Friday, December 2, 2011

mari menanam dengan penuh kasih sayang

sempena aku beli cabai rm0.50sen sebijik kan..trus insaf...nak tanam sendiri...kalau jadi ok la jimat duit beli cabai pasni...kalau jadi jugak tapi x makan boleh ja sedekah rumah jiran angan-angan x agak-agak
try semai dalam pasu kecik ni dulu..kalau jadi baru transfer pasu besar..ni mudah nak siram, letak pun tepi tingkap ja
kasi close up...baru kuarkan akar..

Thursday, December 1, 2011

melihat dinosaur dekat jj perda

ni pegi hari sabtu lepas...lambat gila nak upload kan...idea dari encik hubby ke keinginan dia nak pegi pun x sure la tapi sampai la jugak jejak kaki ke sini...tempat dia kat dalam jj perda tu jugak dekat hujung depan taman permainan kanak-kanak sebelah kedai diy

ni front view dia..tiket kalau nak masuk untuk dewasa rm6, kanak-kanak half price kot dan infant consider 3 tahun ke bawah adalah free...maka kami dapat 2 tiket dewasa dan dua tiket infant...hihi
dua beranak berposing, si bapak semangat suh anak tengok kamera tapi si anak skang ni buat gaya macho kot ambik gambar stail tengok sebelah lain..choii
okeh mak dengan anak plak bergambar..yo yo ja mak dia senyum senyum kan tapi si anak tengok sebelah lain lepas tu tengok si bapak yang dah ambik gambar sambil buat muka terkejut "eh ambik gambar ke tadi"
ni baru je masuk trus eksaited ambik gambar...dinosor x cukup sifat pun jadikla
ada banyak puzzle kat dalam ni...best gak dok try satu-satu kengkonon boleh menambah pengetahun..syaza pun x nak ketinggalan nak try tekan-tekan jugak
syauqi kusyuk tengok dinosor...time ni spesies sopan lagi..berani la duk dekat...skali time t-rex tu trus jalan jauh-jauh sambil pegang tangan papa dia kuat-kuat..hahaha
syaza pun nak juga rasa berdiri kat situ
syauqi mencuba puzzle, yang ni design kan sendiri dinosor nak saiz apa
t-rex masa masih lagi sopan..time dia mengaum syaza pun peluk mama dia kuat-kuat
muka mak nak bergambar tapi anak tengah takut dekat dinosor
kami berdua...ambik gambar sendiri..haha
okeh dah bleh suh orang ambik kasik nampak background
syaza yang happy berganda-ganda..lupa nak mintak nenen kat mama dia sebab gembira

mak dia yang x habis lagi ambik gambar...hihi

komen aku: worth untuk bawak anak-anak pegi tempa ni sebab boleh belajar jugak kan...tempat dia x de la besar mana tapi boleh spend dekat dua jam dalam tu..banyak games untuk dicuba jugak selain ada acara mewarna untuk kanak-kanak, bergambar famili then spend ke email sendiri, puzzle yang dia sediakan keliling tempat tu...jugak ada booth souvenir dekat luar tempat tu

Wednesday, November 30, 2011

update syaza



kejap je kan anak dara ni membesar...sudah 7 bulan
sudah pandai sebut papa dulu dari mama tapi semenjak dua menjak ni semua mama, mama
bila mama ilang dah pandai merangkak cari mama
dah pandai mintak didokong
jugak pandai bergaduh dengan abang sambil jerit kuat-kuat...awak tu kecik lagi tau
pantang tengok orang makan semua nak rasa
mulut pun dah makin becok...bebel-bebel dalam bahasa dia
dah pandai duduk sendiri
kalau boleh berdiri feeling nak lepas tangan...haih la

apa lagi ek
yang belum plak
belum boleh berjalan lagi..hihi
belum boleh ikat tocang pokok nyoq kat kepala yang mana idaman mama dia sejak dari dalam perut lagi
belum boleh makan pejal lagi still lagi bubur
tu je kot, apapun sudah besar la anak dara tu...pantas sungguh masa itu berlalu

