Saturday, June 5, 2010

Gimme Food on Flights (Blog about what dish you’d like to have on flights)

dah dekat nak tdoq tiba2 terbaca instant cash blogging pasal food...uih makcik suka hehe kali ni nak mempertaruhkan nasib buat gak entri harap2 dalam 50 terawal la hendaknya

sebenarnya makcik x penah pun naik flight blush atee dah banyak road trip je manjang kan...ehh bukan manjang tapi road trip tu pun jarang2 kan skang ni makcik tengah cuti sem maka jarang lagi la road trip bukan...ish sudah la yer melalut itu...back to topic...

okeh makanan yang saya nak makan semasa dalam flight adalah


taraaa...maggi hot cup...

sedap dan cepat dan murahhh tapi kalau dalam flight rasa x murah kot tapi confirm sedap...uih orang len mengidam nak makan macam2 la dalam flight tapi bagi makcik maggi hot cup dah ok kot...bukan senang nak merasa makan maggi time di atas udara nun...mesti feeling time makan adalah x sama dengan time makan kat rumah...dan maggi hot cup memang feveret makcik semasa kecik sampai la dah jadi mak orang ni...nak plak potong cabai melaka ckit letak lam tu makan time panas2...nyum nyum dah ada anak pun makan maggi...muehehe tapi korang2 pun mest penah makan kan kan bek ngaku cepat...hehe

dalam sedar x sedar project alpha ni nak habis dah yer tengok la dah masuk episod 40 lebih dah kejap je masa itu terbang berlalu









Project Alpha is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS. Never go hungry while flying with MAS!

Friday, June 4, 2010

musim mengawan...ehh musim kenduri kawin

minggu depan dah start cuti sekolah kan dah start la kenduri2 semua even dekat nak last2 cuti sekolah nanti aku dah dapat jemputan untuk 12hb6 adalah 6 kalau x salah aku...kalau 6 tu kampung sebelah menyebelah aku memang x kesah tapi.... tu la satu kat sungai petani, 3 dekat kampung, lagi 2 luar kedah trus...dan hari tu adalah kenduri sepupu aku kawen kat kampung yang rumah dia memang kat depan rumah aku dan mak dia dah siap2 tempah laman rumah kat kampung tu nak buat khemah so memang aku rasa kenduri lain2 tu memang aku terpaksa la excuse kan diri...sooo sorry

dulu member aku yang memang mulut dia boleh tahan x dak insuran jugak penah kata "sekarang ni dah musim mengawan la kan" ciss perkataan mengawan tu memang bagi maksud len kat dalam kepala otak orang lain...ehh aku tak aku x layan kuning2 ni semua bajet innocent haha tapi tu la kan dah time cuti sekolah ja budak2 cuti...tu lagi satu aku confuse nape mesti tunggu time budak2 cuti baru nak buat kenduri bukan budak2 tu yang nak kawen pun...even budak2 tu pun x tau kawen tu apa...emo ckit sebab aku nak kena ambik cuti bila cuti sekolah sebab nak kena p kenduri...

aku x sure menu kat tempat lain macam mana tapi kalau kat kampung aku menu setiap kali kenduri adalah hampir sama gulai daging dan batang pisang, kerabu umbut nyior, ayam masak merah, daging masak hitam atau masak kurma, gulai ikan talang dengan nenas ataupun nangka...tapi feveret aku adalah gulai batang pisang dan kerabu umbut nyior...memang sedapppp bila dah keja kat sungai petani ada la aku attend kenduri staff seofis menu gulai batang pisang memang payah nak jumpa ke memang x penah jumpa...isk isk

maka azam aku sempena cuti sekolah ni adalah

saya nak makan gulai batang pisang sehingga memuaskan tekak saya


boleh???

footnote: result aku dijangka kuar minggu depan...berdebar2 jantungku ini

Thursday, June 3, 2010

penjaga syauqi

jangan x tau budak kecik tu pun ada penjaga sejak balik dari hospital memang setia menunggu kat tepi tilam, kalau time menangis dia yang kalut lebih, bila dah letak dalam buaian dia la yang tunggu kat bawah buaian, memang setia betullah

even masa lepas pantang, kan syauqi aku ngan encik somi bawak balik kelantan, mak cakap satu malam dia mencari mana syauqi, sampai mak kata malam tu pukul 4 pagi baru mak boleh tido sebab bising dia dok cari syauqi...last2 bila mak bagi baju busuk syauqi dekat dia yang ada bau syauqi baru dia diam...mencari anak dia yang hilang kot

skrang ni ingatkan dah jarang2 balik dia x mencari syauqi dah tapi balik baru2 ni dia masih setia menunggu syauqi siap tido kat tepi tilam lagi tunggu anak dia...setia sungguh dia jaga syauqi...korang nak tau sapa dia??

