Thursday, February 12, 2009
sakit hati~~~
~~~anti ngan anak jiran at this time
Wednesday, February 11, 2009
10 sebab mengapa wanita perlukan Internet
GOLONGAN wanita yang sibuk menguruskan keluarga dan kerjaya apabila ingin mengetahui sesuatu maklumat pasti mahu mendapatkannya dengan cepat dan tepat.
Jadi sebahagian besar wanita moden hari ini banyak bergantung kepada Internet bagi memperoleh apa yang diingini.
Namun, masih ada yang ragu-ragu tentang 'kebolehan' Internet dalam membantu memudahkan hidup mereka. Bagi golongan ini, berikut 10 perkara boleh dilakukan di Internet yang dapat memudahkan hidup mereka.
1. Idea mencari hadiah: Mencari hadiah yang sesuai kadang kala menimbulkan dilema. Namun, kini terdapat banyak laman web yang boleh dilawati untuk mendapatkan idea bagi mencari hadiah untuk diberi kepada mereka yang disayangi. Di sini anda dapat melihat apa yang popular untuk kanak-kanak dan apa yang terkini untuk remaja atau golongan dewasa. Cuba layari findgift.com dalam pencarian anda itu.
2. Membandingkan harga: Dengan melayari Internet anda akan temui beberapa kedai berbeza yang menawarkan produk yang anda inginkan. Bagaimanapun, anda tentu tidak tahu siapa yang menawarkan paling murah. Anda mungkin boleh menghubungi kedai paling dekat (anggap harga mereka bukan yang termurah) dan beritahu mereka di kedai lain yang menjual barang sama pada hari lebih rendah. Kedai yang anda hubungi itu mungkin bersedia untuk memberi harga yang sama dan anda bukan saja dapat menjimatkan belanja malah masa dan duit minyak kerana tidak perlu pergi kedai yang lebih jauh.
3. Kupon atau baucer: Sesetengah pengeluar produk sekarang menawarkan kupon di laman web mereka untuk di cetak dan digunakan bagi pembelian secara online. Cuba cari jenama yang anda sukai dengan menaip perkataan kupon untuk melihat apa yang mereka tawarkan.
4. Maklumat perubatan: Anggaplah anda bukan dalam situasi kecemasan, Internet mungkin dapat membantu anda mendapat idea tentang kemungkinan masalah kesihatan yang anda hadapi. Sesetengah laman web kesihatan mengaitkan simptom dengan kemungkinan penyakit yang dihidapi dan juga memberi saranan tentang rawatannya. Begitupun ini sekadar cadangan dan anda masih disarankan untuk bertemu doktor.
5. Mencantikkan kediaman: Laman web lakukan sendiri (Do-it-yourself) tumbuh bagai cendawan di musim hujan. Ia mengajar kemahiran seperti mengecat rumah, membina laci, membetulkan sing atau mereka taman. Zaman menelefon dan bertanya kepada profesional tentang tips dan pandu sudah berlalu, sebaliknya hanya taip nama projek yang ingin dibuat bersama perkataan 'How to' di hadapannya dan anda akan memperoleh segala maklumat tentang cara membuatnya.
6. Penyelidikan: Sama ada anda merlukan maklumat untuk kerja rumah anak atau untuk anda sendiri, gunakan enjin carian paling berkuasa ini untuk mendapatkan segala maklumat yang diperlukan. Mencari buku, definisi perkataan, tarikh, kajian dan tarikh-tarikh bersejarah adalah cukup mudah. Jika anda masih tidak memperolehnya, anda hanya perlu mencari nombor talian perpustakaan online bagi mendapat bantuan mereka.
7. Mempelajari kemahiran baru: Adakah anda sudah bersedia untuk menambah kemahiran baru dalam resume? Bagaimana pula belajar menulis resume yang lebih baik?. Belajar bahasa kedua, skil menaip lebih pantas atau mendapatkan resipi baru, segalanya boleh dilakukan melalui Internet.
