Wednesday, July 13, 2011

pengendalian ebm...sebelum dihantar ke rumah pengasuh

ada kengkawan aku yang bertanya macam mana aku handle ebm yakni susu perahan aku setiap hari...dan biasa aku cuma jawab secara bertulis x pun secara lisan tanpa bukti atau gambar yang boleh aku tunjuk...dan tujuan aku buat entri ni lebih kepada cara nak tunjuk pengendalian aku setiap hari yang berkerja untuk ebm syaza untuk dibawa kerumah pengasuh...

biasa susu syaza ada dalam dua bekas yang berbeza


ni dalam bekas plastik yang aku simpan untuk dibekukan...sangatlah menjimatkan ruang dan boleh simpan lagi banyak susu dalam peti ais tu...biasa malam2 lepas susun-susun botol dan basuh-basuh botol semua aku akan ambik 2 plastik beg ni dari ruangan beku dan letak kat belah bawah peti ais untuk dicairkan...kebiasaannya pagi-pagi tu memang total mencairlah susu ni (perlu diingat susu beku yang dah dicairkan perlu diberi pada baby dalam tempoh 24 selepas cair)

kadang-kadang ada jugak hari yang aku terlupa nak cairkan waktu malam maka pagi-pagi tu aku just rendam bekas plastik ni dalam bekas berisi air dan by the time aku dah siap-siap tu susu ni pun dah mencair sepenuhnya
dah tu masukkan plak dalam botol untuk dihantar kerumah pengasuh...dulu aku gunting bahagian atas plastik ni tapi skang dah malas, aku cuma buka dan tuang ja...
ni plak susu dari hari perahan sebelumnya...yang tidak dibekukan...kalau sebelum aku cuma bekalkan 3 bekas dari hasil perahan sebelumnya tapi kali ni aku bg 4 bekas..ohh yaa total setiap bekas adalah 3oz, kiranya yang simpan dalam tempat beku pun aku buat siap-siap 3oz dan yang nak hantar pengasuh pun 3oz...tapi kalau ada lebih 1oz ke aku cuma bahagikan dalam botol-botol ni sebab x mau semakkan freezer

ok dah siap masuk botol semua susu-susu tu kena la labelkan...ni untuk mudahkan pengasuh bagi susu kat syaza ikut turutan...
no 1 - susu hasil perahan semalam
no 2 dan 3 - susu beku yang dah dicairkan
no 4, 5 dan 6 - susu hasil dari perahan semalam
reason buat macam tu sebab awal pagi aku nak bagi syaza rasa susu baru diperah, susu no 2 & 3 hasil susu beku yang dah dicairkan sebab susu tu kalau x guna dah x boleh simpan balik semula dan susu no 4,5 dan 6 susu hasil perahan semalam sebab kalau syaza x minum boleh la simpan balik untuk kegunaan hari lain
ni plak lepas dah label kita susun-susun dalam tote bag untuk hantar rumah pengasuh...dulu masa x ada tote bag kena la kuarkan susu last skali lepas dah panas enjin keta dah barang-barang lain ngan bb dah masuk lam keta...skang ni sambil simpan barang boleh skali siapkan susu ni...jimat ckit masa aku


dah lepas susun tu tambah lagi ice pack untuk mentenkan suhu sejuk dia...aku guna brand coleman yang beli masa zaman syauqi dulu...tahan ice pack ni...seketul rm8 kot aku beli dekat tesco ja

ni la rupa tote bag berisi susu...sila abaikan rak botol yang sedikit semak kat belakang tu yerr biasa syauqi suka heret beg ni sebab saiz dia sedikit comel dan mudah dia nak heret...anak pengasuh si damia pun lagi suka heret beg ni dari beg baju syauqi dan syaza (derang berdua kongsi beg baju yang sama)

ok pasnie kalau ada yang bertanya pasal pengurusan ebm cara aku boleh la aku refer kat entri ni saja...yang nak menambah pengetahuan pun boleh-bolehlah baca...tidak rugi kita berkongsi ilmu

Tuesday, July 12, 2011

cuai dalam istilah berangan

pagi ni mungkin sebab penangan baca paper sambil menunggu sesi perahan susu tamat skali padan muka aku...termandi susu jap...huhu rasanya sebab selalu aku bagi tonggegkan botol tu kasi susu kat corong masuk botol kes sayang la susu biarpun setitik..tapi pagi ni sebab botol ngan corong x brapa nak rapat sudahnya rasa panas suam-suam kat peha dan bila tgk susu dah tumpah...huwaaa

rasanya total susu yang tumpah adalah dalam 0.5oz biarpun x banyak tapi tetap sayang...huhu setiap titik adalah berharga...rezeki syaza tu tapi hari ni 0.5oz tu jadi rezeki kain aku dengan lantai lah...dah lap-lap tempat tumpah tadi harap-harap x bau masyam la kat situ satg...huhu

Monday, July 11, 2011

mengganti puasa...

tu la masa bulan syawal x mo ganti siap-siap kan.. masa tu konon-konon masih awal lagi pastu bertangguh dan bertangguh sampai dah terberanak baru kecoh-kecoh posa blum berganti (ohh ni adalah sesi monolog dalaman edisi membebel buat diri sendiri...haha) semalam berjaya jugak mengganti puasa selepas bertangguh...tahun lepas kalau ikut x dak pun hari encik "p" menjengah tapi masa tu susu untuk syauqi sedikit mengecewakan...ye lah zaman kais pagi simpan untuk pagi esok...maka ada la 5 hari terpaksa berbuka jugak...