Tuesday, November 29, 2011

cekodok malas

serius ni first time aku buat cekodok..haha ni sebab lebih dari buat puree pisang untuk syaza...dok pikir karang bazir je kalau rosak dan dikala hari cuti x dak apa nak dibuat...sampai mimpi-mimpi masa tdo petang...haha dan bangun tdo cakap kat encik hubby nak buat cekodok...poyo ja kan

bahan-bahan
4 biji pisang emas dibawa belayar
gula dalam 2 sudu kecik..x letak banyak sebab x nak manis sangat
air
tepung

cara-cara
pisang tu lenyek ngan gula then campur tepung pastu ejas la air kasi x lembik sangat n x pekat sangat adunan agak-agak dalam setengah cawan air
goreng kasi perang-perang

pastu jadi la cam gambar...sebab orang yang buat x brapa pro lagi jadi la rupa macam tu...x bulat macam idaman hati tapi rasa tetap ada la...dalam 4 biji pisang dapat 8 biji cekodok...separuh habis kat syauqi ja...ok la sebab syauqi suka makan...rasa mahu buat lagi bila anak mahu makan...hihi

Sunday, November 27, 2011

mood malas

dah hampir seminggu kot ni aku x hapdate belog kesayangan ni...tiap-tiap hari buka dashboard tengok belog orang len, pastu rajin komen, x rajin tutup, tengok encik nuffnang pastu churpchurp, then fesbuk sikit-sikit sudah..padahal cerita tu ada tapi ntah la...awat malas sangat ntah...huhu

cuti 3 hari rasa sangat la seronok sebab duduk rumah layan anak-anak ja..kemarin ada jugak la pegi jenjalan dekat jusco perda menengok dinosor...tu bila rajin malam karang leh stori..huhu tunggu dapat vitamin rajin plak...hihi

till then daaa

Tuesday, November 22, 2011

jalan-jalan ke bukit bendera

aktiviti siang tadi...sempena ibu mertuaku datang ke rumah, bawak la jenjalan dekat cni..padahal sendiri teringin nak pegi..haha duduk keja dekat je ngan penang tapi asyik la g jalan-jalan ke batu feringgi ja yang x ada apa..maka decide pegi la plak bukit bendera..siap print map tu ko..haha yelah orang x dak gps hatta smart phone gitu la kekdahnya..tapi sampai la jugak ke bukit bendera tu akhirnya..lalala

sebelum apa-apa kita bergambar dulu dalam keta..kan kan
ni plak si syauqi yang pantang tengok kamera mesti bunyi senyum, senyum yang dalam maksud senyum tu adalah kamera...si papa syauqi yang bergaya dengan spek baru...semalam baru ambik
kami berempat
ni masa dalam feri..dua-dua budak itu suka la sangat tengok air ni..apa yang best x taulah
keta kecik kami
syaza dengan sue yah...kemain lagi syaza tengok kamera
ibu mertuaku...saja bawak naik feri..ni kali pertama syaza naik feri...awal-awal tu kemain lagi peluk
si kecik yang selalu ceria
abang syauqi yang dah pandai buat gaya macam-macam bila orang nak ambikkan gambar
stroller yang last-last abang syauqi conquer
adik redha je la duk lam carrier...tapi ok gak sebab x lama lepas tu dah lena dia dalam tu...sedap kot rasa macam kena peluk
kadar harga nak naik train...nasib semu bawa ic kalo x kena cas rm30 sorang..tunjuk ic sorang rm8 ja tapi musykil sebab adik ipar aku kena rm4..tu harga untuk kanak-kanak 3-12 tahu..adakah sebab gambar ic masa 12 tahun..haha jimat la rm4 sebab time nak turun balik baru perasan harga tu
gambar kat situ...orang sibuk nak beli tiket kita yang x buat apa-apa marilah kita ambik gambar
budak ni kemain pegi bersandar nak suh kita ambikkan gambar
time membeli...last-last apa pun aku x beli...harga ok la x mahal sangat jugak x murah sangat
gembar sebelum turun
kami berdua
adik last-last boleh jugak duduk dalam stroller..kejap je la time naik train nak turun kena peluk sebab takut jugak budak ni bila naik train

best jugak sebenarnya sekali sekala pegi bukit bendera ni...ke sebab aku dah lama x pegi jalan-jalan...balik semua ketiduran sebab penat kot...anak dara tu pun sampai berdengkur tidur