ni lah dia kitty nama dia berat pun nak sama naik dengan syauqi gak...maybe sebab kena cucuk x mo kasi beranak kot last timbang dalam 4kilo++ kalau aku x salah

memang setia dia menunggu syauqi..see kucing pun sayangkan anak biarpun bukan dia yang beranak tapi orang boleh plak buang anak yang dia sendiri beranak...memang lagi teruk dari haiwan

Wednesday, June 2, 2010

bunga pokok pam...

aku x tau orang lain penah tengok ke x tapi ni first time aku tengok ingatkan ada orang saja p cucuk kat situ tapi tu memang bunga dia memang pelik tapi betul2 punya...

dari jauh...nampak x kat dalam pasu tu kaler putih tu

ok kita close up sikit...nampak kan yang kaler putih tu

ni betul2 close up...bunga dia x de bau apa pun cuma bentuk macam ni ja...pelik kan pelik tapi benar...hehehehe

footnote: makcik memang jakun ckit kalau tengok benda pelik2

Tuesday, June 1, 2010

duhai pc...

hari ahad ritu pegi megamall bawak pc yang kononnya kata hard disk rosak tu...sebab hard disk tu beli dekat megamall, skali dah sampai dan cina kat kedai tu check dia kata hard disk x rosak pun...cuma ada banyak worm aka cacing!! habis kedai yang lagi 2 tu memang tipu nasib la x kena bayar pun kat dua-dua kedai lagi tu. konon format apa la tapi cacing dok banyak lagi dalam pc tu

pastu dah alang-alang p sampai sana encik hubby cadang kita beli internal dvd writer ...pilih punya pilih aku berkenan yang mana trus cina tu ambik nak pasang...dia godek-godek casing tu pastu dia cakap casing tu kecik x muat nak letak dvd writer tu kena tukar casing baru rega dalam rm119 ..owh dvd writer tadi rega dia dalam rm90 dia kata kipas pun tukar gak kalau dah tukar casing jadi total dia kira-kira dalam rm210 gitu...wah memang pokai kami lepas tu tapi balik sempat lagi singgah mcD drive thru

dah setuju nak pasang dia pun sambung la perongkah aka buka casing tu..aku ngan encik hubby x bawak stroller sebab bajet konon sekejap saja..tapi bila dah macam tu macam ni jadi lama la jugak so pegi surau dulu sebab surau dekat ja dengan kedai tu kasik budak kecik tu makan kenyang2 dulu kan...habis kasik makan tinggal kat papa dia sebab aku p solat siap2...dan bila dah lama berdukung ni budak kecik tu pun dah naik bosan memang glemer la kitorang pastu sebab suara dia menjerit sikip punya lantang dan satu kedai boleh dengar suara dia sorang memang kuat gila...puas aku usung sampai ke hari ni tangan aku sakit kes berdukung lama sangat

balik pada pc tadi, cina tu dok tukar barang masuk casing baru tiba2 dia tunjuk ram kitorang sebelum ni masa mula-mula beli adalah 1gb dan 512mb, pastu kes kena tipu dengan kedai dia tukar ram 1gb jadi 256mb gila jahat jadi la ram 256mb ngan 512mb ja...skali hari tu cina tu tunjuk ram cuma tinggal 128mb ngan 256mb...gilo x tau kedai mana yang dah tukar ram sebab masa hantar ke 3-3 buah kedai masa hantar dan ambik kami x check dulu...memang menyayat ati sungguh...dan sekarang pc itu sudah lembab nak loading...semalam dah install avast nak buang worm dan tengok la rezeki bulan depan kalau lebih boleh la beli antivirus berbayar dengan harapan pc itu lebih terbela...

so moral dari makcik membebel panjang lebar ini adalah nak bagitau saya dah ada pc dirumah semula...hehehe boleh la bergarden di malam hari pula...muehehe

double yang menggoda iman....

ni kali kedua makan double beger ni tapi masih rasa nak lagi...memang x puas makan biarpun x muat mulut...nyum2

gambar sebelum buka kotak...order double mc chicken

isi kat dalam kotak...nyum nyum jemput makan semua :)