Wednesday, February 13, 2013

baucer buku 1 malaysia

menunggu sejak dari diumumkan lagi pasal pemberian baucer buku ni, dulu rm200 dah rasa lumayan dah ni dapat lagi tambahan rm50 jadi rm250 bertambah lagi lumayan serta tambahan rm50 baucer dari popular dan kad keahlian free double lagi rasa lumayan tu...

puas la memilih buku yang nak dibeli...rasa mau beli semua tapi tahankan hati...pilih pun lama jugak skali dekat kaunter lepas dikira jumlah harga, tolak yang tidak perlu skali masa suakan baucer tu dia cakap tak boleh terima sebab salah tulis no matrik dekat ruangan ic dan dipotong, x boleh potong kena p ambik cop pengesahan dekat universiti balik..huhu hati dah kecewa sebab dah la hari khamis dah hampir pukul 3 dah masa tu, kat kedah hari khamis pejabat tutup pukul 3.30... huhu dah last day sebelum raya cina pulak tu...nak tak nak kena tunggu lepas raya cina la jawabnya

tapi dah rezeki kot lepas raya cina p balik uitm sg petani dah ambik cop pengesahan dekat zon kewangan uitm, baucer tu dah selamat dibelanjakan termasuk baucer tambahan dari popular..selesai dah guna ^_^ maka bulan ni boleh jadi bulan membaca untuk saya

mood: happy macam nak lompat bintang



Monday, February 11, 2013

surprise dari etiqa

salam,
cuti tahun baru cina yang 2,3 hari dapat baru-baru ni daku berkesempatan balik kampung dan terlihat surat-surat yang dihantar guna alamat kampung...satu bulan 12 kot satu lagi bulan satu...lama jugak x balik kampung..huhu padahal bukan jauh mana pun...alasan sibuk semata, kena belajar lebih mencuri masa menjengah orang tua di kampung lepas ni

dan x disangka-sangka dapat surprise cek dari etiqa...bukan satu tapi dua cek..satu dengan jumlah rm50++, satu lagi rm30++ x sangka la jugak sebab sebelum ni x penah pun dapat, daku syak duit ni dari renew insuran kereta..sebab tu ja hubungan dengan etiqa yang aku ada...tu pun renew guna maybank, selain ada sekali guna myeg

since ni dikira rezeki x disangka-sangka belum ada keputusan nak buat apa..macam banyak je kan dapat...haha rasa kena p cashkan dulu kot

*berazam nak kembali update blog hari-hari...hai cik mood, x kan hang pun cuti sem jugak*



Tuesday, January 22, 2013

bersawang sudah

wah macam rumah tinggal dah ni lama sangat tak berupdate...huhu setahun dah ni... ^_^ mula dengan cuti-cuti hujung tahun terus sambung sibuk dok pulun last minit study exam skali dah sebulan rupanya blog ni sepi...huhu

tahun baru kena berazam baru lah...tambahkan vitamin R

mood: #tiup sawang fuhfuh... ^_^

Friday, December 28, 2012

new baby

as salam, hari cuti krismas tempoh hari sempat balik jengah ke kampung melihat khabar berita our new baby di sana...dah sebulan kot baru sempat tengok..oh ni bukan sesapa beranak ke apa...tapi daku dan encik hubby baru berjinak-jinak pasang mesin air ni untuk pelaburan masa depan...nak meniaga barang x reti so try la meniaga air dulu...kalau ok boleh tambah lagi mesin ni..

harap-harap tu akan balik modal la sebab nak keluarkan modal seketul tu agak mencabar poket jugak..huhu letak dekat depan rumah mak mertua di rantau panjang nun...sebelah sekolah rendah...karang tahun depan kita balik jengah lagi mesin ni dan apa perkembangannya...

korang cuti krismas buat apa? daku balik ke sana siap terlibat dengan banjir le plak..haha nasib la boleh balik sungai petani dengan selamat..kalau x naik bot x pun berenang la jawabnya...hujan dua hari dengan selebat-lebatnya trus air naik dengan cepatnya, nasib satu lagi jalan air surut cepat..sampai la jugak balik sungai petani ^_^











Monday, December 17, 2012

doqhoyan crepe

dulu kemain kan susah nak dapat durian crepe...zaman dipanggil durian penkek, durian ketayap..hukhuk merasa la susah membuatnya terus tobat x mau buat dah...renyah sangat nak balut kecik-kecik tu...buat satu tupperware untuk jamuan ofis trus x mau dah buat

tup tup 2 tahun lepas tu glemer sungguh durian crepe ni...nama dari durian penkek dah jadi durian crepe...merata-rata ada orang jual..tapi sebab harga bagi aku melampau mahal x beli jugak pun...biarpun rasa memang sedap...

skali masa pegi nak cari donut cutter tu jumpa kedai bahan buat kek..dekat biskut & cake house jual harga murah sungguh 6 bijik = rm5 ok affordable untuk lepas gian dah lama x makan kan...berbaloi beli sebab isi durian dia banyak...sebelum tu makan member beli cream lebih dari isi

sapa dok sp boleh la terjah kedai kek ni...nak rasa durian crepe kan..untuk harga tu memang berbaloi-baloi



Sunday, December 16, 2012

selamat pengantin baru...my cousin

kelmarin majlis kesyukuran sempena sepupu aku nan seorang itu dah selamat menjadi isteri orang...tahniah pada sepupuku nurul umi syafina dan pasangan mohd fitri...majlis akad nikah pada hari jumaat malam dengan sekali lafaz dah selamat jadi suami isteri...*cam kagum dengan sekali lafaz boleh sebut semua dengan jelas...* tok kadi adalah tok kadi yang sama masa daku bernikah 4 tahun yang lepas, masjid sama cuma masa yang berbeza *tetiba feeling nostalgic*

majlis bertandang pulak pada minggu depan di pulau pinang...*agak-agak ada menu nasi kandar x?* insya Allah kalau x ada aral akan join jugak majlis bertandang nanti..boleh la interfrem muka belakang pengantin pun jadi la

malas nak bercerita panjang-panjang layankan gambar sajalah yer