mencabar poket jugak..huhu letak dekat depan rumah mak mertua di rantau panjang nun...sebelah sekolah rendah...karang tahun depan kita balik jengah lagi mesin ni dan apa perkembangannya...

korang cuti krismas buat apa? daku balik ke sana siap terlibat dengan banjir le plak..haha nasib la boleh balik sungai petani dengan selamat..kalau x naik bot x pun berenang la jawabnya...hujan dua hari dengan selebat-lebatnya trus air naik dengan cepatnya, nasib satu lagi jalan air surut cepat..sampai la jugak balik sungai petani ^_^