Sunday, November 18, 2012

kereta lego

ni mula masa p kelas tempoh hari, 2 kali isi minyak dapat beli dua buah kereta..pastu menyesal isi full sebab minyak lambat habis sebab nak beli lagi sebiji keta ni...haha cam poyo ja

hari rabu hari tu ngam ngam minyak turun jadi 3 takuk x dan dan pegi shell sebab nak beli lagi sebiji kereta ni plus nak voucher legoland...haha dah lengkap separuh koleksi...tunggu hujung bulan ni kumpul lagi 3 dah cukup 6 biji kereta lego ni

layankan je la mak dengan bapak budak mengumpul lego ni...zaman kekanak dulu x boleh, dah besar boleh beli ni pun seronok dah...haha

voucher legoland

dah lengkap 3 voucher untuk masuk legoland...valid till march 2013... heee dah x sabar ni nak p legoland, bila nak p? tettt nnt dah kalau jadi baru war warkan lagi, buat masa la kumpul dan rancang dulu perjalanan

dapat 2 voucher masa isi minyak dekat shell, isi minyak ron97 RM50 ke atas dapat 2 voucher, pastu kak ellismie kasik satu cukup la 3 voucher...si kecik syaza bawah umur masuk free...terima kasih daun keladi dekat kak ellismie sebab bg voucher free...nanti kalau ada FM cun-cun pz cari bg naaa...



Tuesday, November 13, 2012

diwali

happy deepavali to all indian friends...biarpun member india aku brapa kerat ja tapi still aku feel nak ucap gak sebab cuti kan hari ni...esok keja pastu cuti pastu cuti dan cuti...haha bab cuti bila-bila pun best

hari ni plan nak pegi kenduri sepupu jap...tapi sementara ibu mertuaku ada dirumah, kita masak sedap-sedap dulu, menu hari ni nasi ayam, ayam bakar madu, sayur sawi dengan sup ayam...karang petang sikit baru bertolak balik untuk makan kenduri plak...


Saturday, November 10, 2012

10.11.12

sempena tarikh yang cun melecun tu kan...ramai sungguh orang yang ambik kesempatan bina masjid hari ni, jemputan untuk isi perut memeriahkan majlis pun berderet-deret, tinggal pilih mana satu yang boleh pegi ja kan kan ...tapi huhu aku adalah di sini, di puncak alam untuk sesi seminar ke 4 untuk semester ni

x pa lah demi masa depan yang cemerlang dan terbilang, chewahh padahal ayat penyedap hati sebab x bleh attend my BFF punya wedding dekat bukit tampoi...huhu

to my BFF selamat pengantin baru Pn Rahmawatini dengan pasangannya..hadiah nanti la aku susulkan hukhuk

Thursday, November 8, 2012

kenit bertiga

sorang dah kemain lagi melompat-lompat, sorang lari2, sorang lagi merangkak...main bola rebut-rebut sambil gelak mengekek, apa yang best tak tau la, nasib malamnya x ngigau...heee

Monday, November 5, 2012

musim hujan

asal petang ja hujan, hujan ja petang huhu siap dengan pakej guruh kilat sabung menyabung lagi tu..takut la jugak bila guruh dentum dentam tu sampai gegar-gegar cermin, nak plak kerusi aku brapa inci ja dari cermin tu

petang tadi punya kes siap dengan kejutan lagi masa turun parking lot dekat bawah, air bertakung huhu nama ja kot bangunan baru dah banyak pahat bunyi merata-rata

tapi petang tadi memang lebat dari biasa kot sebab perjalanan balik rumah lagi mencabar dari biasa, air bertakung atas jalan di merata-rata, patut dalam 15 minit travel dah jadi 30 minit, nasibla selamat sampai

dengarnya banyak jugak kan dah banjir, kira takat air takung atas jalan ni hal kecik la dari banjir tu...moga di mudahkan urusan dan cepat-cepatlah air surut

oh daku tengah gigih menaip satu jari ala-ala typewriter sambil ayun buai syaza