Thursday, July 26, 2012

kemas mengemas

biarpun katanya pindah secara rasmi lepas raya tapi hari ni dah prepare kemas-kemas, vakum karpet, lap cermin susun fail

nama ja gotong-royong tapi kenapa macam orang lain dok buat kerja dari tadi...haha

apapun tempat saya sudah bersih..lalala boleh duduk dengan selesa dah

Wednesday, July 25, 2012

tayar pecah

ni kejadian hari jumaat petang yang lepas tapi baru ada kekuatan nak bercerita...huhu ampun la gambar kemain lagi publish tapi cerita nan ado

aku masa tu on the way nak balik kuala nerang dari sungai petani, baru lepas RNR gurun dan dekat area bukit jenun tu ada bunyi kuat pastu macam keta goyang-goyang...masa tu terfikir apa jadi peluk syaza kuat-kuat

ambik masa dalam 5 minit jugak la untuk encik hubby keluar, kena tenangkan diri dulu..aku pun keluar jugak tengok nampak tayar belakang pecah, skirt ke bumper eh nama dia tu dah terkoyak plus cover lampu dah pecah jugak *hati pun rasa terkoyak masa tu...huhu

call abang aku kot-kot dia balik jugak tapi katanya tengah keja, call plus mintak bantuan, ada plan nak tukar sendiri tapi dua-dua laki bini x pandai...haha dok confuse nak putar kiri ka kanan

masuk balik lam keta x lama ada keta saga putih berenti belakang tanya apa masalah dengan keta, mintak jack apa semua nak tukar, dalam brapa saat ja dia longgarkan nat yang tadi kami dok confuse kiri ka kanan tu, elok dah longgar nat tu x sempat nak jack trus peronda plus sampai...orang tadi trus masuk keta dan blah

plus kata ada eksiden sebelum sampai alor star selatan dan depa nak p tengok sana dulu, dia buh kon belakang dan katanya try la tukar dulu kalau x berjaya gak japg dia datang balik

rasa nasib baik tadi keta putih tu kan dah longgarkan nat tu tinggal nak jack dengan tukar tayar ja... tu pun dok confuse gak kiri ke kanan...haha first experience ni encik hubby tukar sendiri, nasib jugak hari masih cerah, tukar tayar pastu gerak slow-slow, masa sampai dekat dengan alor star selatan nampak peronda plus ada lagi situ x sudah lagi, time nak angkat tayar yang pecah tu ke bonet, jari encik hubby luka sikit terkena dawai-dawai dekat tayar tu

besoknya cari kedai tukarkan tayar dua-dua belakang kos dalam rm300, cari kedai check arm kereta yang sebelah belakang sebab tayar tu haus sebelah dalam saja, punca boleh meletup tu, dia ketuk-ketuk arm tu tapi x mau duit, pastu tukar skirt skali cat dalam RM350, cover lampu x tukar lagi tapi kos dalam rm200++ gak la, alignment dengan chamber dalam rm42..huhu hutang dengan mak rm650 jugak tu

tapi apapun nasib baik x jadi apa-apa dekat kami berempat cuma kena keluar duit repair kereta ja

Tuesday, July 24, 2012

payday

maka kena mula buat list bayar hutang-hutang...list shopping raya..list makanan bulan posa *azam nak kurangkan singgah bazar tahun ni, setakat ni baru sekali ja pegi :)

masuk banyak sekian-sekian jangan yang keluar jap lagi negative sudah la..boleh dah ni survey baju raya dekat bawah ofis ni...lalala

Monday, July 23, 2012

dapat kurma free

hari ni dapat lagi kurma free..sebab aku kata lagi tu sebab sebelum mula posa hari tu ofis encik hubby dah bagi kurma free yusuf taiyob tu satu kotak

hari ni ofis ku bagi 2 kotak kurma yusuf taiyob jugak dengan kordial sunquick satu botol besar...acara wajib kot kurma dengan kordial tu setiap tahun selain dari dekat nak raya dapat beras pulut, :) suka la benda free kan jimat jugak dibulan posa ni

gambar kurma x yah ambik la kot..haha tayang gambar orang dapat kurma dah la :p
siap laga pipi dengan puan ydp...jangan x tido malam sudah la

Sunday, July 22, 2012

instagram

orang lain dah lama guna kot...haha aku ja baru terkial-kial nak belajar guna, ambik gambar pun biasa-biasa saja



segan pada orang lain yang dah lama guna tapi macam best jugak instagram ni yer

mak budak yang baru nak belajar instagram...hihi

p/s: baru separuh hari posa dah pikir nak masak apa buka posa

Saturday, July 21, 2012

kejadian petang kelmarin

selamat berpuasa pada semua