8. Membayar bil: Masa adalah emas. Membayar bil dan urusan perbankan lebih cepat dan menjimatkan masa melalui Internet.
9. Perbandingan produk: Mahu membandingkan dua produk yang hampir sama? Lakukan carian di Internet bagi setiap produk dan dapatkan segala maklumat terperinci mengenainya tanpa perlu keluar rumah atau pergi dari satu kedai ke satu kedai. Buat senarai pro dan kontra dan anda akan temui yang terbaik.
10. Menjual produk: Memulakan perniagaan dan mendapatkan pekerjaan melalui Internet. Bagaimanapun berhati-hati penipuan yang menawarkan pendapatan lumayan dengan cara mudah. Buat penyelidikan dulu sebelum memulakan langkah memilih sebarang idea meraih-wang dari rumah. Lebih elok jika anda memulakan perniagaan tulen menjual produk atau perkhidmatan melalui Internet.
dipetik dari: * UtuSaN *
Tuesday, February 10, 2009
jariku...huhuh
1. rasa sakit lagi till now
2. abg ckp kena tulah sbb x p rumah dia biarpun dah p jalan2 sampai bertam perdana(dlm 100 metres dari umah dia...haha)
3. makndak soal siasat macam polis inspector...p jalan mana, why singgah stesen minyak...reason apa kuar dari keta...dok buat apa...nape mesti singgah stesen minyak...huh sangat tensen
4. toktam kata kena cabut kuku nnt lg teruk tp mak kata biar ja nnt kuku tu tumbuh sendiri
5. toktam melur kata loklaq sebab tu bleh terkapit...
6. my hubby kena potongkan lauk jd saiz kecik untuk ai mudah makan...++sgt susah untuk memasak n dia yang jd tukang potong sayur kat umah...hehe
7. biarpun jari ini telah tercedera akan tetapi kelajuan kereta saya masih lg tidak berubah...hehe cuma hari first ja my hubby hantar hr len drive sendiri biarpun ada cadangan dari dia suh naik bas...kejam btui(sbb almost everday kuar lewat jd kena drive tahap maksima...hehe)
8. rasa janggal nak wat keje sbb kurang satu jari...ada jugak gna jari kanan ni rupanya
9. my insurance advisor cakap x leh claim duit cuma bleh dpt mc ja seminggu...sempat lg kira dr segi insuran...
10. i really hope jari ni cepat sembuh...
footnote:alfatihah tu my nenek sedara...semoga rohnya dicucuri rahmat...amiin
Thursday, February 5, 2009
bored....
~9.00 oclock blk opis coz kena masuk meeting gotong-royong perdana...buhsan giler...siap tersengguk x leh jd ni...wat kunun2 bz tp ngantuk tk en y ketua jbtn it y kat sebelah ai...tp mata dia pun cam ngantuk gak...haha tp memandangkan ahli majlis ada kat meja di seberang sana so kena la cover2 ckit kan...lalala
~tp rasanya rasa mengantuk tu still menghantui coz sampai this still mengantuk gak...rasa terawang-awang ja ni...kalau berdiri macam blh tumbang ni....huhu nasib la besok ct bleh caver tdo kan?..kan? (owang yang keje kat tmpt jumaat keje gak tu jgn la merasa jeles ye...hehe) tp esok ptg kene keje gak...perlukah ai ponteng..oh tidak!!
footnote:takziah for my sis coz kehilangan kedua-dua biji tayar beliau
Monday, February 2, 2009
honeymoon at cameron... :) day last
selesai beli barang kitorang gerak blk umah my mother in law...jumpa byk gak tanah runtuh tp ai snap satu ja...lelain ai malas...byk btui tanah runtuh area ni
.................end..................
honeymoon at cameron... :) steamboat
by the way...air teh die tersangat la pahit...ewww hotel ni x dak gula kot...haha