minggu depan dah start cuti sekolah kan dah start la kenduri2 semua even dekat nak last2 cuti sekolah nanti aku dah dapat jemputan untuk 12hb6 adalah 6 kalau x salah aku...kalau 6 tu kampung sebelah menyebelah aku memang x kesah tapi.... tu la satu kat sungai petani, 3 dekat kampung, lagi 2 luar kedah trus...dan hari tu adalah kenduri sepupu aku kawen kat kampung yang rumah dia memang kat depan rumah aku dan mak dia dah siap2 tempah laman rumah kat kampung tu nak buat khemah so memang aku rasa kenduri lain2 tu memang aku terpaksa la excuse kan diri...sooo sorry
dulu member aku yang memang mulut dia boleh tahan x dak insuran jugak penah kata "sekarang ni dah musim mengawan la kan" ciss perkataan mengawan tu memang bagi maksud len kat dalam kepala otak orang lain...ehh aku tak aku x layan kuning2 ni semua
bajet innocent haha tapi tu la kan dah time cuti sekolah ja budak2 cuti...tu lagi satu aku confuse nape mesti tunggu time budak2 cuti baru nak buat kenduri bukan budak2 tu yang nak kawen pun...even budak2 tu pun x tau kawen tu apa...emo ckit sebab aku nak kena ambik cuti bila cuti sekolah sebab nak kena p kenduri...
aku x sure menu kat tempat lain macam mana tapi kalau kat kampung aku menu setiap kali kenduri adalah hampir sama gulai daging dan batang pisang, kerabu umbut nyior, ayam masak merah, daging masak hitam atau masak kurma, gulai ikan talang dengan nenas ataupun nangka...tapi feveret aku adalah gulai batang pisang dan kerabu umbut nyior...memang sedapppp bila dah keja kat sungai petani ada la aku attend kenduri staff seofis menu gulai batang pisang memang payah nak jumpa ke memang x penah jumpa...isk isk
maka azam aku sempena cuti sekolah ni adalah
saya nak makan gulai batang pisang sehingga memuaskan tekak saya
boleh???
footnote: result aku dijangka kuar minggu depan...berdebar2 jantungku ini