Friday, July 13, 2012

sehari tinggal..

baru sehari tinggal rumah encik hubby sms pagi tadi kejadian dia dengan anak bujang dia...syauqi duduk dengan papa dia waktu malam, siang hantar rumah pengasuh petang karang ambil balik duduk rumah dengan dia

sms pagi tadi "syauqi kencing atas tilam besar" dan dan terbayang situasi nak kena handle balik satg...huhu

encik hubby cakap anak bujang dia tu minum air banyak sebelum tido maka terbocor...huhu kalau biasa dia tdo tilam bujang dia tapi since tinggal berdua tido tilam besar la

hwaaaa tilam ku

Thursday, July 12, 2012

berkursus kita yer

bermula berkursus malam ni...3 hari 2 malam di sini harap-harap dapat la sedikit ilmu

kursus dengan big-big boss dalam mpspk ni sedikit gayat...huhu sedangkan nak jumpa dalam hari-hari biasa pun kalau boleh asyik nak mengelak ja..haha segan oh

dah dah sambung balik berkursus

jemput makan

menu makan malam ni....penat berjalan last-last beli anak tudung rega rm2.20 ja dekat muaz textile jalan tar

bayar cab lagi mahal kot pegi rm5 balik rm6

exploring kl

feeling pelawat petang ni, dah check in bilik, dah bersihkan diri... kita jalan-jalan dulu tengok apa ada dekat sogo dengan jalan TAR tengok apa yang ada

jangan tergoda sudah la sebab tengah-tengah bulan ni paham-paham je status kewangan ni...haha

okeh tuan belog nak berjalan-jalan jap...daaaa

rehat sebentar

dalam perjalanan ke kl, singgah sat dekat restoran jejantas sungai buloh ni untuk makan-makan

percaya tak sepanjang dok travel biarpun untuk pegi kelas ataupun apa-apa urusan ni la first time singgah kat sini sebab kebiasaan selalunya singgah dekat RNR tapah x pun bukit gantang...

lunch KFC kita tengah hari ni yer..jemput-jemput

Wednesday, July 11, 2012

selamat bertunang

ni dah berhari baru nak upload cerita...ampun huhu dah ambik gambar tapi peram, gamaknya kalau leh buat pekasam tu mesti dah ok dah...haha

bertunang selepas brapa tahun berkawan dan lansung mungkin ujung tahun ni...aku jadi tukang makan dengan menyibuk je la...makanan diprepare oleh katering, pelamin pakej tempah dengan baju dan andaman, mudah ja zaman la ni kan
x leh rotate dah gambar ni...yang menengok jangan teleng sudah la ye
ni kerja anak teruna aku dikala orang tengah sibuk dalam rumah, dia sibuk bergusti dekat luar...ni ja kot setakat ni member boleh main dengan dia...anak jiran pun dah boikot x mau main dengan dia sebab kasar sangat...tapi makin hari dah makin mendengar kata...Alhamdulillah
mak dara pun nak interpreme jugak... :) 
sepupu yang sebaya dengan pizet cuma berbeza bulan...dulu zaman sekolah rendah darjah 1-6 sekelas, sentiasa ada untuk jaga dia dari kena buli, sekolah menengah dah lain kelas tapi satu sekolah lagi, tiap-tiap hari pegi sekolah sama-sama, sama-sama tunggu bas, lepas tingkatan 5 dia dah masuk alam pekerjaan, pizet plak sambung lagi belajar dan sekarang dua-dua berkerja di daerah sama cuma tempat kerja ja x sama :) 

doakan jodoh diorang ni...harap-harap sampai la ke anak cucu

p/s: esok nak ke kl, berkursus 3 hari dekat hotel legend
updated: bukan legend rupanya tapi regency