dan semalam dah lepas satu hari, ada lagi 4 hari masih on the way...err 4 hari kira tolak campur harap-harap janganlah kau gelong lagi encik "p"  kalau nak gelong pun lepas cukup ganti 4 hari tu kira orait la kan, kan...ni pun buat berselang hari...hari ni posa esok tidak, lusa posa balik...kira camtu la rutin sampai cukup 5 hari diganti...

buka posa buat menu ringkas ja...roti jala cicah gulai daging dengan batang pisang...siap ada mak buyung sanggup datang memalam demi nak makan roti jala...oppsss mak buyung mana?? tunggu confession tuan punya badan...sebelum tuan punya badan mengaku sendiri x mo lah makcik tolung mewar-warkan...nanti marah pulak kan

Wednesday, July 6, 2011

wordless wednesday #1

dua orang buah hati pengarang jantung beta

Monday, July 4, 2011

syaza hari pertama dan cerita breastfeeding

kemarin adalah hari pertama syaza dihantar ke rumah pengasuh..kali ni sebab syaza kena duduk rumah pengasuh bersama-sama abang dia maka aku pun prepare siap-siap warmer untuk panaskan susu bagi mudahkan pengasuh tu panaskan susu syaza, dan susu pun kali ni aku letak dalam cooler bag untuk maintain sejuk dia...siap dengan numbering lagi

masa zaman syauqi dulu susu letak dalam beg kertas je bila sampai rumah pengasuh trus suh dia masukkan dalam peti ais...sebab jarak rumah aku dengan rumah pengasuh adalah dekat...dulu masa nak kuar rumah baru hegeh-hegeh nak kuarkan susu masuk beg dan hantar rumah pengasuh...dulu pun x bekalkan warmer, pengasuh cuma rendam botol dalam air panas kasi kat syauqi...

kali ini aku fikir mungkin sebab nak kena tengok syauqi lagi yang super lasak...mana nak layan syaza lagi yang super manja...selain damia anak dia sendiri maka aku bekalkan warmer untuk kemudahan dia..

dan dalam pukul 9 pagi aku dapat sms dari pengasuh dia "susu ni masukkan dalam peti ais macam biasa kan? bekas biru ni apa dia?" rupanya pengasuh dia x tau tu adalah ice pack nak maintainkan sejuk susu tu...trus aku call bagitau apa benda mentang biru tu...hehe dia tanya plak "why bila letak dalam warmer susu tu x panas pun?" pun aku xplain susu tu x yah panas sangat cuma suam-suam saja (ohh macam mana la zaman syauqi dulu...panas sampai x de zat kah susu dia :( sayu cikit dalam ati ) dia mention skali syaza x nak duduk...kena husband dia pegang sentiasa x boleh letak bawah

pukul 11 lebih macam tu aku balik singgah rumah nak ambil duit nak bg kat kawan sebab tertinggal dan satu kejutan aku jumpa...syaza ada kat rumah dengan tok dia, mak aku cakap pengasuh dia hantar sebab syaza x nak duduk, semua barang syaza dia hantar sekali, botol susu, warmer, bedak, minyak angin, baju, pampers, semua la (rasa sedih ckit dalam ati) syauqi plak pengasuh dia ambik tukar ngan syaza (saja aku x hantar lagi syauqi bagi syaza biasa dengan pengasuh dulu) masa ni cam terfikir dalam hati (ohh mentang la syaza menyusu susu ibu trus rasa leceh nak dijaga, syauqi plak susu moo moo trus rasa camx leceh nak jaga...)

dalam kul 12 cam tu lak mak aku call kata syaza nangis sungguh-sungguh lepas dia bangun tdo mungkin mengadu kot kat tok dia yang mama dia p letak dia kat sapa ntah (anak dara ni banyak mulut ckit dah pandai membebel dalam bahasa baby dia...mengamuk pun banyak gak)

hari ni aku ulang lagi hantar syaza dengan harapan x jadi lagi macam semalam...awal-awal lagi dah xplain susu dia lepas letak 6 minit dalam warmer cuma suam-suam dah boleh bagi dia minum dah...barang-barang tu semua letak kat rumah dia sebab dah ada backup kat rumah...dan tadi call dalam pukul sebelas lebih pengasuh dia cakap ada la merengek cikit...lepas main-main dengan dia dah x merengek dah ok saja...

pengajaran yang aku faham: breastfeeding adalah benda yang selalu kena direcall dalam minda...semua konsep tu kalau kita x amalkan akan lupa, padahal pengasuh syaza juga pernah mengasuh syauqi selama satu tahun 3 bulan dengan susu ibu pun masih lagi lupa apatah lagi orang yang belum ada pengalaman dengan susu ibu lagi la x tau kan...mengajar orang tentang susu ibu dan kebaikan dia memang perlu banyak kesabaran...kalau x cukup sabar kita mudah nak mengalah...demi 2 tahun syaza dengan susu ibu...doakan aku berjaya :)

Saturday, July 2, 2011

cik p

kalau dulu lepas syauqi lapan bulan baru muncul...tapi kali ni mungkin sebab suntikan tu kot...seriously dah gelong macam apa ja...dah la hari tu 14 hari straight kali ni lepas 2 minggu datang lagi...ishh memang macam ni ke kalau lepas kena suntik trus hormon jadi x stabil...dah macam troma makcik gini...dah la posa blum berganti nih...harap2 sempat la daku ganti sebelum ramdhan menjelang nanti...

tapi apa pun makcik masih lagi bersyukur sebab production susu masih lagi ok

mood hati: sangat2 lah tertekan