Friday, December 7, 2012

alhamdulillah

alhamdulillah sudah sihat sekeluarga dari demam..cuma si kecik dua orang masih lagi batuk-batuk manja dengan hidung berair...baik dari demam pun dah dikira ok la kot..cuma mak dia ja demam sebab esok ada kelas pjj..haha normal la kot selagi x habis degree maka akan ada sesi last minit nak siapkan esemen, last minit nak kelebek nota, last minit nak kemas baju..rumah pun dah macam kena tsunami...huhu

x pe habis kelas acik kemas yer..azam ni sebab penuh harapan lepas ni nak bgn pag sebab nak studi...azam pun sentiasa ada cuma nak terlaksana atau tidak sahaja...huhu huduh sungguh perangai

bengkak susu jugak sudah reda...puas cuba petua segala kecuali letak kobis kot...sebab yang tu bleh hentikan susu..ohh x rela kot sebab belum lagi masa nak hentikan susu pada syaza...petua last yang aku try adalah ambik air panas menggelegak letak dalam botol susu, balut botol dengan tuala dan tuam macam ala2 kita bertungku tu...memang berkesan, esoknya bangun pagi terus hilang

nak sambung kelebek esemen sebelum nak kena masak memasak plak..huhu stori lain tunggu ahad ni naa...

Monday, December 3, 2012

demam

still lagi x habis passing baton, tapi nampaknya bukan pass baton sebab syaza masih lagi demam, syauqi sahaja yang betul-betul sihat cuma batuk ringan-ringan, makpak dia dua-dua dah berjangkit demam, nak plak hari ni haruss kerja duk lam ekon maka elok makan ubat peluh sekejap, habis effect ubat jadi la seram sejuk, habis meremang bulu-bulu roma di badan, dapat duduk bawah matahari dah nikmat sangat dah...haha

pagi tadi hantar rumah pengasuh dan dapat tau si ibu depa, si ayah, atuk dan si damia pun demam, kesan berjangkit dari syauqi...si budak petah tu ja dah sihat lepas menjangkiti orang lain...haha yang aku kesiankan sebab syaza adalah batuk, batuk teruk yang sampai malam kelmarin muntah sebab batuk teruk sangat...huhu

oh x lupa jugak kesan dari demam si syaza tempias kat mak dia sebab demam dia x lalu makan, dah bengkak susu...aku sangka nak hujung-hujung perjalanan penyusuan ni x rasa kot bengkak susu...huhu dah la masa balik kampung satu botol pun x bawak balik, semalam dan hari ni pam pun masih bengkak lagi...sakit kot bengkak ni, huhu ka sebab tu boleh demam jugak?

harap-harap cepat la demam ni berlalu...lama kot x demam last demam masa lepas pantang hari tu...huhu
kasik tayang muka budak manja yang demam ni


Sunday, December 2, 2012

lobster

minggu lepas which is 27november adalah ulang tahun kelahiran abang saya yang ke 30+ dan masa tarikh tu dia masih lagi di labuan urusan kerja... dan kelmarin baru sempat celebrate kecil-kecilan... kali ni tambah dengan menu special terbang khas dari labuan...which is lobster ^,^ masing-masing dok confuse nak masak apa sebab x penah kot makan dan masak dia...hihi last skali steam dan makan beramai-ramai

abang kata ni sekilo rm150 tapi untuk dua ekor x sampai pun sekilo, jadi la boleh rasa spesies payah nak jumpa dekat sini kan kan...petangnya baru potong kek besday.... oh hari lahir abg saya jugak adalah hari arwah abah tinggalkan kami, tahun ni dah 6 tahun jadi anak yatim, dah lepas 18 tahun kira anak yatim lagikah? haha

baton demam tu masih lagi bersambung, mula dari syauqi pastu syaza pastu encik husband jangan ada sambung lagi dekat aku plak sudahlah...huhu susah hati plak tengok kesayangan aku pakat-pakat demam ni...huhu

ok nak mengemas baju bajan nak balik sp plak...sok mau kerja...dah 4 hari cuti jadi misi tak bertauliah...misi yang paksa rela memberi ubat untuk orang demam, tiga-tiga orang adalah susah nak makan ubat...huhu