Wednesday, November 16, 2011

perkembangan syaza...

sebenarnya gambar ni capture 11.11.11 (eceh dah lepas pun nak mention kan) tapi sebab masa tu malware lagi dekat blog ni maka hold la dulu..hati cam ralat sangat la sebab excited lebih nak cerita...haha anak punya progress mak dia excited lebih..haha nasib ko la syaza oii dapat mak cam ni

tempat yang sama macam abang dia dulu-dulu jugak...dekat kotak yang patut connect telefon ni...nak kena godek gambar lama ni nak matchingkan...hihi

pastu doh boleh berdiri sendiri trus confiden nak lepas tangan plak...ada la gedebuk jugak pastu nangis jap

then sebab mak dia eksaited ke papa dia eh ambik la kotak simpan cloth diaper untuk syaza buat tolak-tolak...pandai gak dia g kat kotak tu

lepas tu sibuk nak korek-korek sticker atas kotak la plak sambil tolak sambil korek-korek sticker...tah hapa-hapa ja kan pastu ada gak jatuh...hihi nangis lagi la

dah simpan kotak...tapi x pe idea kreatif dia kot, p panjat tempat tv ni...tapi rasa-rasa hujung rak tu apa rasa yang ada
ohh mama ambik gambar saya ka? pusing jap senyum pastu gayat sebab x reti nak turun balik...syaza skang dah pusing satu rumah..bilik air memang x brani la buka tinggal takut tiba-tiba dia merangkak masuk..merangkak pun dah makin laju skang ni, selain dari aktiviti memanjat ni

Monday, November 14, 2011

nak tengok...sambil guling-guling atas lantai

sebelum ni dengar-dengar ja kata nak jadi filem novel ni...pastu dengar lagi katanya bulan 12 ni masuk panggung...ohh malam sebelum aim tu ada plak pasang trailer cerita ni kat tv...dan dan rasa teruja...arghh terus teringat-ingat...trus rasa nak ambik cuti hari 1hb disember ni sebab nak g panggung nak tengok cerita ni...gila poyo gila kan kan... nak buat macam mana dah tahap obses katanya dengan novel ni..haha



pastu siap like lagi tu dekat fesbuk...haha

nak nak plak watak hariz tu Aaron Aziz plak...teruja itu berganda-ganda (ohh jangan salah faham aku bukan fanatik fan dia...cuma suka lakonan dia saja)

Wednesday, November 9, 2011

malware lagi

pagi tadi buka email dapat message dari twitter yang sejak bila aku aktif..haha pasal malware dekat blog..huhuh x pasal-pasal ja bagi aku sakit kepala...betul-betul wordless wednesday la lepas tu...buka blog orang len rasa nak komen tapi x boleh...serius tensen, buka blog sendiri ada warning sign lagi la bertambah tensen...huhu sangat sakit di hati...mintak review dekat google dia cakap ambik masa 1 week...ciss saja kan nak tambah tensen dekat hati ini...

malam ni boleh plak aku buka...harap-harap sudah x dok la malware tu...geram ada, sakit hati pun ada..huhu

footnote: those yang linkkan blog aku...sori la eh x pasal-pasal dapat warning jugak

Thursday, November 3, 2011

syaza solid food, diploma in breastfeeding

dah brapa menu baru dah cerita-cerita kan...huhu aku start buatkan solid untuk syaza sejak 17/10/11 lepas..huhu dah nak dekat sebulan dah kasi solid dekat mek ni...try brapa resepi dah...mula-mula bagi bubur nasi kosong je x campur apa, then nasi campur karot, lepas tu puree apple then hari ni start puree labu @pumpkin semua resepi tu aku try untuk 4 hari berturut-turut untuk bagi dia adapt dengan rasa

ni dari pembacaan aku la..."setengah ibu cenderung untuk bagi bayi mereka makan tapi jangan terlalu ghairah...perlu bagi bayi tersebut masa untuk menerima rasa makanan tersebut, dicadangkan 4 hari berturut-turut menu yang sama supaya bayi tidak terkejut dengan rasa dan tekstur makanan tersebut"

buat untuk 2 kali makan setiap kali masak...ni buat semalam untuk hari ni...gigih ni bangun tengah malam buat bubur (padahal terjaga sebab botol susu ngan pump belum basuh...haha)

dah siap kena bekukan dulu sebelum esok bagi dengan pengasuh syaza...yang dalam plastik tu stok susu syaza...saja interpreme jugak...hihi saja kan tayang-tayang
kami berdua in pink..hihi kejap je kan dah 6 bulan tu...dah dapat diploma in breastfeeding...aim for degree plak..
diploma-6 bulan fully breastfeed tanpa campur apa-apa susu atau solid
degree-1 tahun breastfeed tapi campur solid, bukan formula milk
master-1 tahun 6 bulan breastfeed campur solid tapi bukan formula milk
phd-2 tahun breastfeed campur solid tapi bukan formula milk

5th-anniversary-giveaway

ni plak GA dari kak ayu...sempena anniversary kawen yang ke5...wah pz pun baru 3 tahun lebih...hihi nak join jugak boleh terjah blog dia bila cinta bersatu

ucapan pizet:

ikatan yang suci lahir dari dua hati yang bersatu dalam rumahtangga, moga akan terus berkekalan dan dilindungi ilahi...sentiasa bertolak ansur dan saling bantu membantu dalam merahmati rumahtangga hendaknya, diserikan lagi dengan zuriat kurniaan ilahi...amin

tarikh tutup: 17.11.11 @ 12.00am

footnote: x penah wat ayat romantik ni...haha rasa lain macam sikit menaip...harap-harap ok la hendaknya yer kak ayu yer

Wednesday, November 2, 2011

GiveAway dari Yanmieonline


tarikh tutup: 11.11.11

fuhh rasa cam lama ja aku tak join GA ni...nape ek malas kot...hihi kali ni rasa nak join GA plak ni dari kak yanmieonline.com...harap-harap saya adalah salah sorang yang bertuah tu yer...hihi

komen aku pasal blog kak yanmieonline.com ni:
-simple je blog ni...nampak tenang ja bila masuk...kot-kot ada perancangan nak tambah kaler-kaler
-boleh jugak nak tambah shoutbox ke apa...ish tapi pizet pun baru buang shoutbox...camna tu..hihi
-jugak boleh tambah gambar-gambar kat tepi bagi nampak colourfull konon la kan...hihi
-blog archieve pun boleh letak..kot-kot nak membaca cerita-cerita lama

lain-lain x de kot nak komen lebih-lebih (sedar diri blog sendiri x semenggah mana...huhu)

nak join jugak boleh ja terjah kat cni

Giveaway yanmieonline.com, menawarkan header blog hasil designer dari Budak Nakal.